Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 September, 2013

Kenapa Utusan Malaysia beria-ia pertahankan pimpinan lama PAS?


Nik Aziz menerangkan kepada Mat Sabu kenyataan beliau telah disalahertikan?

SHAH ALAM – Walaupun pucuk pimpinan inginkan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi golongan ulama, Mohamad Sabu tetap memutuskan akan mempertahankan jawatannya itu pada muktamar tahunan parti kali ke-59 November depan.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

“Selain daripada itu, saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai apakah beliau akan mempertahankan jawatannya itu atau melepaskan kepada pemimpin lain.

Persoalan ini timbul berikutan kenyataan Mursyidul Am Pas (disiarkan dalam Utusan Malaysia) , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu, yang menyatakan harapannya supaya jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama yang tinggi.

Ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz itu, Mohamad menjawab: "Tiada kenyataan lanjut daripada saya".

Nik Aziz, dalam kenyataannya, juga mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas kerana kebolehannya memimpin parti tersebut.

sumber

P/S: Kenapa kali ini grup lama dalam PAS menjunjung kenyataan TGNA yang disiarkan Utusan Malaysia! Kowtim ke?

Tiada ulasan: