Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 Februari, 2014

Pemusnah Hj Hadi adalah orang2 disekeliling beliau?


Imej TGHH tercakar teruk kerana penasihat-penasihat yang tidak cerdik politik?

Walaupun musuh-musuh  PAS berusaha keras untuk mencalar-balarkan imej baik Presiden PAS namun tidak berjaya, sebaliknya penasihat-penasihat Presiden pula telah berjaya melakukannya dengan memberi nasihat yang tidak cerdik sehingga Presiden yang sentiasa sibuk itu diperintah mahkamah membayar ganti rugi RM2 juta kepada perkara yang sebenarnya tidak perlu dan tidak sepatutnya berbangkit!

Sekarang itulah hakikatnya dan para penasihat Presiden yang bodoh sombong mahu salahkan siapa lagi?

Isunya mengapa isu pil kuda mesti berbangkit tanpa bukti? Dalam hal menghadapi kes saman itu, apakah para penasihat undang-undang Presiden tidur?

Kecewa melihat perkara yang seumpama ini boleh berlaku ke atas TGHH.


Abdul Hadi diperintah bayar saman RM2juta

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Shamsul Mat Amin - yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu - berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu, lapor Berita Harian hari ini.

Peguam kepada Mohd Shamsul, A Vasudevan berkata mahkamah turut memerintahkan Abdul Hadi membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Laporan itu menyebut, Vasudevan berkata Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul (plaintif) memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Abdul Hadi (defenden) di Kampung Tebakang, Alor Limbat pada pilihan raya umum itu.

Mohd Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekaligus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Dalam laporan harian itu juga, plaintif menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, tetapi dalam  surat balasnya, ahli parlimen Marang itu menafikan pernah mengaitkan plaIntif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

Dalam penyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan beliau berdepan dengan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan, penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, Abdul Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon PAS di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon pembangkang.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

din ayam boleh top up punya..

lijitra berkata...

yang dia terasa sgt tu sampai sanggup menyaman tuan guru pasai apa.tentu dia buat kut.

Tanpa Nama berkata...

Mestilah terasa, masalahnya, TGHH menuduh org tanpa bukti pastu report terus ke polis ke, kenapa sampai sekarang takde pe2 tindakan? TGHH kena jadikan ni pengajaran, jangan kerana memfitnah kita dimasukkan neraka. Tindakan meletakkan calon yang menjadikan perlawanan 3 penjuru pada PRU13, PAS akan dilihat sebagai tikam belakang dan memungkiri janji.

Tanpa Nama berkata...

resmi pemimpin yg ber'IQ kemetot akan pasti mencari penasihat2 yg br'IQ bebal dan kontot!?

resmi pemimpin2 yg berniat jahat dan khianat pasti dikelilingi oleh penasihat2 gelap belit dan lahap!?

klu si ayah dah jd penyangak tak kan lah beban kesalahan disbbkan oleh si anak2..hanya yg bahlol shj yg asyik salahkan org lain dan lupa kebahlolan ego diri sndiri.

Tanpa Nama berkata...

Bukan soal terasa ko xbaca statement dia ke...imej dan maruah bro... lu kalu org hina dan maruah lu dok diam ka? Salah ka dia nak membela diri?

Tanpa Nama berkata...

Seorang pahlawan Bani Israel bernama Samson sangat gagah sehingga tidak boleh ditewaskan tetapi punca kekalahan ialah isterinya sendiri. PAS mesti membaca kisah-kisah Yahudi untuk dijadikan iktibar.

Malaysiabaru berkata...

Setuju semua d atas

4G berkata...

Tidak sepatutnya presiden kita ni wat statement yg tidk clear bukti dia...dulu dia pernah kta msa pru2004 limkit siang xpired medicine...ana tgok byk x presiden kita ni terbabas cakap tnpa hujjah yg kukuh...ana cdangkn presiden minta maaf jea dgn mamat okr tuu..ni lebih afdal dn berjiwa besaq...ta jatuh imej n maruah presiden pun sebab kita ni bukan maksum...sifat manusia tersilap n tersasar...dn kpda ahli yg taksub kpd presiden tolong laa bca artikel ust deris MP dlm harakah online kita tatang jemaah PAS ni kerana islam bukn menatang mana2 tokoh/pemimpin...apa ta lgi jika pemimpin itu tersilap btuikan...bukn diam ...wallahu alam