Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

28 Ogos, 2012

Norazli Musa Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak? Patut la lembab!

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas. “Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas,” katanya. Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting. Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.



Norazli Musa aka Li Pot

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras. “Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan. “Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti,” tegas Nor Azli. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

 Selanjutnya SINI

5 ulasan:

C++ berkata...

Bhai TheSniper...

Hahahaha... mamat nih gua cukup kenal... hahaha... cukup rapat ngan Ust Sidek Noor....

Tanpa Nama berkata...

Patut le pas di parit lemah ramai yg katak bawah tempurung siap tanye teman hal di pulau penang betulke seperti yg dikhabor olek tv3/4 betul ke budaah ni puak muda belum lagi yang tua yg otak feme karat orang kene rajin turun padang kalau ridak bungkus

Tanpa Nama berkata...

Alamak ngeri lah tengok norazli musa ni.. Macam taliban pulak penampilannya.. Tolong lah ubah imej yg berserabut tu. takut orang nak sokong pas kalau macam ni.

the rider berkata...

Harap betulkan tajuk....Ust Nor Azli BUKAN Ketua Penerangan PAS Perak, beliau adalah Ketua Penerangan DEWAN ULAMAK PAS PERAK...takkan tu tak leh beza bro...silap fakta macam tu buat gelak dek orang Umno dan org PAS je...kekekekekek....

Tanpa Nama berkata...

Penulis tu pon biul macam umno juga.. bila masa dia Ketua Penerangan PAS Perak? Bengong..

Tye la jugak Penerangan PKR apa keje dia? DAP Pulak?

Keje penerangan bukan buat statement je.. bodoh..