Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Februari, 2013

Najib membodohkan pemain saham?



Najib dah jadi pakar saham pulak dah! Pasai apa permulaan pentadbiran beliau pelaburan tak bertambah tetiba pelabur akan bertambah jika BN menang PRU13? hahaha....

Najib: Pasaran saham lonjak jika BN menang besar
Najib: Pasaran saham lonjak jika BN menang besar

Najib berucap pada Majlis Sambutan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina 2013 di Pandan Indah.


AMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus memberi mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) agar dapat terus memerintah negara, sekali gus meyakinkan pelabur asing.

Kata Najib, sekiranya BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan kerajaan diterajui dengan mandat yang kuat, beliau yakin pasaran saham akan melonjak.

"Negara luar pun sudah menunggu BN mendapat mandat menjadi kerajaan baru," katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina 2013 di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, masalah di Selangor perlu diselesaikan kerana sukar untuk memerintah sekiranya ia diperintah oleh pemerintah lain manakala kerajaan pusat pula parti lain.

Jelasnya lagi, beliau, yang juga Pengerusi BN Selangor berharap rakyat memberi mandat yang lebih kuat agar ia lebih maju dan berjaya.

Turut hadir Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Tiada ulasan: