Dari: King of Goblok
Bumbung
Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali
lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan
hari ini.
Laporan
The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut
runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya
diselamatkan dan dihantar ke
Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan
itu juga menyebut, pihak bomba dan polis sedang menjalankan siasatan di
lokasi kejadian.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong
Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet
hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
Lihat gambar gambar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan