Sedari kuasa kita!
Pengikut
31 Mei, 2009
Ulasan Pencacai UBN selepas keputusan pilihanraya Penanti
Setelah UBN membawa lari pengundi dengan menaja rombongan dan SPR mengenakan berbagai-bagai halangan maka malam ini keluarlah ulasan bodoh-bodoh alang pencacai nombor satu UBN.
Berita TV 3 suku 8 malam:
"Berikutan peratusan yang keluar mengundi di Penanti sebanyak 46.1%, apakah yang tersirat?"
Pengerusi SPR:
"SPR akan mengkaji kenapa peratusan yang keluar mengundi di Penanti berkurangan. Keputusan kajian ini boleh diguna pakai untuk pilihanraya kecil yang akan datang".
P/S: Janganlah ambik hati sangat dengan puak2 ni! Depa ni tak abis2 anggap rakyat bangang!
Majlis sunat pun jadi ler!
Hari ni kat kg Temin Sg Siput Utara ada majlis berkhatan ramai-ramai anak2 orang UBN sponsored by TV9 dengan Hotlink. Kampung2 yang terlibat Kg Temin, Suak Plang, Simpang dan Sungai Sejuk (salah satu kg tu kg aku!).
Zambry Mandela, Pakeh Adam dan ulor ayor UBN berkeliaran mengwar-warkan kepada masyarakat "tengok! orangramai telah menerima kami!".
"Cis!, majlis masuk jawi berani ler!" kata orang tua kampung aku.
"Cer mike nengok ketua Pemuda umno kampung kita tu! tak peghonah pakai songkok ari ni pakei songkok! ngenden projek ler tu!" katanya lagi.
29 Mei, 2009
Isu tenaga nuklear. Semua dalam poket aku!
Mula-mula sentimen melayu, tak laku! Isu komunis, pun tak laku! Malam ni aku dengar pasal isu tenaga nuklear pulak! Katakanlah negara ini mendirikan reaktor nuklear untuk tujuan mendapatkan kuasa letrik yang murah, episod berikutnya, niat itu pasti ditentang oleh negara jiran atas sebab keselamatan. Pemimpin negara (UMNO) yang ada terus berdegil, maka negara menerima ancaman dari negara sekeliling. Akhirnya, dengan isu ancaman dari negara luar maka depa akan meminta rakyat bersatu untuk melindungi negara! Boleh Blah ! ! ! ! (Tajul muluk aku jarang2 silap! )
P/S: Mula2 pengswastaan tenaga elektrik diwar-warkan untuk menampung elektrik Hidro,
tapi dah terbalik kot, elektrik Hidro dengan 4 turbine la dah guna 1 turbine jer ! digunakan untuk menampung elektrik swasta! (aku dengar macam tu la! hangpa pi melawat empangan Chenderoh check sendiri!)
26 Mei, 2009
Perak cipta rekod lagi!
Residen Inggeris pertama dibunuh - Perak.
Pokok Getah - Perak
2 MB - Perak
2 Speaker - Perak
1 kampong 2 Ketua - Perak
Terkini - Puasa kena tangkap - Perak
Akan datang (mungkin) - Wakil Rakyat mati tapi tak istihar - Perak
Well done!
Tambahan oleh HaHs (tq HAHs)
MB Mahkamah - Perak
Proses bicara kes terpantas - Rayuan penangguhan kuasa MB Perak oleh Zambry (BN Perak)
Speaker diguling cara haram - Perak
Sidang DUN bawah pokok - PerakPresiden MIC paling lama / seumur hidup - Perak
Sultan yg tak terima nasihat MB dan ikut nasihat org luar - Sultan Perak
PRK paling tinggi belanja dlm sejarah - Bkt Gantang, Perak
MB kalah minta restu rakyat - Perak
Negeri yg Umno (Melayu)saja berkuasa, bukan BN (UMNO 27, MCA 1)- Perak
Negeri yg buat sidang DUN tanpa arahan & pengetahuan Speaker - Perak
Sidang DUN yg diceroboh dan dikuasai Polis - Sidang Dun Perak
Blogger2 yg paling banyak - Perak
P/S: Lagi 10 tahun lubang idung orang Perak jadi kembang sebab bangga giler!
25 Mei, 2009
Tuhan bayar tunai!
25 Mei 2009
Selepas ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengkhianati Pakatan Rakyat. BN mendakwa bermacam-macam alasan untuk menghalalkan tindakan. Tiba-tiba Tuhan mengambil nyawa Ahli Parlimen Bukit Gantang. Adakan Pilihanraya kecil dan Pakatan Rakyat menang. BN tergamam.
Berlaku pula krisis di Penanti, BN tidak mengambil bahagian atas alasan perletakan jawatan itu adalah permainan politik PKR. BN memberi alasan tidak mengambil bahagian kerana mengutamakan rakyat dan menumpukan kepada memulihkan ekonomi . Tuhan mengambil nyawa Wakil Rakyat Manek Urai. Terpaksa mengadakan Pilihanraya kecil dan BN terpaksa menyertai. Apa dah jadi dengan alasan yang diberikan di Penanti?
Apa akan jadi sekiranya 4 orang Wakil Rakyat BN Perak yang meninggal dunia tahun ini? Apakah kematian akan disembunyi? Sekiranya sakit tenat adakah akan diberi peralatan bantuan hayat hospital sehingga PRU-13?
23 Mei, 2009
Zambry berucap di majlis perasmian Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
23Mei 2009. 9.30 malam
Petang tadi, bini aku pesan sebelah malam nak pegi kuale sebab nak beli barang sikit. Lepas Isyak aku pun pegi. Sampai kat pekan aku tengok banyak roadblock. "Pehal pulak nih" kata aku dalam hati.
Lepas beli barang bini aku maklum "abang jom pegi kat pasar jap, diorang kata ada orang nyanyi2 kat pejabat daerah yang baru tu!"
Aku pun pegi, parking banyak yang penuh. Cari2 jumpa parking kat tepi pasar.
Aku dengar ada orang berucap. Setelah pegi dekat "Ciss, pehal pulak Zambry Mugabe nih!"
Aku nengok kat dalam skrin besar (pergh! berucap pakai skrin!) ada Sultan dan permaisuri sekali.
Aku maklum kat bini aku "Jom le balik! abang rasa nak berak lah!"
"Tu la! tadi taknak meghebaih dulu"
Sebenornya aku saja tipu. Nyampah aku.
Aku tengok meja pengunjung kat belakang banyak yang kosong! Mungkin pengunjung yang lain pun macam aku jugak kot!?
P/S: Oii Zambry! tak teringin ke nak berucap kat rakyat! Nak berucap pun tunggu majlis yang ada Raja ke?
22 Mei, 2009
Jangan sedih! steady!
Tadi Zambry Mugabe dah berbunyi "Kebenaran dah terbukti". Tengkoghak dia!
Mat Sembab pulak dalam TV berkabor rakyat jangan pertikai keputusan mahkamah. Diorang pertikai keputusan Mahkamah Tinggi takper! Apa? Bubar DUN? Kih Kih Kih! Kalau bubar aku belanja hangpa minum 3 x pagi! Kalau bubar sekarang Wakil Rakyat BN yang ada tak dapat pencen !
Ok! jangan peduli! Teruskan perjuangan macam biasa. Di bawah ni analisis aku tentang Ameno complete dengan cara2 mengatasi. Kalau korang ada idea boleh tambah! err.. orang Ameno pun boleh tambah kalau rasa tak cukup! Wa tak kisah beb!
Analisis tentang UMNO berdasarkan Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman yang depa ada :
Kekuatan
1. Menguasai peringkat persekutuan.
2. Mampu menghebahkan maklumat yang mengelirukan dengan pantas menggunakan media kerajaan.
3. Sentiasa diampu oleh individu tertentu yang inginkan jawatan.
4. Berkuasa melantik individu yang condong ke arah mereka untuk menguasai instrument penting (ex: Ketua Hakim, Hakim Negara, Ketua Polis Negara dll).
Cara Mengatasi: setiap penyokong Pakatan Rakyat harus sentiasa update maklumat terkini untuk menerangkan hal sebenar berdasarkan fakta yang bernas dan konkrit kepada orangramai.
Kelemahan
1. Biasanya, ahli ameno terdiri dari golongan yang tak boleh berfikir sendiri, berjuang dalam parti kerana kepentingan duit!
2. Tak mampu berhujah (akan cabut lari sekiranya hujah mereka ditangkis lebih dari 3 x!)
3. Kurang pengetahuan agama islam secara mendalam (islam semata-mata keturunan!) Pengetahuan sejarah pun berdasarkan sejarah yang telah dimanipulasi!
Cara Mengatasi: Cuba sampaikan hujah anda secara berdiplomasi. Kalau tak berkesan, tinggalkan! (hati dah berkarat!) Cari sasaran lain!
Peluang
Peluang Ameno untuk terus menguasai politik berdasarkan:
1. Ramai golongan Islam yang jahil agama.
2. Golongan miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
3. Golongan yang menjadikan duit dan kuasa sebagai tuhan.
Cara Mengatasi: Untuk golongan 1 dan 2, cuba bantu dari segi pendedahan pengetahuan agama dan bantu dari segi kewangan setakat yang mampu. Untuk golongan 3, abaikan! buang masa!
Ancaman
1. Majoriti golongan cerdik pandai yang beralih arah menyokong Pakatan Rakyat.
2. Kemelesetan ekonomi dunia (depa ni kalau takde duit apa pun tak jalan!)
3. Rakyat (sebab tu depa pi mana-mana pakai eskot ramai!)
Cara Mengatasi:
1. Teruskan mengenalpasti individu yang berpotensi untuk mendapatkan buah fikiran yang bernas!
2. Pimpinan PAS dan PKR peringkat bawah atau tinggi silalah “ukur baju di badan sendiri”. Kalau rasa tak mampu, lepaskan jawatan dan beri kepada individu yang lebih mampu merealisasikan hasrat rakyat!
3. Jangan cepat berpuashati dengan peningkatan yang ada setakat ini! Anggap latihan kepada ahli adalah “first priority!”.
Tanda-tanda menuju kematian?
Tanda-tanda manusia/parti nak mati biasanya ada macam-macam. Semuanya pelik-pelik belaka. Contoh: cakap merepek, nak makan sedap, kalau biasa bengkeng tiba-tiba jadi baik, kalau biasa tak nolong orang tiba-tiba nak tolong orang, kedekut jadi pemurah, pesen rambut biasa leper tiba-tiba ada jambul, bercakap mata meliar, selalu bawak bini tiba-tiba tak bawak dah!, Tak pernah pegi stesen bas tiba-tiba teringin nak pegi stesen bas, kalau yang lemas kat sungai pulak abis semua dia capai tak kira ranting atau tunggul silap2 biawak lalu pun dia capai jugak, kalau biasa kumpul harta tiba-tiba kuat menderma, kalau biasa kutok sultan tiba-tiba ada apa-apa menyorok belakang sultan. Biasa pegi mana-mana motor trafik eskot 4 orang tiba-tiba tambah jadi 10 orang, kalau biasa nak pegi mana-mana cukup eskot saja tiba-tiba ada pulak suruh 2,3 orang polis tunggu tiap2 tiang letrik sepanjang 3,4 batu nak sampai ke tempat yang nak di tuju, banyak lagilah. Tak larat aku!
Cuba tuan2 puan2 perhatikan manusia atau parti manakah yang begitu? Jadi mulai sekarang kita kena standby surah yasin dengan kacang hijau banyak-banyak! Manalah tau! Kalau jadi apa2 dah prepare untuk bacaan yasin! Err.. kelapa dengan gula jangan lupa! Nak masak bubur kacang!
21 Mei, 2009
UMNO akan jadi arwah!
Hari ni Kes Nizar VS Zambry MMG! Kalau MMG menang, aku tak kisah. Kalau Nizar menang, itu bonus tapi hampir mustahil! Aku memang dah lama tak percaya kes-kes yang dikendalikan mahkamah kecuali kes kesalahan jalanraya. Kalau memang salah aku, belum jumpa majistret pun aku dah mengaku salah!
Majoriti kengkawan aku pun dah tak kisah. Masing2 dah bertekad nak membalas dendam di PRU-13! Misi kami setakat ni setiap bulan sekurang2nya dapat menarik 2 orang pengundi baru untuk menyokong Pakatan Rakyat. Setakat ni Alhamdulillah! Kami berlima, kalau sorang dapat 2 dalam sebulan, 5 x 2 x 12 = 120 orang. Kalau 3 tahun, dah dapat 360 orang! (tu belum kira geng2 yang lain lagi!).
Masa PRU-13, saluran 1 ramai yang dah padam, insyaallah, UMNO akan jadi arwah!
20 Mei, 2009
Oii ! Bila nak failkan kes kat Mahkamah Rakyat!
Mula-mula Mahkamah Tinggi! Nizar menang! peh tu Mahkamah Rayuan, tak sampai 3 jam Mugabe Mandela Ghandi menang! Selepas 7 minit ehh 7 hari, besok Nizar kat mahkamah rayuan pakai 3 Hakim mungkin Nizar pulak menang! Kalau keputusan kes tengahari mungkin sebelah petang lepas makan tengahari Mugabe Mandela Ghandi failkan kes kat Mahkamah Persekutuan dan tak sampai 17 minit Mugabe Mandela Ghandi pulak menang!
Hakim ni dah tak ada keghojer lain ler kome buat iyer!? Betul kata Bro Isham, ahli-ahli politik ameno ni dah tak sedor deme sebenornya ndak rakyat jadi republikan! Ater, sistem monarki pun senyap je tak berkutik cakap apa-apa!
Penyudahnyer Mahkamah Rakyat ler juga yang buat keputusan! Bubar DUN! Oleh kerana Najib pun dah berhati mulia mungkin kalau Perak ngundi semula maka idak ler calon ameno bertanding! Utamakan rakyat dan menyelesaikan masalah ekonomi negara kata dia! KJ pun angguk ajer ler, sambung protes Pakatan Rakyat di Penanti jangkit kat Perak ler pulak! (kena ngangguk ler pasal Pak Lah dah jadi PM sampai bila-bila (PM - pak mentua).
Bila aku tanya pendapat orang2 tua kampong aku pasal krisis politik di Perak ni, senang benor jawab deme "tak sior aku, ghoper gampang!"
18 Mei, 2009
Mulianya hati Najib!
Setelah mendengar kata-kata Najib di TV 3 sebentar tadi, barulah ku tahu mulia sungguh hati Najib!
Agaknya DUN Perak tak dibubarkan kerana nak menyelesai masalah dalaman negeri, mengutamakan rakyat dan menyelesaikan masalah ekonomi negeri Perak!
Aku yakin, sekiranya DUN Perak dibubarkan UMNO BN bakal menyapu bersih kesemua 59 kerusi berdasarkan kemuliaan hati yang dipamerkan Najib di TV 3 suku tadi!
Abislah Pakatan Rakyat!
17 Mei, 2009
Dah jumpa sebab!
Aku pinjam dari Peraknangis.blogspot.com (tabik tuan!)
Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat mentadbir Perak , rasa harmonis antara kaum berjalan baik , ekonomi semakin mantap (kutipan cukai meningkat , kutipan zakat tertinggi sejak 50 tahun , pelabur asing meningkat melebihi 1 Billion berbanding tahun sebelumnya) dan agenda - agenda kemungkaran berkurangan.Kenapa kerajaan yang 'Perform' dan popular di kalangan rakyat ditumbangkan secara tidak bermoral?
Kajian Merdeka Research Center yang dibuat antara 19 Januari - 25 Januari 09 (10 hari sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dirampas kuasa) yang melibatkan hampir 2000 responden pelbagai kaum di Perak , markah populariti bagi DS Nizar adalah 64% sedangkan bagi Dato' Tajol Rosli (Bekas MB UMNO/BN) hanyalah 25%.
P/S: Pada pendapat aku, inilah sebab utama pemerintahan Pakatan Rakyat Perak diambilalih secara haram. UMNO risau kemajuan Negeri Perak di bawah DS Nizar akan dijadikan ukuran pada PRU-13 dan menjadi pemangkin kepada peralihan kuasa di peringkat persekutuan!
16 Mei, 2009
Ahli Parlimen sama bengong dengan ketua Cawangan UMNO kampong aku.
Sumber: Harakah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa pilihan raya semula di negeri itu bagi menyelesaikan krisis politik hanya akan mewujudkan polarisasi kaum. “Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat,” kata Nazri.
Ni yang orang tua dulu2 panggil 'BUTA HATI'! Patut lah ketua cawangan kampong aku bengong! 2 x 5 macam sifu dia jugak!
P/S: Bengong ni macam nak bodek madey jer! dulu dia kutok madey kow2! Jawatan sedang tergugat kot!
15 Mei, 2009
Kenyataan Madey, Kenyataan Najib, Kenyataan Khairy dan kenyataan aku (Rakyat Negeri Perak!)
Kenyataan aku berdasarkan ayat yang di italickan!
Kenyataan Madey
CYBERJAYA 14 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang bagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usul undi tidak percaya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya tidak perlu diadakan bagi menamatkan kebuntuan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu sejak Februari lalu.
''Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.
"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya," katanya.
Kenyataan aku: Cakap je lah terus terang hang yang perit! Siol! Rakyat akan melompat gumbira sekiranya pilihanraya diadakan!
Kenyataan Najib
PUTRAJAYA 14 Mei – Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus.
Kata beliau, keputusan muktamad sama ada perlu diadakan pilihan raya negeri bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
‘‘Ia bukan sesuatu yang harus berlaku tapi bergantung kepada Sultan untuk mempertimbangkannya,” katanya.
Kenyataan aku: Hang yang berak kemudian suruh Sultan basuh bontot hang!
Kenyataan Khairy
SEREMBAN 14 Mei - Tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.
Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai reaksi terhadap dakwaan Pas kononnya Barisan Nasional (BN) mempengaruhi keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.
Sebaliknya beliau berkata, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang membuat dakwaan tidak berasas dalam isu tersebut.
Kenyataan aku: Hang toksah bodek la Khairy, abis krisis ni madey dengan Najib taji hang pulak! tunggu!
Standard IQ orang UMNO kampung aku!
Semalam,selepas balik dari kerja lebihkurang jam 5.30 ptg aku singgah jap kat kedai minum kampung aku. Kat satu sudut aku perasan ada Pak Him ketua cawangan UMNO kampong dengan Pak Tam rakan sembang aku masa minum pagi.
“Yob! Meh kejap!” panggil Pak Tam.
Lepas salam dengan kedua-dua mereka aku pun duduk “Apa citer ari ni Pak Tam!?” aku bukak sembang.
“Ni ha! Aku tak paham sikit, pasal Nizar dengan Zamri ni! Sapa yang sebenornya MB? Nizar ke zambri?” Tanya Pak Tam.
“ntah ler, cer tanya Pak Him, dia mesti tau apa citer” aku buat-buat bodo!.
“Zamri ler MB! kan seghotan dah perkenan!” kat Pak Him yakin.
“itu yang aku paling tak paham tu! MB ni seghotan yang pilih ke atau seghotan cuma perkenan aje?” Tanya Pak Tam lagi.
“tu ler kome tak tau! Seghotan perkenan Zamri tu pasal tak nak Peghak ni dari kontrol di cina!
Cer kome nengok!? Berapa orang ADUN2 tu yang oghang melayu? Pasal itu le Najib ambik balik Peghak ni!” tegas Pak Him.
“ate, mike yang taknak pangkah PAS ari tu! Pasal tu le ADUN melayu sikit! Cer kome pangkah PAS, mesti ADUN melayu ramai dari ADUN Cina!” aku peghangat.
“pangkah PAS nak buat apa, bukannya dapat duit, kalu pangkah UMNO dapat juga aku duit sikit! Ngundi ari tu ha! Dapat juga aku 7 ratus, upah naik bendera!” kata Pak Him lagi.
“Ater! Mike ngundi ni kerana duit ke atau mikio masa depan anakcucu kita?” aku test.
“aku ngundi nyokong UMNO pasal nak kekalkan kuasa melayu ler!” Pak Him kaleh jawab.
“Ate, kekalkan kuasa melayu, aku nengok kat pekan tu kedai Cina aje yang besor, maju. Tak nampak pun kedai melayu. Kuasa je kekal kat melayu tapi oghang melayu bersepah yang papa kedana! Macam mike ni ha! Dari dulu sampai sekarang teman nengok keghojer nogheh getah aje, tu pun nogheh pokok oghang! Mana maju nyer!?” Aku mula nyakat.
Pak Tam dari tadi aku nengok dah senyap. Terkebil-kebil je bijik mata. Kepalanya toleh kiri, kanan, kiri, kanan macam nengok orang main ping pong.
“Ni ha, soalan aku tadi! Macamana halnya Nizar ni! Sah ke taksah dia MB. Kejap Nizar, kejap zamri, esok lusa Nizar semula, mana ghopernyer nih!” Pak Tam mencelah tak nak ketinggalan.
“aku nak nanya, kalu oghang nikah gantung, tangguh kenduri, boleh tak dia campor bini dia?” aku bagi deme penin sikit.
“huh! Tolo beno! Boleh le! Dia dah sah jadi suami! Boleh le dia campor bini dia!” kata Pak Him masuk perangkap aku.
“ate, Nizar ni sah ler tadbir negeri ni, sebab dia MB yang sah! Zamri tak de apa, dia cuma mohon tangguhkan keputusan Nizar jadi MB je! Bukan batalkan! Maknanya Nizar tak boleh buat keghojer MB je! Bukan Nizar tak buat keghojer MB, Zamri yang ganti!, macam kisah nikah gantung tadi juga!, takkan kerana belum buat kenduri sandin alih-alih oghang lain pulak yang campor bini dia! Kalau mike, mike marah tak kalu bini mike yang sah tapi oghang lain yang menggauli bini mike!?” aku torture otak Pak Him.
“Huh, kome ni, apa aku cakap ada aje pusin kome! Kome nengok le kalu jadi bubar DUN ni! DAP yang menang semua ! PAS kalah. PKR kalah, UMNO kalah, bila Cina meghentah, masa tu baru le kome tau langit tinggi rendah!” Pak Him dah marah.
Sahut Pak Tam tiba-tiba “macamana ler kome ni dilantik jadi ketua cawangan? Tolo benor! Kalu UMNO kalah semua ada ler oghang PAS dengan PKR yang menang! PAS, PKR dengan DAP ni lawan oghang BN! UMNO, MCA, MIC! Maknanya lepas ini kalu bubar DUN, ngundi Pakatan Rakyat menang, banyak le oghang PAS dengan PKR yang jadi ADUN!”
“maleh aku sembang dengan kome! Banyak lagi keghojer aku nak buat!” kata Pak Him bangun bayor duit minum dia dan blah!
Tu ler oghang ameno, kalah debat terus blah! Err… debat Rais Yatim dengan Zaid jadi ke gamaknyer?
12 Mei, 2009
Bangun semua!
Bismillahirahmanirahim.
Adakah Tuhan sedang menguji kita? Tidak! Tuhan tidak menguji kita! Tuhan sedang merencanakan rancangan yang lebih besar! Tuhan sedang menyediakan pemimpin yang dapat membimbing kita menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat! Insyaallah!
Bangunlah kawan, bloggers dan rakyat yang cintakan KEBENARAN dan KEADILAN!
SUBHANALLAH! WALHAMDULILLAH! WALAILAHAILALLAH! ALLAHUAKBAR!
SiKitol dan Mendeliar versi baru! ! ! !
Kat Bukit Gantang, mohon restu. Bila Mahkamah Tinggi buat keputusan DS Nizar MB yang sah dan DS Nizar bercadang nak mohon baginda Sultan agar bubarkan DUN dan memberi peluang kepada UMNO untuk mohon restu kepada seluruh rakyat negeri Perak, alih-alih pergi mahkamah rayuan untuk tangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi!
Piiraaahhhh! Parti lambing keris tapi penakut nak mampus! Mana dia semangat Hang Tuah yang hangpa bangga-banggakan!? Memang konpom hangpa ni keturunan siKitol dan Mendeliar yang meruntuhkan empayar Melaka (Melaka adalah nama pokok suci penganut Hindu!). Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah Negara ku Malaysia ini dari dijahanamkan oleh keturunan siKitol dan Mendeliar! (Tengok kulit dan tau keturunan mana!)
11 Mei, 2009
Bukan haram ! tapi haramjadah ! ! !
Mahkamah Tinggi memberi keputusan DS Nizar adalah MB Perak yang sah! Maka sahlah perkara-perkara haram yang dilakukan oleh MB haram!
Senarai perkara2 haram:
1. MB haram.
2. Exco haram.
3. Sidang DUN 7 Mei haram.
4. Speaker Ganeson haram.
5. Jual kereta Camry haram (nko cari balik kereta tu by hook or by crook!)
6. Apa2 keputusan yang dibuat oleh Zambry dalam masa 3 tahun err.. 3 bulan tak sah dan haram!
7. Err. sori... bukan haram tapi haramjadah!!
Kepada Yong2 dan Yob2 staff di bangunan SUK, sila abaikan arahan SUK mengunci bangunan SUK. Kalau nak kunci jugak suruh Dato' SUK atau SU Dewan Negeri yang buat kerja waima jaga post kat gate depan !Kalau korang dipecat kerana engkar arahan boleh bila2 masa jumpa peguam Pakatan Rakyat. Boleh saman 5,6 juta! dapat duit berhenti sukarela, beli tanah, buat kebun! Jadi boss pulak! (termasuk polis sekiranya sekali lagi diarahkan buat kerja gampang macam kat Dewan negeri hari tu! tak payah berhenti umur 58 cikgu!)
Kalau DS Nizar dapati gate bangunan SUK, pintu masuk Bangunan SUK, dan pejabat MB di bangunan SUK dikunci bolehlah panggil bomba untuk pecahkan pintu (kita pakai bombalah pulak! Kih Kih Kih!)
P/S: Jangan lupa plak pokok demokrasi kalau boleh malam ni jugak patut dibina semula. Boleh taruh spotlight! siap lampu kelip2! Wiring panggil aku! Free of Charge!
10 Mei, 2009
Tak abis-abis nak kelentong!
Melalui berita di TV3 suku sebentar tadi Najib tak abis2 nak mewajarkan tindakan ala babi mereka di DUN Perak! kononnya tindakan itu wajar dilakukan untuk menegakkan keluhuran undang2! Kih Kih Kih! tak payah la woiii! Kemudian dalam tajuk yang lain Najib menyeru Ahli ameno supaya memantapkan diri dalam media yang baru untuk mendekati generasi muda - blogger la turrr! Kih Kih Kih! hang mampu ke nak bayaq upah ahli ameno hang!? depa tu kalau tak bayaq upah tak boleh buat kerja! Kih Kih Kih! Sudah la najib woiii! Kalau berani bubarkan Parlimen dan jemput PBB untuk memantau! Berani ke!? Kih Kih Kih! aku tau hang tak berani! Kih Kih Kih! arrrr! tu tengah pikir apa nak kelentong untuk besok pulak le, iyer!? Kih Kih Kih
09 Mei, 2009
Mana lebih bahaya? ketagih dadah atau ketagih arak?
Aku ada seorang kawan, dia ni memang penagih arak tegar. Dulu dia ni minum jenis murah macam Calsberg atau Special Bru tapi sekarang ni dah main Johny Walker pulak dah!
“Jenis yang dulu2 tu dah tak power la yob, kena Johny Walker baru ada rasa!” kata dia.
Baru-baru ni aku bersembang dengan dia, mungkin ada sedikit keinsafan di dalam hatinya dia minta tolong aku untuk menghilangkan ketagihan arak yang ditanggungnya.
“Nasib baiklah aku ni bujang lagi, kalau aku dah kawin macamanalah agaknya nasib anakbini aku!? Mujurlah jugak aku ni dilahirkan sebagai rakyat biasa, kalau ditakdirkan aku ni lahir dari rahim keturunan bangsawan dan ditakdirkan jadi raja, menderitalah rakyat aku gamaknya ?”
“eh! pehal ke situ pulak pikirnya kawan aku nih?” kata aku dalam hati.
“Oklah! Nanti aku cuba cari dalam internet kut2 ada, kalu jumpa aku print bagi engkau baca”
Sementelah aku dah jumpa, aku siarkan jugak dalam blog aku nih mana lah tau mungkin ada kawan2 yang memerlukan. Tak payahlah nak tercari-cari dalam internet. Print artikel di bawah ni, setel masalah!
Cara Islam kikis ketagihan arak berkesan
Cara Islam kikis ketagihan arak berkesanISLAM mengharamkan meminum arak sejak 14 abad lalu. Orang Arab jahiliyah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang cukup dahsyat. Mereka menganggap arak sebagai sejenis minuman yang boleh menghadirkan keseronokan hidup apabila hilang rasa malu akibat penangan arak.
Mereka juga meletakkan arak sebagai hidangan biasa yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan. Ada segelintir umat Arab yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah dengan menyatakan mereka meminum arak dan memberikannya kepada orang lain hanya sebagai penawar dan ubat. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan bukan ubat, bahkan arak sebenarnya punca kepada penyakit" (riwayat Muslim).
Islam pada awalnya tidak menyerang peminum arak, perzinaan atau perjudian, sebaliknya membasmi kepercayaan karut yang sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliyah seperti kata-kata Aisyah, isteri Rasulullah yang dipetik oleh Imam Bukhari iaitu: "Sekiranya al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab supaya jangan meminum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata; "tidak, kami tidak akan patuh."Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan taman indah bagi sesiapa yang patuh, seksaan api neraka bagi yang ingkar sehingga hati mereka menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti daripada meminum arak, melakukan perzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya" (riwayat Bukhari).
Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak seperti dinyatakan oleh al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi.
Bagaimanapun larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.Perintah lain yang diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa ini diceritakan al-Quran melalui surah an-Nisa' ayat 43 yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan."Larangan ini sangat mustahak kerana tabiat mabuk diperkatakan buat kali pertama bersama sembahyang yang difardukan waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak. Ini menimbulkan konflik di antara perintah baru dengan adat resam orang Arab yang meminum arak pada awal pagi dan permulaan malam.Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminum.
Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan, peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau berpanjangan.Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan dalam satu majlis jamuan yang diadakan di antara orang Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan tulang dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan rasa berdosa atas tindakan mereka itu.Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat Islam seperti firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: "Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )daripada melakukan perbuatan itu)"
Anas bin Malik disebut sebagai menyatakan: "Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum arak akan membawa arak di rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan dan lorong di Madinah dipenuhi dengan bau arak sehingga beberapa hari."Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.
Sudah jelas, sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca daripada gejala arak.Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak. Al-Quran memberi ingatan seterusnya amaran bahawa mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya.Keburukan yang akan diterimanya adalah lebih besar daripada kebaikan dan manfaatnya, di antaranya:
* Apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam lain-lain bahagian tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang.
* Meminum banyak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang membawa kepada alat pernafasan terganggu.
* Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat kuat tekanan alkohol dalam arak itu kepada hati dan jantung.
* Minum ketika perut kosong atau sebelum makan pagi boleh menyebabkan berlaku barah dalam perut.
Prof AJ Arberry pula menyatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh.Selain itu seorang yang mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain."
Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jika dibanci orang sakit di seluruh dunia, nescaya paling ramai penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan oleh arak. Orang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan oleh arak.
Tak yakin dengan kata-kata sendiri?
Dari berita jam 8 sampai berita jam 12 tengahmalam, 2 orang adikberadik sepupu diulang kata-kata mereka oleh TV3 tentang halalnya tindakan yang dirancang mereka di sidang DUN Perak!
Mula-mula aku tak yakin dengan kata-kata depa, tapi bile dengaq sekali lagi kat berita jam 12 tengahmalam aku percaya tindakan yang dilakukan adalah benar belaka! TIADA YANG TIDAK BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA!
Jadi untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia hangpa yakin dengan kata-kata hangpa, eloklah lah pi mengadap DYMM Agong mintak bubarkan parlimen awai supaya kita semua boleh mengundi PRU13 pulak!
Apadia? hangpa berdua tak yakin? abis tu macamana nak perintah negara kalau sendiri cakap pun tak yakin?
BUKTIKAN KEYAKINAN KATA-KATA ANDA! BUBARKAN PARLIMEN!
08 Mei, 2009
"Tahniah! oghang jantan lagi tahun nih!"
Tadi aku ada hal kat Ipoh, sampai kuala lebihkurang jam 8 suku. On the way ke rumah aku, aku nengok jiran aku berdiri kat depan rumah termuntah-muntah sambil terbongkok-bongkok. Aku slowkan kete aku untuk check keadaan. "aik! orang rumah jiran aku ni mengandong lagi kot? biasanya kalau orang rumah dia mengandong anak lelaki dia muntah dulu" kata aku dalam ati.
Aku terus ngusik dia "Tahniah yop! oghang jantan lagi nampaknya tahun nih!"
"Tahniah tengkoghak kamu, aku muntah bukan sebab tu le" kabo jiran sambil muntahnya jelejeh kat mulut.
"abih tu, apa keheinya pulak!? tanya aku.
"tu haa! dalam TV sat ni, najib kabo kes kat Dewan Negeghi tu tepaksa buat macam tu sebab nak menegakkan peraturan supaya demokrasi terus terbela! uweeeerrrrkkkkhhh!" jiran aku jawab pakai muntah ler pulak!
aku terus blah! kalau aku muntah rugi le pulak! tadi kat Ipoh aku makan roti nan 2 keping!
Sekiranya DS Nizar menang kes Mahkamah hari isnin nih!
Perkara2 yang dibolehkan sekiranya DS Nizar menang kes Mahkamah hari isnin nih!
1. Bawak lari ADUN BN (Kurang2 6 orang!)
2. Kepit tengkok Speaker dewan (Humban keluar! Jangan lupa kepit tengkok SU speaker dengan SU kerajaan negeri sekali!)
3. Terus jumpa Sultan untuk isytihar semula kerajaan Pakatan Rakyat!
4. Lantik group bintara sendiri untuk kontrol Dewan Negeri (Dugong Darat incharge!)
Depa buat tak salah takkan kita buat salah pulak!
Kalau Nizar menanglah!
(Mungkin kalau depa tak dapat ejas keputusan, keputusan kes DS Nizar ditangguhkan 2 minggu lagi?) Depa kata! Aku tak kata!
p/s: Khhaaarrrhhhkkk ptttuuiiihhhhh…..
06 Mei, 2009
Apa sahaja yang haram diharamkan menghampiri bangunan SUK!
6 Mei 2009. TV3 suku melaporkan MB haram sebagai berkata "aaa orang ramai dilarang menghampiri aaa bangunan SUK besok! Perhimpunan besok dianggap sebagai perhimpunan haram!
P/S: FRU patut menghalang apa sahaja yang haram daripada menghampiri bangunan SUK besok meliputi MB haram dan EXCO haram!
Ghani Patail mengaku bahawa tiada peruntukan kepada Raja untuk mengunakan kuasanya menyingkir Menteri Besar.
Dari Mahkamah: Petikan Dari Malaysian Insider
‘Nizar lwn Zambry’, Raja tiada kuasa singkir Menteri Besar.
Walaupun Sultan Perak sebagai Raja Berperlembagaan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar tetapi baginda tidak mempunyai kuasa untuk memaksa menteri besar keluar dari jawatannya yang sah . Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Undang Undang Tubuh Negeri Perak tidak mempunyai peruntukan yang membenarkan Raja atau orang lain untuk memecat Menteri Besar dari jawatan rasminya. Dalam mengemukakan pembentangannya dihadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim tengah hari tadi peguam YB Nizar Jamaludin, Sulaiman Abdullah mengatakan jika Sultan mempunyai kuasa ia akan dinyatakan didalam Undang Undang Tubuh Negeri Perak.
Selepas ditanya oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga mengaku bahawa tiada peruntukan kepada Raja untuk mengunakan kuasanya menyingkir Menteri Besar.
04 Mei, 2009
Rakyat Perak sedang menilai arah tuju negeri!
Majoriti rakyat Negeri Perak yang berkongsi persamaan menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN sedang menilai samada Tuanku Sultan yang saban jumaat didoakan kesejahteraan baginda mementingkan kesejahteraan rakyat baginda atau kesejahteraan rakyat negeri Pahang (Najib Razak)!
Petikan di bawah diambil dari Blog Yob Pink Turtle.
Speaker Mohon Sultan Tangguhkan Sidang Dewan
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar hari telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak untuk menyatakan memohon perkenan mempertimbangkan supaya peridangan Dun Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan sendiri.
“Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada hari ini,” jelas Sivakumar dalam kenyataan beliau hari ini.
“Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan ditangguhkan,” kata beliau lagi.
Sivakumar membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah kerana Kes Zambry Abdul Kadir dan Mohammed Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,” jelas Sivakumar.
“Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.
Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu,” kata Sivakumar mengakhiri kenyataan beliau.
Kes Zambry dan Nizar didengar di Mahkamah Tinggi pada jam 2 petang ini dan disambung semula esok jam 10 pagi.
………………………………………………………………………………………………………………….
Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak
Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shan pada hari ini. Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009.
Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah.
Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.
YB. V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan
Negeri Perak Darul Ridzuanhttp://speakforperak.blogspot.com
P/S: Kalau hari khamis ni hujan tak boleh menoreh getah, pakcik-pakcik kat kampung akan menyertai pesta bersiram di Ipoh!
03 Mei, 2009
Bismillahirahmanirahim!
Dulu, aku ada seorang kawan, tiap2 pagi nyembang dengan aku. Yang speselnya tentang kawan aku ni, tiap2 peristiwa yang berlaku tidak kira hal politik atau peristiwa biasa akan diulas dengan ayat-ayat Al-Quran beserta huraiannya sekali. Al-kisahnya:
Suatu petang dalam perjalanan pulang kerumah, tiba-tiba aku dipanggil oleh Pak Am yang sedang minum di gerai berhampiran
“Zul! mari sini kejap, aku ada benda nak kabo kat kamu” beria-ia Pak Am memanggil aku.
“Aik!? Selalu nyembang belah pagi pehal pulak hari ni sebelah petang pulak!?” kata aku dalam hati terus aku membelokkan motosikal dan terus duduk di kerusi.
“Ya Pak Am, nak kabo apa Pak Am!?” kater aku.
“bulan lepas aku terangkan pada kamu rahsia Al-Fatihah, hari ni aku nak peghabihkan last rahsia Bismillahirahmanirahim pulak!” ujar Pak Am.
“Pak Him! Buat kopi O satu, untuk Pak Am horlick satu!” jerit aku pada tokeh gerai.
“eh! tak payah! Ayor suam udah! Aku dah minum dah secawan tadi!” Pak Am menolak.
“kita sambung balik! Ehh! Aku tang mana tadi!?” Pak Am tanya aku.
“bab Bismillah!” aku peghingatkan Pak Am.
“kamu tau dak Zul, ngaper tiapkali kita nak mulakan sesuatu, makan ke, nak becakap ke, nak melangkah kemana-mana ke kita kena baca Bismillah dulu!?” Tanya Pak Am.
Termenung kejap aku “ntah ler Pak Am, yang saya tau sebelum makan, kalau tak baca bismillah maknanya makan kita tu macam setan makan jugak ler, lagi satu supaya apa yang kita makan tu berkat!” “Ishh kamu! Ni aku nak kabo kat kamu! Bismillahirahmanirahim tu maknanya Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang “ kabo Pak Am “itu saya tau ler Pak Am, tapi apa pulak rahsianya!? Tanya aku. “Macam ni, peghonah dak kamu dengor kata Nabi di akhir zaman nanti umat Islam ni kebanyakannya umpama buih dilautan hanya sikit saja dari oghang Islam tu yang diterima amalannya!? “Peghonah” kater aku. “Kamu ndak dak termasuk ke dalam golongan yang sedikit tu!? Tanya PakAm lagi. “Ndak ler Pak Am, pasei tu ler saya ghajin nyembang dengan Pak Am pagi-pagi!” kabor aku. Sambung Pak Am “ghoper ini, cuba kamu pikio, cuba kamu tanya diri kamu, layak tak gamaknyer Tuhan murahkan rezeki dan sayangkan kamu!?” “selalu juga saya pikio, tapi tak jumpa lagi jawabnyer” jawab aku. Sambung Pak Am lagi “contohnya ghoper ini, kalu anak-anak kita ada yang rajin, dengor cakap, bila deme mintak lima kupang, seghinggit pun kadang-kadang kita bagi tapi bila anak-anak kita yang pemaleh mintak, bila mintak seghinggit, lima kupang aje kita bagi!” “Ate, apa pulak kaitannya dengan Bismillahirahmanirahim tu!? Aku macam biasa saja jolok.
Sambung Pak Am “macam ni, bila tiap-tiap perbuatan kita kalau dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim, maknanyer mengingatkan kita supaya perbuatan, percakapan, pikiran, pandangan kita tu mestilah ikut apa yang disuruh dalam Al-Quran tu, ikut apa yang disuruh, jangan buat apa yang ditegah! supaya Tuhan sayang dan murahkan rezeki kita! Bukan saja-saja nyebut, paham ke idak!?" “tak beghaper paham Pak Am, cer ceghiterkan sikit lagi!” “macam gini! Kalau kamu hayati betul-betul maknanyer setiapkali kamu ucapkan Bismillahirahmanirahim ni, otometik kamu akan sentiasa melakukan yang benar dan tidak lari dari yang di suruh dalam Al-Quran tu samada perbuatan atau percakapan sebab kamu ndakkan dimurahkan rezeki dan Tuhan sayangkan kamu” sambung Pak Am. “oo cam gitu, paham dah! Tapi pelan2 ler Pak Am, saya cuba ler macam yang Pak Am kabo tu! insyaallah” Sessi sembang petang tu kami sambung lagi dengan hal-hal lain lagi. Lebihkurang jam 6.30 petang kami bersurai.
Malam tu sebelum tidor, memikir panjang aku tentang apa yang Pak Am bagitau aku siang tadi, pengajarannya, sekira semua umat Islam hayati betul-betul pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran maka tidaklah berlaku sebagaimana yang sedang berlaku didalam negara kita ni. Kebanyakannya aku dapati lebih kepada penghayatan perut, poket dan nafsu sendiri. Esoknya, sedang aku duduk di gerai yang sama pasal nak sembang dengan Pak Am lagi tiba-tiba aku nampak Pak Am berhentikan kereta dia di tepi jalan sambil melambai-lambai seolah-olah ada sesuatu terjadi. Aku dengan beberapa orang lagi terus menerpa. Aku tengok muka Pak Am dah pucat manakala airliurnya meleleh tanpa henti. Terus aku masuk ke dalam kereta sambil mengurut belakang Pak Am sambil menyuruh kawan aku menelefon ambulan. Tak lama menunggu ambulan pun datang terus membawa Pak Am pergi, Selepas maghrib kawan aku datang ke rumah memaklumkan “Pak Su, (budak kampong panggil aku Pak Su) Pak Am dah tak ada, doctor dah cuba tapi dah tak boleh pi” Terdetik di hati aku, patut lah hari tu beria-ia Pak Am nak maklumkan aku rahsia Bismillahirahmanirahim tu. Innalillahiwainnailahirojiun!
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Inilah sebab sebenar aku memulakan blog ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku berharap aku dapat melakukan sesuatu yang benar dan dapat memberi manfaat kepada semua. Aku abadikan kata-kata Pak Am “BERDIRI TAK SETAPAK, TIDAK SAMA YANG DINAMPAK” yang kerapkali beliau ucapkan bila aku tanya bagaimana Pak Am boleh nampak jelas semua yang sedang berlaku sebagai tagline Blog aku. Terima kasih banyak-banyak Pak Am. Al-Fatihah.
Termenung kejap aku “ntah ler Pak Am, yang saya tau sebelum makan, kalau tak baca bismillah maknanya makan kita tu macam setan makan jugak ler, lagi satu supaya apa yang kita makan tu berkat!” “Ishh kamu! Ni aku nak kabo kat kamu! Bismillahirahmanirahim tu maknanya Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang “ kabo Pak Am “itu saya tau ler Pak Am, tapi apa pulak rahsianya!? Tanya aku. “Macam ni, peghonah dak kamu dengor kata Nabi di akhir zaman nanti umat Islam ni kebanyakannya umpama buih dilautan hanya sikit saja dari oghang Islam tu yang diterima amalannya!? “Peghonah” kater aku. “Kamu ndak dak termasuk ke dalam golongan yang sedikit tu!? Tanya PakAm lagi. “Ndak ler Pak Am, pasei tu ler saya ghajin nyembang dengan Pak Am pagi-pagi!” kabor aku. Sambung Pak Am “ghoper ini, cuba kamu pikio, cuba kamu tanya diri kamu, layak tak gamaknyer Tuhan murahkan rezeki dan sayangkan kamu!?” “selalu juga saya pikio, tapi tak jumpa lagi jawabnyer” jawab aku. Sambung Pak Am lagi “contohnya ghoper ini, kalu anak-anak kita ada yang rajin, dengor cakap, bila deme mintak lima kupang, seghinggit pun kadang-kadang kita bagi tapi bila anak-anak kita yang pemaleh mintak, bila mintak seghinggit, lima kupang aje kita bagi!” “Ate, apa pulak kaitannya dengan Bismillahirahmanirahim tu!? Aku macam biasa saja jolok.
Sambung Pak Am “macam ni, bila tiap-tiap perbuatan kita kalau dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim, maknanyer mengingatkan kita supaya perbuatan, percakapan, pikiran, pandangan kita tu mestilah ikut apa yang disuruh dalam Al-Quran tu, ikut apa yang disuruh, jangan buat apa yang ditegah! supaya Tuhan sayang dan murahkan rezeki kita! Bukan saja-saja nyebut, paham ke idak!?" “tak beghaper paham Pak Am, cer ceghiterkan sikit lagi!” “macam gini! Kalau kamu hayati betul-betul maknanyer setiapkali kamu ucapkan Bismillahirahmanirahim ni, otometik kamu akan sentiasa melakukan yang benar dan tidak lari dari yang di suruh dalam Al-Quran tu samada perbuatan atau percakapan sebab kamu ndakkan dimurahkan rezeki dan Tuhan sayangkan kamu” sambung Pak Am. “oo cam gitu, paham dah! Tapi pelan2 ler Pak Am, saya cuba ler macam yang Pak Am kabo tu! insyaallah” Sessi sembang petang tu kami sambung lagi dengan hal-hal lain lagi. Lebihkurang jam 6.30 petang kami bersurai.
Malam tu sebelum tidor, memikir panjang aku tentang apa yang Pak Am bagitau aku siang tadi, pengajarannya, sekira semua umat Islam hayati betul-betul pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran maka tidaklah berlaku sebagaimana yang sedang berlaku didalam negara kita ni. Kebanyakannya aku dapati lebih kepada penghayatan perut, poket dan nafsu sendiri. Esoknya, sedang aku duduk di gerai yang sama pasal nak sembang dengan Pak Am lagi tiba-tiba aku nampak Pak Am berhentikan kereta dia di tepi jalan sambil melambai-lambai seolah-olah ada sesuatu terjadi. Aku dengan beberapa orang lagi terus menerpa. Aku tengok muka Pak Am dah pucat manakala airliurnya meleleh tanpa henti. Terus aku masuk ke dalam kereta sambil mengurut belakang Pak Am sambil menyuruh kawan aku menelefon ambulan. Tak lama menunggu ambulan pun datang terus membawa Pak Am pergi, Selepas maghrib kawan aku datang ke rumah memaklumkan “Pak Su, (budak kampong panggil aku Pak Su) Pak Am dah tak ada, doctor dah cuba tapi dah tak boleh pi” Terdetik di hati aku, patut lah hari tu beria-ia Pak Am nak maklumkan aku rahsia Bismillahirahmanirahim tu. Innalillahiwainnailahirojiun!
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Inilah sebab sebenar aku memulakan blog ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku berharap aku dapat melakukan sesuatu yang benar dan dapat memberi manfaat kepada semua. Aku abadikan kata-kata Pak Am “BERDIRI TAK SETAPAK, TIDAK SAMA YANG DINAMPAK” yang kerapkali beliau ucapkan bila aku tanya bagaimana Pak Am boleh nampak jelas semua yang sedang berlaku sebagai tagline Blog aku. Terima kasih banyak-banyak Pak Am. Al-Fatihah.
02 Mei, 2009
Rahsia disebalik motto One Malaysia
Jenuh aku memikir apa maksud tersirat Pengerusi BN One Malaysia. Hari ni baru aku paham. One Malaysia tu bermaksud Babi Nombor (BN) Satu di Malaysia. Lihat berita di bawah.
Datuk SUK Tidak Boleh Menghalang Media Pada 7 Mei
Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan
Tuan Speaker boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana jurnal kerana menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.
Standing Orders 84, State Legislative Assembly of Perak darul Ridzuan
Mr. Speaker may grant a general permission to the representative of any journal to attend the sittings of the Assembly under such rules as he may from time to time make for that purpose. If such rules are contravened, such permission may be revoked.
Adakah perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang? Bukankah arahan beliau untuk melarang beberapa media merupakan salahguna kuasa?
http://speakforperak.blogspot.com
p/s: Jangan lupa, jika Pakatan Rakyat kembali berkuasa, Datuk SUK ni individu pertama yang harus disingkirkan. Pastikan Dewan Negeri dibina berasingan dari bangunan SUK.
Langgan:
Catatan (Atom)