Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 Februari, 2014

Mampukah PAS merebut jawatan MB Selangor?



  •  Dr Mohammad Agus YusoffDr Mohammad Agus Yusoff
 1 / 1 
Oleh: Dr Mohammad Agus Yusoff

SEORANG rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah Pas memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?

Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, Pas merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. Pas lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi Dun semuanya, Pas perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.

Adakah Pas mempunyai kerusi sebanyak itu? Pas tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika Pas bergabung dengan BN (Umno) pun, Pas akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.

Tapi Pas tidak berbaik dengan BN. Kawan Pas dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon as untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.

Maka, apa lagi isunya yang Pas tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon Pas untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli Pas? Saya tidak nampak begitu.

Oleh itulah, jika Pas tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, Pas jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.

Tetapi sekiranya DS Anwar Ibrahim tewas dalam PRK Kajang dan Pas tidak menyokong calon PKR untuk menjadi MB, maka kedudukan kerusi ialah 28 kerusi bagi DAP dan PKR, Pas 15 kerusi dan BN 13 kerusi.

Jika ini berlaku, maka yang pasti ialah akan berlakunya Dun yang tergantung. Apabila berlaku Dun yang tergantung, siapakah yang layak menjadi MB Selangor? Jawapan kepada pertanyaan ini telah saya bincangkan dalam posting saya bertarikh 2 Mei 2013 mengenai parlimen tergantung.

Satu pertanyaan menarik sebelum saya tutup perbincangan ini ialah, puas hatikah Pas apabila calon PKR tidak lagi menjadi MB Selangor? Puas hatikah Pas apabila wujudnya Dun tergantung di Selangor? Apakah Pas merasakan kedudukan mereka akan kekal kuat tanpa kerjasama dalam PR?

Aduhai, sikap pemimpin politik kita sukar untuk kekal konsisten.

6 ulasan:

C++ berkata...

Bhai Chor Sniper...

Hahahahaha.... gulp... Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

PAS kena tunggu. Selepas Anwar sangkut kes mahkamah.

bunbinban berkata...

Malas arrr komen geng serban ketat ni. Takbur. Bagi Kedah, Terengganu dan Perak, semenya bungkus. Ni Kelantan dah nampak bayang2 nak bungkus. Jgn x caya, Islam akan tertegak di tanah melayu bkn oleh PAS atau UMNO maupun melayu PKR....

Tanpa Nama berkata...

Geng kopiah putih hanya tamakkan kuasa , mentadbir x reti.. dapat negeri semua jatuh..

Tanpa Nama berkata...

Daripada awal PAS telah sebulat suara bersetuju untuk melantik Tan sri khalid untuk jawatan tersebut dan sepanjang tempoh hingga ke hari ini PAS tiada masalah juga dgn Tan Sri. Movie kajang ini bermula bila
AZMIN menunjuk warna sebenar beliau. Beliau yg masih bersisa DNA UMNO cuba untuk menerapkan budaya UNNO ke dalam kerajaan Selangor. Jika inginkan bukti mari kita sama-sama secara gentle membiarkan Tan Sri membuat kenyataannya sebagaimana beliau pernah suarakan tentang konflik PKNS

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang brsama Pas , puak kononya ingin kpd negara Islam hanya retorik belaka . Sepanjang sejarah golongan brpakaian Agama hanya mengheret ramai orang hanya solekkan Agama .

Ini lah sikap kepura-puraan ingin saya petik sarah Syaidina Ali Kraramallahi Wajhu - Kitab Bihar Anwar " Ramai Umat Islam Yg Adil Tetapi Kafir "