Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

02 Februari, 2014

Amaran untuk Anwar Ibrahim!


UMNO dah mula naikkan isu kes liwat. Kaitan DNA perlu diadakan. Nampaknya Anwar pegi mana2 kena bawak kerusi sendiri. Tidur jangan merata. Habis ceramah balik rumah. Jangan bantah tua! hehehe

Baca!


Wujud Keraguan : Kes Liwat '2' Anwar Ibrahim

Pada mulanya SR ambil jalan tengah untuk tidak menyentuh mana-mana isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hujah-hujah SR di laman FB atau menulis dalam blog, kerana kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah. Apa yang terjadi, tetiba SR tertarik pula tentang isu ini, kerana gatal kepala munkin dan sikap ingin tahu. Debat-debat di laman social FB atau Blog di antara pro dan kontra Anwar semakin hangat membentangkan hujah masing-masing.

SR telah mengikuti perkembangan perdebatan dalam ruangan ‘Debat Intelek’ di laman social facebook. Beberapa persoalan yang dikemukakan dan ditimbulkan oleh penyokong atau pro Anwar. Malangnya, tidak dapat diperjelaskan atau dibalas balik oleh mereka-mereka pro Najib atau orang UMNO yang menyatakan Anwar terlibat dengan liwat sodomi '2'. 

Manakala di mahkamah pula, barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka berjaya menimbulkan “keraguan munasabah” dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu selain dapat ‘mematahkan’ keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam hujah penggulungan kes peringkat pembelaan, peguam utama Karpal Singh memfokus ke atas soal kredibiliti Saiful sambil menegaskan keterangan-kerangan saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

“Kredibiliti SP1 (Saiful) perlu dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia mengambil tempat di seluruhan kes,” kata Karpal sambil menambah, di akhir kes pembelaan mahkamah harus mempertimbangkan sama ada kes ke atas tertuduh telah dibuktikan melampaui keraguan.

“Dapat dikemukakan oleh pembela, berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.” Karpal mengambil contoh kenyataan Saiful yang menjawab dengan rakus dan laju berhubung tarikh liwat pada 26 Jun 2006.

Karpal turut menekankan kenyataan saksi pakar pihak pembela Dr Thomas Hoogland yang memaklumkan umur seperti Anwar tidak mampu untuk melakukan perbuatan sedemikian. 

Itu di mahkamah, laman sosial FB lain pula ceritanya. SR tertarik dengan hujah-hujah dan persoalan yang dikemukakan oleh mereka-mereka yang membela Anwar, memang betul banyak menimbulkan keraguan, antara hujah-hujah tersebut ialah :-
  • Saiful bertemu Najib (ketika itu TPM) dan Rosmah pada 24 Jun 2008. Di mahkamah Pegawai Polis juga mengesahkan dan merekod kenyataan Rosmah. Jumpa untuk apa?
  • Selepas bertemu dengan semua musuh politik DSAI. Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 mendakwa kononnya diliwat.
  • Sehari selepas itu saiful bertemu PKK SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu TPJSJP, sekarang ini KP Melaka) di Hotel Melia KL di bilik no 619. Dia juga menghubungi KPN Musa Hassan melalui telefon. 
  • Dalam kes DSAI tahun1999, Rodwan memainkan peranan meletakkan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Ini disahkan sendiri oleh kenyataan bersumpah Pegawai Polis yang menyiasat kes mata lebam DSAI iaitu Mat Zain Ibrahim. 
  • Pada hari yang sama Saiful ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Dr Osman Abdul Hamid setelah membuat ujian mengesahkan Saiful tidak diliwat. Perlu diingat, Dr Osman mencatatkan ada kesan tusukan plastik ke dalam jubur Saiful. 
  • Pada 16 Julai DSAI ditangkap dalam serbuan 15 anggota UTK bertopeng dan bermesingan seolah-olah Datuk seri Anwar seorang pengganas. 
  • Selepas ditangkap DSAI dimasukkan ke dalam lokap, Polis membekalkan DSAI dengan berus gigi, tuala dan air mineral. Pegawai penyiasat DSP Jude Periera kemudian mengambil semula semua barangan tersebut untuk mendapatkan DNA DSAI. 
  • Sampel yang diambil tadi disimpan selama 48 jam sebelum diserah kepada Jabatan Kimia. Satu tindakan yang melanggar peraturan ujian perubatan. 
  • Di dalam mahkamah ahli kimia berkata ada lebih dari 5 DNA di jubur Saiful. Apa ceritanya ini? 
  • Kenapa Dr Osman tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? 
  • Ketika dalam mahkamah tidak ada seorang pun Doktor atau Pakar Kimia mengesahkan adanya kesan air mani DSAI di badan Saiful.  
  • Keempat-empat Doktor mengesahkan tidak ada kesan tusukan di jubur Saiful.  
  • Dalam mahkamah didedahkan bahawa sampel ujian telah ada ditangan Polis pada 26 Jun sedangkan Saiful hanya diperiksa oleh Doktor pada 28 Jun. Ini menunjukkan sampel ujian telah direka lebih awal.  
  • Kenapa tuan kondo (tempat didakwa berlakunya liwat) tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Sedangkan Polis telah menyoal siasat dan mengambil keterangan dari beliau.  
  • Terdapat 5 tetamu lain di kondo tersebut pada hari didakwa berlakunya liwat. Polis jugak mengambil keterangan dari kelima-limanya tetapi mengapa tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah?  
  • Di setiap bilik di kondo tersebut, ada CCTV. Kenapa CCTV tidak di bawa ke mahkamah? 
  • KENAPA??? Kerana kenyataan mereka akan membuktikan DSAI tidak bersalah. Kenyataan mereka dan kebenaran hakiki akan menggagalkan konspirasi jahat kerajaan UMNO/BN yang diketuai oleh Najib bagi memenjarakan Datuk Seri Anwar.
Masa Tun Abdullah Perdana Menteri (2004), mahkamah persekutuan menggugurkan sabitan kes liwat terhadap Anwar sebab itu beliau dibebaskan. Era Najib, kes yang sama dibangkitkan. Apakah rakyat sudah jadi bodoh dan mahu dibodohkan lagi. Teruk sangatlah UMNO sekarang ni.

Alkisahnya!! Jika DSAI disabitkan dengan pertuduhan, maka Regim Najib akan pasti menghadapi masalah besar. Jika DSAI dibebaskan dari pertuduhan pula, maka Regim terajuan UMNO ini akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi. Lantak!!! kata mereka.. Siapa suruh mulakan fitnah ini? Lu pikir laa sendiri. UMNO/BN menempah bala sendiri. Tahniah!! satu saham bagi Pakatan Rakyat. 

Jika DSAI dipenjara, akan ada gelombang reformasi yang lebih besar. Anak-anak yang dulunya masih kecil dalam lingkungan usia 10-15 tahun yang dibesarkan oleh ibubapa zaman reformasi yang menuntut pembebasan DSAI, kini anak-anak itu telah dewasa dalam lingkungan 25-29 tahun dengan semangat reformasi ibubapa mereka. Keadaan ini menambahkan bilangan pejuang reformasi, dan tsunami kali ini akan lebih hebat dari reformasi dahulu pada tahun 1998. Ibubapa yang menyertai reformasi 1998 ketika usia lingkungan 28-33 tahun, kini telah menjangkau usia 40-46 tahun. Dengan kematangan ini, mereka mampu mengegarkan ONE MALAYSIA. Sumber dari Blog  Saya ready

P/S: Kawan FB aku Yong Intan Noor punya nasihat lagi ganas! " Yong cadang bukan hanya kerusi sendiri. Dia kena bawa air minum sendiri. Ataupun puasa jer kalau siang. Jangan sampai ditangkap oleh Jais dan Mais. nanti sperma kena curi..."

2 ulasan:

Yong berkata...

The Sniper

Ajer nko nake!

C++ berkata...

Bhai Chor Sniper...

Hahaha... terbaek la nasihat nih... Hahaha...

Payah-payah pon... setiap kali Anwar nak lepak tido... suruh dier tido di Markas PAS.... takkan la ader "jambu" kat situe kot... hahaa