Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

20 Februari, 2014

Uik? Patut la menantu berani sangat!


sumber dari http://wfauzdin.blogspot.com

MB SELANGOR - USTAZ HADI PUJUK KHALID? MENGAPA PERLU GUSAR?

AKU ada terbaca Tweet dari MSO (Mohd Sayuti Omar), berbunyi " Ekoran kerja senyap2 Hj Hadi kecek Khalid agar jgn letak jawatan bagi halang Anwar jd MB, elok kalau beliau buat kenyataan terbuka". (Twitter)

Perlukah aku melatah?  Atau aku hanya perlu diamkan saja?  Atau aku boleh tidak percaya atau boleh percaya dengan berita yang dibawa oleh MSO?  
Tidak salah sesiapa pun di kalangan kita suka kepada seseorang atau tidak suka kepada seseorang.  Tuan Guru Hj Hadi boleh saja suka kepada TS Khalid, dan beliau juga boleh tidak suka kepada TS Khalid.  Tuan Guru Hj Hadi tidak boleh kita paksa untuk menyukai DS Anwar atau sebaliknya.  Itu perlu kita terima.  Sesiapun mesti begitu, jangan kita tentukan siapa yang patut orang itu suka atau tidak suka.

Andainya DS Anwar Ibrahim suka kepada Tok Guru Nik Aziz, kita tidak boleh paksa Anwar untuk lebih menyukai Tuan Guru Hj Hadi.  Andainya Tuan Guru Hj Hadi lebih suka TS Khalid jadi MB Selangor berbanding DS Anwar, itu adalah hak peribadi Presiden PAS itu.

Jadi, apa yang tidak kena?  Jika benar, diulangi jika benar ada pujukan dibuat agar TS Khalid jangan lepaskan jawatan MB Selangor, itu juga tidak salah.  Andainya Tuan Guru Hj Hadi lebih suka TS Khalid jadi MB, memanglah wajar memujuk TS Khalid kekal di situ.  Serupa juga, ada yang lebih suka Anwar jadi MB Selangor, mereka akan sedaya upaya memujuk Anwar menjadi MB.  Jadi, apa masalahnya?  Tiada masalah, itu hak masing-masing.

Bila berlakunya sedemikian, akhirnya masing-masing mahu tidak mahu, suka tidak suka terpaksa terima keputusan majoriti di dalam PR.  Itu pun jika mahu menghormati keputusan bersama, dan ketepikan kehendak peribadi atau kumpulan.  Ada yang mahu Khalid kekal menjadi MB, ada yang mahu agar Anwar diberi peluang menjadi MB, dan tidak mustahil ada yang menolak kedua-duanya dari menjadi MB dan mahu orang ketiga diketengahkan.  Itu pun tiada masalah, boleh saja kerana masing-masing ada hak untuk nyatakan sokongan.

Contoh, Hj Hadi mahu TS Khalid dikekalkan menjadi MB Selangor.  Azmin Ali mahu Anwar menjadi MB Selangor.  PAS Selangor pula mahu Iskandar Samad menjadi MB Selangor.  DAP tentunya tidak boleh mencalonkan wakil dari DAP untuk menjadi MB Selangor kerana di Selangor DAP tiada wakil Melayu Islam.  Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menetapkan Melayu Islam sahaja yang boleh dilantik menjadi MB.  Maka, mereka semua tentulah sedaya upaya cuba untuk menaikkan calon MB Selangor pilihan masing-masing.  Tentu saja ada strategi dan kempen dilakukan, termasuk memujuk dan sebagainya.  Itu tidak salah sebenarnya.  Buat DAP pula, tunggu dan lihat siapakah calon-calon yang dikemukan oleh PAS dan PKR untuk menjadi MB Selangor. 

Setelah masing-masing letakkan calon pilihan masing-masing, tentunya PR akan berpakat dan kesemua Adun di dalam PR di Selangor akan diberi hak untuk memilih siapa paling layak untuk menjadi MB Selangor.  Waktu inilah kita boleh melihat kesepakatan kita sesama PR samada boleh terima keputusan majoriti atau tidak.  Waktu itu, lupakan saja kehendak peribadi atau kumpulan dan terimalah keputusan majoriti sesama kita.  Ertikata lain, tiada calon lain yang bakal menjadi MB Selangor kecuali dari PR iaitu PAS atau PKR.  Rugikah jika berlaku begitu walaupun ianya bukan dari calon kehendak kita?  

Jika Anwar menang di Kajang, Kerusi PKR tetap kurang satu daripada PAS.  PAS ada 15 Kerusi, PKR ada 14 Kerusi (jika, InsyaAllah, menang di Kajang) dan DAP ada 15 Kerusi.  Umno/Bn hanya ada 12 Kerusi sahaja.  Secara metamatiknya, undi dari Adun DAP amat penting bagi menentukan siapa MB Selangor.  Itu pun jangan salah tafsir, kerana mungkin tidak semua Adun dalam PKR akan suka dengan Anwar begitu juga mungkin tidak semua Adun dari PAS yang tidak suka Anwar jadi MB.  

Kesimpulannya, buatlah apa sahaja pilihan tetapi jangan lupa kita di dalam PR wajib mematuhi kehendak majoriti di dalam PR khususnya di dalam isu MB Selangor.  Jika ini boleh dipatuhi, InsyaAllah, PR akan diyakini oleh rakyat jelata.

P/S:  Jika keadaan berterusan, PRU14 kompom PAS Selangor hilang 5 kerusi kat bawah ni.

3 ulasan:

malaysiabaru berkata...

pas ni proxy umno dalam pakatan

jom set up parti a.b.u untuk ganti pas dan umno pru 14

malaysiabaru berkata...

pas ni proxy umno dalam pakatan

jom set up parti a.b.u untuk ganti pas dan umno pru 14

bunbinban berkata...

sayang menantu bang....hahaha...nak juga pangkat dan jawatan. Baru bergaya. Syurga ana mau, dunia pun ana mau. Org lain, x blaja tinggi dlm agama maka syurga x tentu masuk walaupun berjawatan dan berpangkat di dunia tapi ana, faqeh dlm agama, sudah pasti ana masuk syurga tapi ana pun nak gak 'syurga dunia' supaya darjat ana di pandang tinggi oleh umat manusia. hahaha...ntah la letih gua dgn perangai dorang ni...harap2, ostaz2 muda dlm PAS ni, berubah la, tunjukkan keindahan islam itu dgn perangai, pekerti dan ahklak yg baik supaya tidak nnt menjadi satu fitnah terhadap parti Islam atau jemaah islam. Mengkritik bkn bermakna benci tapi kerana sayang.