Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 Februari, 2013

Teori Khawarikul Ahdah yang merasuk sesetengah pimpinan PR






Lantas mereka memikirkan cara bagaimana Tengku Razaleig akan muncul sebagai perdana menteri. Lalu teori apa disebut khawarikul ahdah itu digunapakai. Ia bertolak atas keyakinan selepas pilihan raya akan datang tidak ada parti yang akan dapat membentuk kerajaan. Maka parlimen akan digantung. Yang di-Pertuan Agong akan mengarahkan parlimen bersidang untuk memilih seorang anggotanya menjadi perdana menteri. Disebabkan tiada parti yang mendapat mandat besar, nah  ketika inilah nama Tengku Razaleigh akan ditunjuk atas kapasiti dan statusnya sebagai seorang negarawan yang diterima oleh semua. Inilah teori khawarikul ahdahnya.



Bagi mereka yang pernah mengenali jemaah Darul Arqam (1969 - 1994) yang telah diharamkan, atau bekas anggotanya sangat faham dengan apa dinamakan teori "khawariul ahdah" yang satu masa dulu menjadi momokkan bekas kumpulan berkenan dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran orang ramai.


Tengku Razaleigh: Jangan terperangkap.
Anih dan tidak masuk maskulnya, bukan saja golongan yang kurang berpengetahuan dan 'berdebu mata' tetapi golongan cerdik pandai termasuk ahli politik bertaraf menteri juga mempercayai kepada teori berkenaan. Secara tidak langsung mereka menunggu kejadian (kenyataan) teori berkenaan dengan berdoa dan berkerja membantu memberi sokongan kepada Almarhum Ashaari Muhammad sebagai syaikul Arqam.

Apakah teori khawariul ahdah itu? Bagi generasi baru atau mereka yang kurang jinak dengan istilah tasauf Islam agak asing dengan perkataan ini. Mungkin inilah pertama kali didengarinya. Namun bagi guru-guru tasauf dan ulamak tradisi - ahli kitab, arif mengenai perkataan ini.


Saya sendiri yang mulanya sangsi atau pun pertama kali mendengar perkataan ini pernah bertanya kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perkataan ini satu masa. Apa yang saya tanya beliau, apakah ada perkataan khawarikul ahdah ini. Apa jawab tokguru, memang perkataan ini ada dalam kamus pengajian Islam lalu beliau memberi sedikit maksud dan difinasinya.

Menurut tokguru, khawarikul ahdah ialah sesuatu kejadian yang berlaku atau menimpa kepada seseorang yang di luar pengetahuannya. Biasanya mengenai nasibnya dan juga kejadian-kejadian menggembirakan yang tidak pernah dimimpi atau difikir apa lagi direncanakan. Biasanya dia tidak dapat meramalkan apakah yang berlaku itu. Bagaimana pun kata tokguru, kalau seseorang sudah dapat mengagak apa-apa yang akan berlaku itu, dirancang waima diusahakan ia bukan lagi khawarikul ahdah. Tegasnya teori khawarikul ahdah atau kejadian di luar dugaan dan di luar pengetahuan manusia ini memang benar dan berlaku dalam kehidupan seseorang manuisa atas kehendak Allah.

Mungkinkah menjawat jawatan MB itu salah satu khawarikul ahdah bagi Tokguru Nik Aziz?

Ashaari: Tenggelam dalam teori.
Ashaari semasa didalam Arqam dulu telah mengambil istilah ini sebagai teori yang akan berlaku ke atas dirinya, di mana dia akan menjadi perdana menteri Malaysia dan memimpin seluruh umat bukan saja di Malaysia tetapi mencangkupi nusantara. Adapun sandaran atau proses untuk dia muncul sebagai PM menerusi teori berkenaan, ialah apabila Sanusi Junid akan diangkat menjadi perdana menteri menerusi Umno terlebih dahulu, kemudian selepas itu Sanusi akan menyerahkan jawatan PM kepada Ashaari. Inilah keajaiban dan keluarbiasaannya.

Orang Arqam mempercayai dan menyakini ke peringkat 'kul haq kul yakin' perkara ini dan mereka memuja dan memuji Sanusi Junid. Sanusi Junid seorang yang praktikal juga mempercayai kerana ia sedikit sebanyak menyeronokkan dirinya. Sanusi mungkin menjadi harapan dan impian anggota Arqam itu sebagai doa untuknya. Maka Arqam mengarahkan orang-orangnya memberi sokongan dan berkempen untuk Sanusi Junid dalam berdepan dengan musuh atau lawannya di dalam Umno.

Mungkin keseronokan Sanusi ketika itu samalah dengan ucapan gurauan Abdul Hadi Awang dalam muktamar PAS di Kota Bharu lalu yang mengatakan 'seronok juga kalau jadi PM'.

Untuk itu maka Sanusi dipuja. Kerja sanusi memburukan musuh politiknya ketika itu mendapat sokongan dan kerjasama anggota Arqam. Anwar yang dimusuhi Sanusi di dalam Umno turut sama dimushi oleh Arqam. Anggota tertentu Darul Arqam menjalankan dakwah dan dakyah memburuk-buruk dan menyebar fitnah ke atas Anwar Ibrahim di mana setengah idea dan tektiknya diterima dari Sanusi Junid. Alhamdulilah hari sudah ada anggota Arqam yang datang menemui anwar dan memohon maaf.

Ashaari apa lagi, bergedik tangan dan kaki dengan teori itu. Semua orang Arqam juga naik tocang dan membuka dada kerana pemimpin mereka akan menjadi perdana menteri. Sehubungan itu juga satu kabinet bayangan Arqam dibentuk sebaik saja Ashaari mengambil alih. Untuk mengetahui kabinet ini sila rujuk buku saya: Hitam Putih Daruk Arqam.

Kerana syok dan mempercayai kepada teori itu Ashaari menjadi mabuk air sejuk dan tidak waras lagi. Apa-apa nasihat dan pandangan diberikan tidak dihiraukan. Saya sendiri yang akrab dengan beliau cuba meletakkan beliau ke atas pentas realiti tetapi tidak dihiraukan dan saya pula dianggap dan difitnah oleh orang rapatnya cuba merosakkan reputasi Arqam. Setengah orang yang anti dan menolak pandangan saya, termasuklah mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang hari ini sudah melarikan diri dari jemaah itu dan mencemuh Ashaari kerana merosakkan mereka. Padan muka... padan muka ... padan muka.

Akhir, apakah jadi dengan teori berkenaan? Apakah Ashaari menjadi PM? Apakah Sanusi Junid diberi ruang menjadi PM untuk merealisasikan kemuncak teori berkenaan dengan menaikkan Ashaari menjadi PM? Al hasilnya Ashaari dan beberapa orang pemimpin kanannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa membawa ajaran memesongkan akidah, dan pertubuhan Darul Arqam yang satu masa gah hingga ke tujuh benua hancur berkecai lumat menjadi puing-puing bertebangan.  Ruuuuuuuuuu.... (ru ni gak angin keringlah..)

Sanusi entah ke mana, Ashaari entah ke mana. Teori khawarikul ahdah tidak menjadi kenyataan sebalik membenarkan mimpi buruk saya terhadap jemaah itu yang meramalkan Arqam akan mati beragam kerana berpegang kepada teori berkenaan.

Saya hendak hubungkaitkan dengan apa menimpa Ashaari, Arqam dan Sanusi itu dengan apa berlaku sekarang ini, di kalangan beberapa pemimpin tertentu PAS yang menajakan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri. Kerana tajaan itu dianggap sebagai pelik dan ganjil maka saya teringat kepada teori berkenaan. Apakah mereka juga terpesona dengan teori berkenaan dan memberi harapan yang entah-entah kepada anak raja Kelantan itu. Saya namakan perkembangan ini sebagai "Teori Khawarikul Ahdah Kedua Malaysia".

Tengku Razaleigh bukan tidak layak untuk menjadi perdana menteri. Bahkan beliau lebih layak dan perlu menjadi PM sebelum Hussein Onn lagi. Tetapi kerana nasib dan kurang berjaya dalam strategi politiknya maka peluang dan ketepatan itu terlepas. Kerana terlalu jujur dan mengutamakan integriti dan terus membawa imej feaudalisme, maka Tengku Razaleigg banyak kecewa kerana dipermainkan oleh rakan-rakannya sendiri.

Beliau mungkin faham bahawa didalam dunia politik; janji, kejujuran dan keikhlasan tidak ada, manakala perjanjian pula bukan untuk disetiai tetapi untuk dimungkiri. Kawan dalam politik tidak kekal selama-lamanya begitu juga musuh tidak abadi sepanjang masa dan adakala lawan akan menjadi pembela kita yang utama. Saya yakin beliau tahu falsfah atau madah ini, tetapi yang nyatanya beliau sering terjerlus disebabkan kerana tulus dan teguh dengan prinsip diri.

Saya tidak fikir kalau Tengku Razaleigh tergila-gila untuk menjadi PM dengan usia dan kapastiti yang beliau ada kini. Sebagai seorang ahli politik berpengalaman dia tahu kekuatan dan kelemahannya serta senario dan saraf dalam Umno kini. Pernah beliau menyatakan sejujur hati kepada saya; amo tak pelahap sangat untuk jadi PM, tetapi kalau rakyat yang mahukan amo boleh fikir. Begitulah corak dan cara Tengku Razaleigh berfikir sangat berwaspada dan insaf.

Sanusi: Tumpang teori.
Namun kerana beliau adalah sosok yang istimewa, orang yang layak dan tokoh seharusnya berada di tempat itu lama sebelum Najib, maka beliau diharap-harapkan menduduki kerusi yang sepantas dengannya itu. Beliau lantas didendangkan layak untuk itu dan kemanisan daging politiknya laku dan laba diperdagangkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Kalau ikutkan beliau, beliau sudah mahu berihat dan berada dalam politik seperti hari ini tanpa memasang cita-cita besar. Namun kerana kredibiliti itu maka beliau tetap menjadi modal dan dilihat masih wajar dan wajar.Ertinya yang hendaklah beliau jadi PM bukan beliau tetapi orang lain.
 
Orang yang menaja beliau juga tahu akan hakikat itu bahawa Tengku RAzaleigh bukan berada digaris masa yang sepantasnya untuk menjadi PM. Dia sudah melewati garis waktu untuk menjadi PM yang tepat pada musimnya. Namun kerana apa yang didendangkan itu indah dan menyegarkan hatinya maka beliau membiarkan saja, menyerah pihak-pihak yang inginkan beliau jadi PM melakukan kerjanya, dengan angan-harap manalah tahu takut-takut menjadi akan dapat untung besar.

Lantas mereka memikirkan cara bagaimana Tengku Razaleig akan muncul sebagai perdana menteri. Lalu teori apa disebut khawarikul ahdah itu digunapakai. Ia bertolak atas keyakinan selepas pilihan raya akan datang tidak ada parti yang akan dapat membentuk kerajaan. Maka parlimen akan digantung. Yang di-Pertuan Agong akan mengarahkan parlimen bersidang untuk memilih seorang anggotanya menjadi perdana menteri. Disebabkan tiada parti yang mendapat mandat besar, nah  ketika inilah nama Tengku Razaleigh akan ditunjuk atas kapasiti dan statusnya sebagai seorang negarawan yang diterima oleh semua. Inilah teori khawarikul ahdahnya.

Apakah segampang itu? Apakah anggota parlimen akan sepakat memberi mandat agar Tengku Razalegih menjadi perdana menteri. Mungkin ia boleh berlaku sekiranya ada 'konsensus' awal dengan parti-parti politik khasnya dalam Pakatan Rakyat. Namun bagaimana pula dengan pihak Umno? Apakah Umno akan menerima dengan tanpa bahas kepada Tengku Razaleigh. Ataupun cukupkah anggota dari kalangan Umnp menyokong Tengku Razaleigh untuk menjadi sokongan teras? Bukan mudah sebenarnya.

Saya yakin perkara ini diteliti dan disedari oleh orang yang menaja Tengku Razaleigh untuk menjadi perdana menteri itu. Mereka tidak pandir sangat mengenai hal ini dan tidak akan melakukan sesuatu kerja rumit di luar pemikiran umum. Lantaran itu, bagi saya sponsor Tengku Razaleigh untuk jadi PM dari ranggas PAS ini ada maksud lain. Mereka memasang lukah yang ada dua muka (pintu) dipergentingan.

Sebenarnya mereka tidak begitu mengharapkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri. Mereka tahu keupayaan dan pengaruh Tengku Razaleigh dalam Umno. Tengku hanya 'keladi colek' untuk dijadikan umpan jerat. Yang mereka hendak perangkapkan burung yang akan memakan 'keladi colek' itu? Suka tidak suka dari realiti politiknya, mereka - para sponsor Tengku Razaleigh ini, sedar bahawa Najib Razak masih mendapat sokongan lebih berbanding dengan Tengku Razaleigh. Tengku tidak mungkin akan mengatasi sokongan Najib.

Masalahnya (inilah ruang kesempatan diambil) Najib ketika itu nanti tidak popular apabila gagal untuk meraihkan lebih 140 kerusi untuk UBN. Najib waktu itu sudah perlu dinyahkan kerana dia gagal. Kalau Abdullah Ahmad Badawi dihambat keluar begitu sajah kerana gagal mendapat 2/3 (hanya 140) kerusi dalam pilihan raya lalu, apakah hebat dan istimewannya Najib untuk tidak dihambat keluar seperti Pak Lah?

Sebenarnya ada perhitungan lain di persimpangan ini yang ada dalam kepala sponser Tengku Razaleigh ini. Apa yang mereka harap dan sedang fokus sekarang ini ialah kepada orang nombor di dalam Umno iaini Muhyiddin Mohd Yassin. Muhyiddinlah yang menjadi ayam tambahan indivu-individu yang menjadi sponser Tengku Razaleigh kini.

Bagi mereka menggunakan Muhyiddin sebagai alat penyatuan PAS dengan Umno lebih mudah berbanding dengan Najib. Muhyiddin dari kaca mata mereka tidak cabut dan kotor berbanding Najib. Muhyiddin tidak ada skandal besar yang dikaitkan seperti mana Najib yang dipolot dan dilumuri dengan skandal-skandal bertaraf dunia seperti pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Muhyuddin juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang berjalan mendahuli isteri, dan isterinya sedia menanti berbanding Najib yang sering menanti isteri untuk berlepas dan isteri sering kali mendahuluinya.

Apakah Tengku Razaleigh dapat membaca tektik dan strategi ini? Apakah sedar bahawa sponsernya juga sedang melingkarkan jerat ketat untuknya?  Kenalkah beliau dengan hati budi individu berkenaan yang menjadi Jibrail itu. Seperti disebutkan tadi, apabila dalam politik susah untuk ditelahkan dan kalau orang menghulur bantal lembut itu bukan bermakna mereka mengharap kita tidur bersama mimpi indah melainkan mengharap kita nyenyak tidur bagi memudahkan mereka mencuri harapan kita.

Saya rasa artikel istimemwa ini sudah difahami dan setelah difahami maka rombak dan mansuhkan teori khawarikul ahdah itu kerana ia ternyata hanya ilusi orang berputus harap di dunia nyata saja. Baik buruknya gagal atau berjaya baiklah kita kembali ke alam nyata kerana menang atau kalah di buana nyata ini kita akan berpuas hati.

Nukilan: MSO

1 ulasan:

Yong berkata...

Salam Chor

Mengikut member Think Tank (Johor), nama Tengku Razaleigh tak pernah wujud as next PM. Noktah.

Muhyiddin pulak bekas geng S46 tak suka...Hmm