Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 Ogos, 2012

Najib mintak tolong Mufti Mekah. Nasa jadi broker.


  
Oleh: MSK


Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat pakai kopiah transformer sebelah Najib tu.
Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la sikit-sikit macam konspirasi Yahudi.
Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah sembang santai. Najib bagi tau, “Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!” Tok Arab tu pun jawab, “Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu kami pi sana la.”
Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat sidang media.” Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia.” Fuiyo!!
Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.
Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan.
“Amerika menyokong tindakan Malaysia menggunakan ISA untuk membenteras pengganas Islam.” Fuiyo…Mahathir memang terrer, tapi bila Najib pun nak buat taktik macam tu..dah basi la.
Aku dok cari kot-kot ada Tok arab tu yang caakp depa puji Malaysia, sama ada kat laman Umno atau Malaysiakini…tapi yang ada hanya Najib yang cakap.
Itu intro saja…bukan isu yang aku nak cakap. Sebelum hangpa baca seterusnya, cuba tengok gambar dibawah ini pulak.

Gambar Haji Hadi di Mesir inilah yang meneybabkan mengapa Najib terpaksa mencari peluang untuk berposing di Makkah dengan Tok Arab Saudi. Manakala Tok arab di Makkah pula seronok dapat duduk dengan Najib sebab depa memang memerlukan sahabat untuk menjaga kepentingan monarki Saudi.
Gambar Haji Hadi di Mesir telah menaikkan imej PAS didunia Islam. Pas diterima oleh Ikhwanul Muslimin.
Apa yang ramai orang tak tau, Arab Saudi tak suka Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin kumpulan rebel…kalau dibiarkan, silap-silap boleh terhapus Raja Saudi.
Semasa pilihanraya Mesir selepas tamat revolusi Jasmin, Arab Saudi telah menghantar sepucuk surat kepada dutanya di Kaherah untuk memastikan Mohamed Morsi tewas dalam pilihanraya.

Dokumen rahsia terpenting mengenai komplot menteri luar Saudi, Saud bin Faisal bin Abdul Aziz untuk menghalang kemenangan calon Islam dalam pilihanraya berjaya diperolehi agensi berita Al-‘Alam.
Al-‘Alam telah mendedahkan salinan surat dokumen tersebut di laman sesawangnya pada hari Sabtu lalu.
Surat yang telah dikirim oleh Faisal ke kedutaan Arab Saudi di Kaherah itu mendedahkan usaha Riyadh untuk menghalang kemenangan Islam dalam pilihanraya presiden.
“Dengan ini ditegaskan bahawa kami penjaga Haramain yang mulia, meminta anda berusaha sepenuhnya untuk menghalang kemenangan calon Islam terutamanya Mohammed Mursi,” menurut surat tersebut.
Antara lain ia turut menyatakan sebagai ‘Ikhwanul Muslimin ancaman sebenar kepada Arab Saudi’ dan ‘Kita tidak mahu mereka berkuasa’.
“Jikalau tidak, kita akan kehilangan kedudukan memimpin dunia Arab dan Islam,” tambahnya lagi.
Ikhwanul Muslimin Mesir mengumumkan bahawa calon Mohammed Mursi telah berjaya memenangi kebanyakan undi pilihanraya pusingan pertama minggu ini dengan lebih 25% undi.
Menurut laporan Reuter, keputusan pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir menunjukkan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas ketua tentera udara Ahmed Shafiq menduduki tangga teratas dengan undi masing-masing berjumlah 5,553,097 dan 5,210,978.
Hasil keputusan rasmi tidak akan berakhir pada Selasa ini untuk membolehkan jawatankuasa pilihanraya mendengar aduan dan permohonan tentang undi. (Kredit kepada Ibnu Azmi)
Okay..apa konspirasinya?

selanjutnya SINI



3 ulasan:

C++ berkata...

Bhai TheSniper...

Bukanker Malaysia haramkan Wahabi... nih apersal Najib berkiblatkan Wahabi plak... hahahaha...

Lepas nih pastinyer Najib akan berkiblatkan Syiah la plak... hahaha...

Kat Malaysia... kecoh... dikejarnya saper yang mengamalkan Wahabi... tapi diri sendirik mintak greenlight dari Wahabi....

Hahahahassan Ali....

Tanpa Nama berkata...

Biar semua mufti di dunia ni sokong hj jib, bg aku umno mst dignti.

Tanpa Nama berkata...

Najib pegi sana sebab nak mintak belsa simpati dari makcik & pakcik felda... tapi bila sampai sana mangkuk2 pak arab nih bukan reti pon cakap english jadi terpaksa lah bawak translator, dalam masa yang sama ada agen UG yg tengah terkontang kanting tak tahu mana nak pegi sebab UG punya plan dah kantoi, tuh yang di bawak jadi translator, sekurang2nya tahu nak cakap dalam bahasa arab dan lebih tahu sikit dari Haji Jib Takubin. Tapi yang lawaknya... pi sana jumpa businessmen nak jual siaran TV satellite bukan nya dapat jumpa Mufti besar Saudi... ekekeke... lawak2.