oleh: Yong
KOMEN YONG
MISTERI GAMBAR USTAZ NIK ZAWAWI DENGAN SOI LEK TERUNGKAI
Oleh kerana Yong salah satu dari blogger yang
bertanya tentang misteri Ustaz Zawawi ini, maka Yong terbitkan
kenyataan penjelasan misteri tersebut. Yong tak ubah satu perkataanpun,
kecuali ejaan. Ia "cut and paste" dari Harakahdaily. Komen Yong di hujung halaman ini.
KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap
beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN
yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.
Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha
Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik
Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.
Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua
mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP)
kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang
lalu.
ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama
ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan
tersebut.
Selain
Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh,
Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan,
Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives,
Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri
Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.
Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.
Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.
Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.
Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.
"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.
"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek
sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.
Simbol 1Malaysia?
Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah
gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi
rakyat Malaysia.
Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar
itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'trade mark' 1Malaysia
yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana
Menteri pada 2009.
Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan
sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.
Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai
Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali
ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.
Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut
ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan
Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan
isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya
adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark
kepada persidangan tersebut.
"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.
"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia
Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana,"
katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput
pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.
Terdahulu Yong mohon maaf jika pertanyaan
Yong dalam N3 terdahulu agak kasar dan menyinggung perasaan pemimpin
yang jadi delegasi PAS ke Phnom Penh itu, pada Disember 2010.
Yong takkan sentuh bab Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP), November, 2012. Bagi Yong ini bukan isu.
Tetapi soalan Yong tentang Ustaz Nik Zawawi
itu valid. Ini kerana telah beberapa hari gambar itu keluar dan
persoalan demi persoalan dikemukakan oleh blogger-blogger pro-PR, tetapi
tidak mendapat respon dari pucuk pimpinan. Kalau ia telur, sudah jadi
tembelang.
Akibat lambat respons berbagai-bagai spekulasi yang timbul.
Kata Raja Ahmad, simbol yang sama dengan 1Malaysia itu adalah simbol "One Nation Political Parties."
Alhamdulillah, jika Nik Zawawi tiada kaitan dengan 1Malaysia. Tapi kenapa bukan dia yang menjelaskan isu ini?
Kebetulan pulak Soi Lek dilantik jadi Vice-Chairman pertubuhan itu. Kebetulan!
Dalam politik ada kebetulan ke?
Hanya PAS, UMNO dan MCA dijemput. Agaknya DAP tak cukup berpengaruh, eh?
Kui Kui Kui!
Sejak bila pulak parti UMNO dan MCA mengamalkan konsep one-nation, matang, bersih dan sederhana?
Pesanan Yong, lain kali berhati-hati le kalau
berkawan dengan gerombolan syaitan yang dikenali ini. Lebih-lebih lagi
dekat PRU13. Apa saja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan diperhati oleh
jemaah dan musuh. Jangan jadi naif, macam baru kelmarin masuk politik.
Syaitan banyak tipu muslihatnya. Ustaz-ustaz patut tahu.
Di Australia ada satu parti bernama "One
Nation" yang ditubuhkan oleh Pauline Hanson pada 11 April 1997. Parti
ini adalah sebuah parti rasist untuk kaum kulit putih. UMNO dan MCA
layak masuk kategori yang sama dengan parti Pauline Hanson ini.
TOLAK GEROMBOLAN SYAITAN YANG DIKENALI.
1 ulasan:
Kalau simbol 1 Malaysia itu di katakan untuk gagasan seluruh Asia Pasik, persoalan nya KENAPA MUKA PEMIMPIN MALAYSIA SAJA YANG BUAT BEGITU? Cuba rungkaikan, jangan bagi jawapan mengelak ok..!! Awak dari parti PAS, saja ikut parti syaitan di kenali nak buat apa? Buat jari begitu, membuatkan PAS mengundang FITNAH, bukan kah PAS aada pendirian dan ketegasan dalam bab bab ini?
Catat Ulasan