Ini
adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK
PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS
untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
Macam2
alasan yang diberikan kepada Anwar atas mengapa Ku Li lebih baik dari
dia. Antaranya adalah tuduhan kononnya Anwar ini meminta2 jawtan Perdana
Menteri. Namun, alasan itu disanggah oleh salah seorang anggota
rombongan yang berkata bukan Anwar yang minta tetapi rakyat Malaysia
yang minta Anwar jadi PM.
Rata-rata alasan2 yang diberikan adalah dangkal dan cetek belaka. Tiada bukti dan tiada asas kukuh.
Juga bersama alasan2 itu diberikan juga hujjah mengapa Ku Li lebih layak dari Anwar Ibrahim.
Kalau
saya orang UMNO, mungkin saya boleh berhujjah demikian tapi bagi
pimpinan sebuah parti Islam, pemilihan Ku Li ini sangat2 menghairankan
serta melanggar hukum Islam.
Dari
segi amalan Islam juga kita dapat lihat jauhnya beza antara Ku Li
dengan Anwar. Isteri Anwar bertudung. Anak perempuan Anwar bertudung.
Anwar sendiri jadi Imam Solat. Jadi Khatib Jumaat. Boleh bertazkirah dan
berceramah agama. Rapat dengan ulama2 antarabangsa mahupun ulama
nusantara.
Adakah amalan Islam sebgitu dapat dilihat dalam diri Ku Li?
Dimanakah
ajaran Islam yang mengutamakan orang yang lebih hampir dengan Islam
untuk dijadikan pemimpin? Mengapa tidak diamalkan oleh mereka yang
mengaku diri mereka ulama serta memahami Islam?
Hanya
kerana jemputan menonton video lucah tajaan Rahim Thamby Chik di Bukit
Aman boleh mengubah persepsi masing2 dan menampakkan Ku Li lebih baik
dari Anwar?
Padahal
terdapat 1001 sebab video kabur hitam putih itu tidak boleh dijadikan
hujjah lebih2 lagi Anwar sendiri menafikan menjadi orang di dalam video
tersebut.
Mana pergi ajaran perlunya 4 saksi? Mana pergi hukum syariah Islam di sini?
Benarlah
kata salah seroang pimpinan tertinggi. Sebab utama penolakan ke atas
Anwar Ibrahim adalah hasad dengki dan dendam kesumat.
Dendam
kesumat kerana menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek
PERPADUANG DENGAN UMNO. Maka, tak dapat nak burukkan Anwar, maka
dihalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tak kira jalan apa
sekalipun, namun dendam di dalam hati mesti dilayan dan dipenuhi.
Hasad
Dengki pula kerana "kalau aku tak dapat, engkau pun tak boleh dapat".
Dr Syed Azman sendiri mengalami perkara ini secara pribadi sewaktu PRK
Kuala Terengganu. Walaupun majoriti cawangan2 mahukan Dr Syed Azman
sebagai calon, namun calon lain yang dicari. Tidak kira siapa calon
tersebut asalkan bukan Syed Azman.
Begitulah
hendak dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Ambik ko Anwar. Sapa suruh ko
memandai-mandai gagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO dulu?
Pokoknya
TIADA SATU ALASAN SYARIEE untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri.
Hanya dendam kesumat serta hasad dengki menjadi alasan serta panduan di
dalam menolak Anwar Ibrahim. Juga, ada juga antara mereka itu agen UMNO
menjalankan arahan dan kehendak UMNO sepenuhnya.
Tak
kira bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berulang2 kali menyatakan
sekiranya Putrajaya tumbang, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
Tidak
kira bahawa atas pemecatan dan kezaliman Anwar barulah PAS dapat merasa
kenaikkan sokongan yang tinggi dari kalangan rakyat Malaysia.
Tidak
kira bahawa tindakan mereka ini bakal merugikan PAS dan mengurangkan
kerusi yang PAS bakal menang akibat protes dari pengundi2 atas pagar.
Tidak
kira bahawa Ku LI itu pernah mengkhianati PAS dan belot terhadap PAS.
Kalau tidak disebabkan pemecatan Anwar nescaya Kelantan pasti jatuh pada
tahun 1999.
Tidak kira bahawa selama 16 tahun Anwar dipecat dari UMNO, Anwar setia dengan PAS dan sentiasa menghormati PAS.
Barang
diingat. Keputusan melantik Ku Li sebagai PM ini bukan keputsan Majlis
Syura Ulama mahupun AJK PAS Pusat. Rata2 AJK PAS Pusat terkejut dengan
berita ini.
Malahan, kalau tidak ditanya dalam mesyuarat AJK PAS PUsat, nescaya perkara ini tidak masuk ke dalam pengetahuan AJK2 PAS Pusat.
Ini
adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK
PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS
untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
Sama seperti waktu mereka berjumpa dengan Pak LAh dan UMNO dalam gelap dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan