Dari: TULANG BESI
p/s: UMNO belasah, rakan sekutu pun wajib dibelasah sama!
Peranan Harun Din Dalam Menjana Perpecahan Dalam PAS (Rakaman)
Tulang Besi ada mendapat
serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan.
Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita
pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta
Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid
Ustaz Harun Din di Darul Syifa.
Rasanya bukan Mohd
Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz
Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini.
Di sini Tulang Besi
ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan
Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam
projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.
(minit 04:15)“Until the 31st April 2008 ada mesyuarat Majlis Syura Ulama. Dalam masa tempoh sebulan daripada Mac 08 sampai April 08 rupanya Ustaz Harun Din tak duduk diam. Dia study the political scenario within ourselves. Kita dah mula Nampak perkembangan2 di Selangor. Walaupun baru tempoh sebulan. Kita dah mula Nampak kita dah dengar cerita di Penang.
Ustaz HArun Din came up with a paper. Paper tu bertajuk “Tahaluf Siyasi dalam pasce Pilihanraya Umum ke 12”. Dia bagi konsep syarak apa itu dipanggil tahaluf siyasi and contemporary political situation. On that paper dia menyebut beberapa option. Salah satu dari option yg perlu diambil oleh PAS ialah mengadakan perbincangan dengan UMNO. For the sake of Islam sebab kita lihat ada benda yang ada pada UMNO dan ada benda yang ada pada kita tiada pada UMNO.
Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam.
Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO"(minit 06:00) ”
Ertinya, tanpa sebab
atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS
mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun
perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk
saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan
keputusannya.
Dengan kata lain, baru
lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun
mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi)
dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan
bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din
bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan
dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini
dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama
dengan UMNO.
Maka, kalau Harun Din
menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang
perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh
terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2
yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO
tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li
sebagai PM.
Tulang Besi sendiri
berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS.
Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan
dan tiada untungnya beliau bersama PAS.
TULANG BESI
ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
1.0 Kertas kerja Ustaz Harun Din itu tidak pernah diluluskan oleh Majlis Syura. Kalau ia pernah diluluskan, mengapa setelah berita perjumpaan dalam gelap pecah, terpaksa diaadakan mesyuarat Syura di JKR 10 bersama Tok Guru Nik Aziz.
2.0 Yang dikatakan "Keputusan Syura" membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO juga adalah pembohongan. Permintaan beberapa AJK PAS Pusat untuk melihat MINIT MESYUARAT SYURA sebagai bukti keputusan itu juga sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan
3.0 Kita tidak faham apa perlunya pertemuan dengan UMNO sedangkan kerajaan PR baru umurnya sebulan lebih Sudah tentulah banyak kelemahan dan ketidak serasian yang berlaku dan perlu dibetulkan secara dalaman. Apa perlunya berjumpa UMNO hanya setelah sebulan lebih sahaja kerajaan terbentuk?
4.0 Mengapa keputusan berjumpa dalam gelap dengan UMNO itu TIDAK DIKETAHUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ SELAKU PENGERUSI MAJLIS SYURA ULAMA PAS? Namun, waktu mula2 isu itu dipecahkan oleh Pak LAh, alasan yang digunakan adalah mereka mendapat mandat dari Majlis Syura Ulama PAS.
5.0 Sedikit pun Nasa tidak bercerita mengapa perlunya bercakap dengan UMNO walaupun baru sebulan lebih PR memerintah. Hakikatnya, tiada apa2 isu yang membahayakan Islam mahupun bangsa Melayu berlaku dalam tempoh sebulan setengah itu. Yang ada hanyalah geng2 NAsa yang sudah kemaruk mahu bersenggama dengan UMNO.
p/s: UMNO belasah, rakan sekutu pun wajib dibelasah sama!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan