Senang kita nak menilai prestasi mereka. Jangan jadi macam sekarang. Depan publik manis muka, belakang masing2 tikam menikam.
Isu terbaru adalah rentetan dari tulisan Subky Latif baru2 ini.
Isu terbaru adalah rentetan dari tulisan Subky Latif baru2 ini.
MENGAPA SAYA ELAK BERBALAH DENGAN ANWAR?
Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.
Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.
Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.
Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.
Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.
Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.
Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.
Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.
Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.
Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.
Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.
Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.
Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.
Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.
Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.
Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.
Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.
Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.
Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.
Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.
Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.
Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.
Seterusnya cuba baca tulisan yang menyanggah tulisan Subky Latif di atas.
JOM BERBALAH DGN ANWAR: REAKSI KOMENTAR SUBKY LATIFF MENGAPA ELAK BERBALAH DENGAN ANWAR?
Merujuk tulisan Pak Subky Abdul Latif yang terselit dalam Harakahdaily beberapa yang lalu, saya ingin tampil menyatakan kenapa saya harus berbalah tentang Anwar. Saya kira tulisan Pak Subky lebih memuji kepimpinan Anwar Ibrahim dari sudut pengaruh dan strategi politiknya. Itulah yang dipuja oleh beberapa pimpinan dalam PAS seperti Dr Dzulkefly, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad dan mereka yang seangkatan dalam pasukan yang tidak mahu berbalah dengan Anwar.
Semenjak Anwar memasuki UMNO pada satu ketika dahulu, jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang oleh beliau sehingga menjadi mangsa deraan Mahathir. Kesian dengan otak politik tinggi Anwar sebenarnya seperti yang disebut oleh Pak Subky.
Barangkali, otak politik tinggi beliau itulah yang menyebabkan beliau masuk ke dalam UMNO, dengan tujuan membaiki dari dalam kemudian menjadi TPM dan anggota Majlis Tertinggi UMNO seterusnya disingkirkan dari UMNO dalam kes fitnah. Cepat sangat Anwar bertindak, semata-mata untuk menjadi PM kemudian mentadbir Malaysia dari pemimpin UMNO. Ini bukan otak politik tinggi bahkan lagi elok disebut otak politik gelojoh.
Politik tinggi Anwar juga turut menampilkan idea gimik 16 September. Rakyat Malaysia pasti tidak akan dapat melupainya kerana ia menjadi bahan lawak jenaka. Hebatnya politik tinggi Anwar.
Begitu juga selepas pru 13 yang lalu, Anwar sekali lagi tampil dengan gaya politik tingginya. Ramai sekali pemimpin PR yang tertarik dengan projek "Blackout 505". Masing-masing turun dengan berpakaian hitam tanpa berbalah dengan Anwar, cuma saya tidak pasti Pak Subky sempat turun dan berpakaian hitam atau tidak kerana ikutkan idea politik tinggi, apa yang penting jangan suka berbalah dengan Anwar.
Pemimpin yang mengaku cerdik dari kalangan PAS juga turun kerana politik tinggi dan tidak mahu berbalah dengan Anwar. Akhirnya, apa natijah disebalik politik tinggi Anwar? Sekali kali jadi bahan lawak jenaka.
Setujukah Pak Subky kalau saya cadangkan Anwar bertanding di Maharaja Lawak Mega untuk musim hadapan? Jangan berbalah dengan Anwar, izinkan dia ke Maharaja Lawak Mega.
Pak Subky dalam tulisannya itu banyak mengagungkan Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar merupakan ikon pemimpin yang begitu hebat untuk PAS. Saya rasa Pak Subky amat memahami bahawa Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Mursyidul Am dan ramai lagi pimpinan yang digelar secara sinis sebagai puak 'kopiah putih' oleh sesetengah pihak dalam PAS ini.
Mereka merupakan pemimpin yang sepatutnya dicontohi dan diikuti oleh ahli PAS bukannya Ketua Umum PKR. Pemimpin PAS seperti Haji Abdul Hadi Awang menjadi rujukan oleh gerakan Islam antarabangsa. Jangan terlalu asyik nak menangkan dan mengagungkan Anwar menjelang PRK Kajang pada kali ini sampai lupa kehebatan pemimpin sendiri.
Kita sama-sama tunggu politik tinggi Anwar untuk Kajang Move. Manalah tahu, ada rahsia disebalik cadangan dan idea tak nak berbalah dengan Anwar, PR akan dapat ke Putrajaya selepas ini.
JOM KITA CUBA BERBALAH DENGAN ANWAR !!!
Anak Didik Pak Subky
Kajang
NOTA: Komentar ini disebar meluas melalui whatsapp.

sumber SINI
4 ulasan:
Lawaknya ! Hakikatnya PAS tak ada apa apa selain ' perasaan ' sangat hebat yang dilayan sesama sendiri.
Itu belum lagi jika kita kaji Subky Latif sendiri...kosong..kosong..kosong..
SANGAT SETUJU " Hakikatnya PAS tak ada apa apa selain ' perasaan ' sangat hebat yang dilayan sesama sendiri." gelak kejap ha ha ha.
>> Haji Hadi bagus dan menjadi rujukan seduania TAPI Tuan Guru HJ Hadi tidak cukup kuat menjadi pemimpin no 1 kita menawan putrajaya dalam kontek Malaysia. Pas Fraksi Kanan, DAP kiri dan PKR tengah. Disinilah penyatuan... dan persefahaman... memuji Anwar bukan bermaksud mengetepikan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi dll. Satu kejayaan perlukan semua.. Jika anwar boleh, beri lah dia peluang dan bantu. Jika berjaya mungkin satu hari hj Hadi TPM dan Limkit Siang menteri dalam negeri...karpal menteri kehakiman.
MINTA fikir sebatu ke depan bukan sejengkal....berfikir di luar kotak dan jadikan wawasan Putrajaya ditawan. Setuju dgn Penulisan Subky Latif dan Dr Agus.
walohbanyu
Mari kita raikan perbedaan pendapat. Jika Subky di katakan terlalu mengagungkan Anwar bagaimana pula dgn anak didik Subky Latif?. TGHH dan Anwar ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan saling tampung menampung. Jika alasan kegagalan 'politik tinggi' Anwar dan Anwar di kira tidak layak di 'agung'kan maka bagaimana dgn TGHH yg juga gagal mengekalkan Terengganu dan juga gagal dlm 'projek UG'?. Benda mcm ni akan berpanjangan bila masing2 mencari kelemahan masing2 dan sikap ini hanya memanjangkan hayat UMNO. Kenapa agaknya Allah Taala x izinkan atau di tangguh kemenangan PR atau utk menyenangkan hati ahli2 PAS kita sebut terus menangguh kemenangan PAS?. Mungkin jawapan paling selamat di berikan adalah 'ketentuan Allah' dan jawapan yg sama boleh di berikan kepada kegagalan 'politik tinggi' Anwar...16 sep, Blackout505 etc.
lepeh ni same-same kite tunggu dengan penuh debaran ade ke idak satu lagi SANDIWARA ala-ala komineh dan pil kudde dari idea si pakeh lebei seghoban UG.....berani ke gamoknye demer nak panggil sekali lai tV tige kita nak tengok seterer mane ake demer?
Catat Ulasan