Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 September, 2013

Bersedia menerima kenaikan harga barangan!



Syed Shahir Syed Mohamud
SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.
Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.
“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat,” katanya.
Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.
Hal ini tidak akan berlaku jika Pakatan yang menawarkan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja membentuk kerajaan jika menang PRU 13.
Bagaimanapun, BN yang pernah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak jika menang, mungkir janji kurang lima bulan selepas mencatat kemenangan tipis.
“Kita memang jangka minyak akan naik jika BN menang. Kita nasihati pengundi jangan tersalah pilih tetapi ada pengundi ‘memilih’ untuk (harga) minyak naik,” kata Senator Dewan Negara itu kepada TV Selangor.

SUMBER

Pandangan di atas juga turut mendapat ulasan senada dari FOMCA;

KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.

Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.

"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.

Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.

Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.

"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.

SUMBER

2 ulasan:

bunbinban berkata...

Menara warisan ttp akan di teruskan...utk membelai ego si pemimpin walau rakyat terpaksa mengikat perut. Penangan minoriti.

Tanpa Nama berkata...

dah ada rakyat yg maha bodo sampai tak bole diajar... ini lah bahananya. tahniah kepada pengundi BN@Barua Negara!!!