Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Ogos, 2013

Sirul, Azillah bebas. Mastermind?



Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul bercakap dengan pemberita selepas penghakiman dibacakan di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul bercakap dengan pemberita selepas penghakiman dibacakan di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel  tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah.
“Tidak ada dalam asas penghakiman hakim perbicaraan bahawa beliau ada mempertimbangkan sama ada diari stesen itu menunjukkan kehadiran perayu pertama (Azilah) di Bukit Aman pada masa yang dikatakan. Dia tidak boleh berada di tempat kejadian.
“Dalam log panggilan dan ramalan liputan (yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk menunjukkan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan), saksi daripada syarikat telekomunikasi meletakkan isu mengenai ketepatan log panggilan dan ramalan liputan itu.
“Adalah penting untuk hakim perbicaraan untuk melihat apa yang dibangkitkan pembela mengenai eksibit dan mencari dapatan sama ada wujud perbalahan atau kerosakan data, dan sama ada keaslian data berkenaan dipersoalkan atau tidak.
“Kesalnya, hakim gagal berbuat demikian dan ini menyebabkan salah arah yang serius hingga menjejaskan eksibit itu,” katanya.
Beliau berkata, hakim juga gagal memeriksa sama ada terdapat kontradiksi atau tidak konsisten dalam bahan bukti dan saksi pendakwa adalah material, dan sama ada wujud maklumat yang dibekalkan oleh perayu atau daripada sumber lain.
“Berkait dengan isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, hakim perbicaraan juga gagal membuat dapatan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan itu dengan perayu.  Dengan tidak membuat sebarang dapatan mengenai pemilikan perayu terhadap bahan letupan, hakim gagal menyelesaikan sambungan yang hilang, mengakibatkan satu lagi salah arah,” kata Tengku Maimun.
Beliau bersetuju dengan pihak pembela bahawa DSP Musa Safri, yang pada ketika itu dalam pasukan pegawai Najib patut dipanggil untuk membuka naratif terhadap asas kes pendakwaan.
Mahkamah turut mendapati hakim perbicaraan tidak menemui dapatan mengenai sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat pelan awal tersusun oleh perayu untuk melakukan pembunuhan itu.
“Melihat kepada keseluruhan keadaan, penghakiman kami ialah daripada kesan terkumpul dan salah arah oleh hakim perbicaraan menjejaskan sabitan,” kata Tengku Maimun.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
“Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata Gobind dalam akaun Tweeternya. – http://www.themalaysianinsider.com

Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.
Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.
Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. - http://www.themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: