Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 September, 2013

Calon terbaik timbalan presiden PAS dijumpai!


“Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Kekalahan’ pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.


BINTULU: Dakwah PAS mestilah ‘menerobos’ rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata, ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 

“Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Kekalahan’ pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.


Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.

Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.

Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.

Bahkan, jelasnya pengundi muda juga bersikap demikian sedangkan sebelum itu mereka banyak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PAS seperti pertandingan futsal, motocross dan lain-lain.

Justeru, katanya pendekatan dakwah dan siasah yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tradisi Melayu bukan sahaja sekadar dapat ‘memasuki’ rumah tetapi memenangi hati budi mereka.

“Yang terbaik selagi kita tak dapat menang hati budi, sehingga tak sedia nak jadi ahli, tiada jaminan mereka nak undi kita,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dalam pengamatan dan pengalaman pada Pilihan raya Umum lalu, aspek khidmat dan kebajikan, bersama dalam suka duka hidup rakyat itu penting sehingga menatijahkan mereka tertarik dan mendukung perjuangan yang murni ini.

Ini, jelas beliau berbeza dengan golongan Melayu bandar dan pertengahan yang sedia berdiskusi, berdebat, berseminar dan lain-lain sebagai pengisian dan pendekatan PAS kepada mereka.

Selain beliau, lima kertas kerja lain turut dibentangkan pada ijtimak yang bertemakan ‘Iltizam Unutuk Sarawak’ itu ialah ‘Perkongsian Pengalaman di Sabah’ oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Mohd Anwar, ‘Perkongsian Pengalaman dari DAP’ oleh Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong, ‘Post Mortem Pasca PRU13 Fokus Kepada Borneo oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, ‘Senario Belia Masakini – Ruang & Peluang’ oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar dan ‘Pengalaman Kemenangan’ oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. ~harakahdaily

1 ulasan:

pasak bumi berkata...

kroni

http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/berikut-adalah-artikel-yang-diambil.html