Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Mei, 2015

Akhirnya, Nik Amar turut perguna agama utk jawatan parti!

Jawatan tertinggi PAS perlu dalam kalangan ulama, kata Mohd Amar


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ahli PAS seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya parti itu tidak terpesong daripada perjuangan asalnya. Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ahli parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya.

"Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor 1 (Presiden) maka automatik orang nombor 2 (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.

"Jadi orang nombor 1 dan 2 ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden atau naib presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.

Mohd Amar kini menerima 3 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (8 pencalonan). – Bernama, 9 Mei, 2015.

P/S: Ulama gila balak!

4 ulasan:

ramboo-t berkata...

Ambe setuju dgn pok nik, redha allah lebih penting bbndg pakatan..blom pun ke putrajya dap(penentang tegar)dan pkr( tembelang dh pecah-jg tolak hudud)..dlm isu ini, dap+pkr adalah sama dgn amno dan xharus diikuti. Kami sokong ulamak dan tolak taghut.

Tanpa Nama berkata...

Rambo III cara begitu macam sifat babi asal maju maju terus tidak tahu belok atau uturn...tak kira apa yang ada dihadapan....tidak pandai guna otak susun strategi

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju klu PAS jadi Pertubuhan Agama macam AlArqam Dari jadi parti Politik.Tiada Hala Tuju dlm Politik.Kebanyakan Ahli PAS in tak tau bezakan Politik dengan Pertubuhan Agama.

cucu mamak kutty berkata...

pada aku ulamak le yg banyak menyesatkan org islam,qadariah,jabariah,muktazilah,qadyani,qaramitah dah mcm2 ajaran yg aswj kata sesat tu semuanya di asaskan oleh ulamak2,pada aku ulamak yg dah terpesong mcm hj hadi tu lebih berbahaya dari org2 jahil murakap