Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 September, 2013

Perpaduan. Akhirnya Hj Hadi "tak sengaja" mengaku!


Hahaha! dalam dok nafi sana-sini, kerana tak mahu ketinggalan akhirnya Hj Hadi secara tak sengaja mengaku PAS (baca Hj Hadi) dah lama buat kerja berunding dengan UMNO!

KUALA LUMPUR: Menyertai dialog isu-isu kebangsaan dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan, bukan perkara baru bagi PAS, tegas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya menurut Tuan Guru, PAS telah terlibat dengan rundingan kebangsaan ini sejak zaman bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak lagi.

"PAS sudah buat lama. Bukan sahaja dengan parti-parti politik malah juga dengan pertubuhan NGO dalam pelbagai isu.

"Kita berdialog dengan kerajaan dalam isu ekonomi, kita juga menyertai dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem)," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harakah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Cadangan tersebut dilontar Anwar melalui perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu lalu.

Antara isu nasional yang dicadang untuk dibincangkan dalam dialog itu termasuk isu agama yang sering dimanipulasi, isu rasuah, isu-isu ekonomi dan juga jenayah yang dilihat memerlukan penyelesaian konkrit dan kerjasama semua pihak.

Mengakui belum sempat membaca kenyataan Anwar itu kerana jadualnya yang padat sejak kebelakangan ini, Tuan Guru berkata beliau akan menelitinya dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

"Saya sibuk dengan jadual yang padat beberapa hari ini, masih belum sempat baca kenyataan itu. Nanti InsyaAllah saya akan baca," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Untuk rekod, pada tahun 1989, PAS menghantar dua wakilnya menyertai Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem).

Ketika itu, PAS diwakili AJK PAS Pusat iaitu Datuk Mustafa Ali dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.

Sumber

P/S: Jumpa "kepala" dah! kih kih kih


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


dikesempatan yang ada ini sempenan Idulfitri
bulan yang mulia ini ..aku ingin berpesan dan berkongsi.
Semua sahabat ku,
Seluruh Pimpinan Pas , Ahli dan Penyokong.
bahawasanya dalam Muktamar Pas kali ini.
Ini seorang bergelar AS-SISI dihantar khas dengan suatu misi.
menghancurkan PAS dengan suatu strategi.
Melagakan PAS dengan 2 kumpulan.
Kumpulan Perpaduan dan Kumpulan Berani Mati.
ataupun Kumpulan Ulama dgn kumpulan professional.

Ia ditaja disubsidi ..bukan seorang diri.
X mungkin Nasharudin mahupun Hsan jati.
Ianya telah diremote control...spt Yahudi.

Mungkin Syiah isu pertama untuk dipelopori.
Atas satu Tajuk ..memecahbelahkan parti...lalu
pukat ditahan utk mengutip mana ahli yang dah mati.
Amatilah...amati ..amati..

Media membuka kudis dan pekong.
Fitnah ditabur..mengelirukan penyokong
Tahulah wahai tuan ..siapa yang untung.
As- Sisi cakap 10 ..ditambahnya bohong bohong.

C4 dipasang disana sini
tunggu lah siapa yang nak mati..
SBB berkeliaran mencari rezeki.
mencuri peluang mengendap sana sini

Isu dan fitnah telah diupah..
kaedah syaitan depa mengolah
hanya satu target..memecah belah
DAP dan Keadilan juga diseranah..
dari ..kudis..bengkak..dan menanah..

Dikedai kopi ahli berkelahi..
ada yg x puas hati merajuklah diri..
kerna iman tanpa tahajud..mudah kena beli
DPK akan sampai x lama lagi..
Duit Projek dan Kroni..
Yang berahi ditambah bini..
apa nak susah..semua orang bagi.

Disini ku sudahi..
Mohon maaf sepuluh jari..
tolong sebar walaupun free..
aku berpesan kerna sayangkan parti.

Tolong lah sebar ...ini bukan dakyah..
membacalah cara falakiah..
melihatlah ..menonontonlah..
muhasabahlah.

KUATKAN UKHWAH.
jangan nanti nasi sudah menjadi RICE
semuanya punah.

Orang PAS kutuk Umno ..itu Perjuangan
Orang PAS kutuk PAS..itu Munafiq
Orang Umno kutuk Umno..pergi mampuslah.

Selamat Hari Raya idulfitri.
****Bunuhlah As- Sisi sebelum dia mati.
Dia mungkin berada dikedai kopi atau atas lori atau dlm TV
cakapnya lembut tiada terperi..pijak semut pun x mati.

TheSniper berkata...

Tanpa nama! kenapa tak sebut nama terang2? Ni kira fitnah jugak ni!