Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

21 Februari, 2013

Jaga-jaga! arkitek UG masih di dalam Pakatan Rakyat!

oleh: Yong

SANGGUPKAH USTAZ NIK ZAWAWI TERIMA KONSEP 1MALAYSIA PSY GANGNAM STYLE?

Yong tak faham. Macam mana boleh keluar cerita Kerajaan Perpaduang dekat dengan PRU13 ni? Macam mana boleh ada pemimpin dalam PAS yang flip-flop, sedangkan kita tahu perjuangan ameno sudah jauh tersasar dari perjuangan Islam? Sedangkan kita tahu kemenangan sudah berada diambang mata?
Yong telah menulis mengenainya hasil dari risikan sendiri di sini. Masa itu gambar di bawah ini belum tersebar lagi. Yong pun tak tahu adanya gambar pelik ini:

PERLUKAH BUAT APA BN BUAT BILA DUDUK SEKANDANG DENGAN GEROMBOLAN? (SUMBER)

Ustaz Nik Zawawi adalah seorang pemimipin PAS. Apa Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek dengan jari telunjuk terpacak ni? Umum tahu parti Soi Lek telah membawa Psy Gangnam dan penari-penari pompuannya yang berpakaian separuh bogel ke Pulau Pinang. Psy Gangnam buat pertunjukan yang kata Najib berdasarkan "Spirits of 1Malaysia" yang diagung-agungkan BN.

Sila lihat di sini dan di sini kalau tak percaya!
Cuba baca apa kata Nik Zawawi dalam blog rasmi PAS ini. Yong petik sebahagiannya:
SEJAUHMANA KEIKHLASAN KENYATAAN INI?
Kata Ustaz Nik Zawawi 1Malaysia tiada halatuju, sebab itu slogan diwujudkan. Slogan dan simbol jari tunjuk keatas. Komer boleh baca kenyataan penuhnya disini. Tapi, apa yang Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek amat pelik. Alahai...Janganle terlampau naif!

Kata ameno pula, simbol jari itu bermaksud: sambil menunjukkan konsep 1Malaysia, ia juga mentauhidkan Allah. Mentauhidkan Allah dengan menunjuk jari ke atas sambil menjerit 1Malaysia? Ow, Pleeeeease!!!
JARI TELUNJUK MIGUEL DE BENVIDEZ THE THIRD ARCHBISHOP OF THE ARCHDIOCESE OF MANILA, (1552-1605)

Ustaz Nik Zawawi adalah Setiausaha Majlis Syura PAS. Setiausaha ini bukan untuk catat minit. Tetapi untuk menguruskan organisasi. Jika setiausaha cekap, organisasi pun cekap. Dalam hubungan  ini kerja mengeluarkan kenyataan rasmi Majis Syura PAS kerja dia. Ini termasuk kenyataan Nasharuddin Mat Isa telah digugurkann dari Majlis Syura.
Kenapa kenyataan itu lambat dikeluarkan? Teka teki itu Ustaz Nik Zawawi sahaja yang boleh jawab. Jadi, mohon:
  • Nafikan kabar angin Ustaz Nik Zawawi sebenarnya mole ameno dalam PAS. 
  • Nafikan sokongan pada konsep 1Malaysia APCO, sebelum gambar Ustaz Nik Zawawi mengangkat simbol 1Malaysia itu jadi bahan kempen BN. 
  • Katakan ustaz masih istiqamah bersama PAS, sebelum kami di grassroots yang penat dan sakit hati dimaki hamun pencacai ameno, berpaling dari ustaz.
Gambar tambahan

Photo: chua soi lek sedang menerima taklimat negara islam dari ulamak2 tarbos.
Fuiyo! arkitek UG. hahaha

Photo: penyambung tali hayat regim adalah ulamak.
sukanya dia!
 
ARE YOU READY FOR BNNN?????
NOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: