Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Februari, 2014

Sampai bila Melayu akan mengekalkan adat mengarut?

Oleh: Abu Nawas II
MELAYU TERTINDAS KERANA ADAT 



Dalam lagu Internationale versi Indonesia antara bait bait senikatanya ialah “lenyapkan segala fahaman tua, kita rakyat sedar sedar. Dunia telah berganti rupa untuk kemenangan kita”

Bila di fikirkan antara sebab rakyat masih gagal untuk bangkit melawan segala penindasan adalah di sebabkan dengan adanya fahaman atau kepercayaan yang mengarut seperti raja ada daulat, tak ada umno melayu hancur, jangan lawan pemimpin nanti tak masuk syurga..bla bla bla..

Hari ini bangsa yang paling kuat berpegang dengan fahaman tua ini ialah bangsa melayu. Sebab itu dalam politik melayu orang melayu sentisa merelakan diri mereka di tipu tanpa ada sebarang perasaan marah walaupun mereka terang terang di tipu oleh pemimpin mereka daru raja raja sultan perdana menteri sehinggalah ke pengerusi JKKK.

Orang melayu percaya dengan fahaman tua yang sekian lama turun temurun bahawa melawan ketua adalah melanggar adad yang bagi mereka biarlah anak mereka yang mati asalkan adad melayu fahaman tua seperti percaya sultan ada daulat akan terus menjadi kepercayaan generasi demi generasi. Maka sebab itu orang melayu yang bepegang dengan fahaman tua ini sanggup membunuh anak yang berani bersuara menongkah arus kepercayaan karut ini.

Adat kepercayaan fahaman tua ini sebenarnya bukan saja ada pada bangsa melayu malah ianya ada pada semua bangsa namun kita dapat lihat bangsa bangsa yang mula membuang kepercayaan fahaman adat tua ini bangsa itu akan menjadi bangsa yang Berjaya dalam pemikiran politik di antara bangsa bangsa lain.

Sebenarnya yang menjadi dalang kepada orang melayu untuk terus percaya kepada fahaman karut ini ialah para ulamak ulamak jahat. Umpamanya Mufti Perak berkata “Raja adalah bayanga allah di muka bumi”. Bila otak rakyat di sumbat dengan kepercayaan mengarut ini maka bila ada sultan minum arak pun rakyat tak akan berani melawan kerana bagi mereka yang minum arak itu adalah tuhan dan sultan itu pula hanya dari bayangan tuhan yang sedang minum arak.

Maka untuk menghapuskan fahaman tua yang karut marut ini perkara yang perlu kita rakyat yang sedar dengan pembohongan ini lakukan ialah lawan habis habisan ulamak ulamak jahat ini di samping menghasut rakyat agar keluar dari pembohongan adat resam yang mengarut ini.

2 ulasan:

Din berkata...

Assalamulaikum tuan..

Blog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html code.

Oleh itu, saya telah membuat blog baru di alamat
http://addindeen.blogspot.com.

Mohon letak link blog baru saya di blog tuan, blog tuan saya telah linkkan.

Terima kasih atas kerjasama.

bunbinban berkata...

Bkn sahaja ulamak2 jahat tapi juga pemimpin2 parti politik x kira di sebelah mana pun. Ketika Madey bertindak menghapuskan imuniti raja2, siapa yg paling ke depan membela raja2?. Ianya menjadi semacam talian hayat bagi parti2 politik baik kerajaan maupun pembangkang. Masih ramai melayu2 yg percaya kepada 'DAULAT' raja2. 'DAULAT' umpama 'mukjizat' atau 'KARAMAH' setara yg di anugerahkan kepada para Rasul untuk para raja2. Dan dgn 'anugerah' sebagai 'wakil' tuhan di muka bumi oleh ulamak2 jahat maka sebilangan besar org melayu masih lagi menjadi hamba kepada 'wakil' tuhan di bumi.