Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Ogos, 2012

Perak. Sambutan kemerdekaan yang meresahkan UMNO


Yang aku rasa menarik untuk diceritakan ialah Sambutan Hari Kemerdekaan di Negeri Perak. Bukan aku nak hipokrit. Aku nampak bahawa semakin lama semakin kurang Sambutan terhadap Hari Kemerdekaan terutamanya semasa tempoh penjajahan Syaitan…oppss…maaf…Dr.Mahathir. Tempoh Pak Lah pun begitu jugak. Tapi, aku masih ingat lagi sambutan kemerdekaan pada tahun 2008 di Ipoh. Semangat orang Perak/Warga Ipoh yang turun untuk memeriahkan Sambutan Kemerdekaan ke-52. Pada tahun 2009 pulak, Hari Kemerdekaan peringkat negeri Perak jadi kurang sambutan.

 Hangpa, jangan buat perkiraan berdasarkan mereka yang hadir pada ‘Merdeka Countdown’. Sebab, kebanyakkan yang datang pada ’Merdeka Countdown’ biasanya nak tengok bunga api je, terutamnya mereka yang ada anak-anak kecil. Kalau hangpa tengok ada remaja pada ’Merdeka Countdown’, aku berani kata kebanyakan daripada depa mai sebab tempat yang ‘professional’ untuk dating dengan awek atau geng Mat Rempit. Aku tak nak cerita pasal tahun-tahun lalu. Aku nak fokus tahun nie je. Seperti aku katakan tadi, aku pasti bahawa Sambutan Hari Kemerdekaan di Perak semakin hambar dan aku pasti bahawa perkara itu berulang lagi pada kali ini. Kenapa rakyat Perak macam tak nak sambut merdeka nie? Selaku orang Perak, aku pasti sebabnya ialah kerana rakyat Perak meluat dengan Kerajaan Kudeta umNO/BN. Bukan aku nak provok. Cuba hangpa pi tanya kat mana-mana penyokong Pakatan Rakyat atau pengundi atas pagar, Kalau Nizar masih lagi diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak, sudah tentunya penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi atas pagar sambut hari merdeka (walaupun Kerajaan Pusat masih lagi BN). 

Tetapi, apabila mandat yang diberikan oleh rakyat Perak kepada Pakatan Rakyat dinafikan oleh Rejim umNO/Zionis, maka rakyat Perak rasa benci dan rasa dihina sebagai warga Perak dan sebagai Rakyat Malaysia. Dengan adanya rasa benci dan terhina, siapa yang sanggup bangga dengan kemerdekaan yang diperolehi daripada British? Hangpa kena faham, ‘Hari Kemerdekaan’ ialah satu klausa populis untuk menutup segala perbuatan syaitan yang giat dijalankan oleh umNO dan Barisan Nasional. Bukan nak kata penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi atas pagar, orang umNO pun tak kibarkan jalur yang tak berapa gemilang.





Mungkin brother nie tunggu untuk mendapatkan bendera percuma di mana-mana Tol lebuhraya Utara-Selatan.
 



selanjutnya SINI

Tiada ulasan: