Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 Mei, 2009

Dah jumpa sebab!

Aku pinjam dari Peraknangis.blogspot.com (tabik tuan!) Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat mentadbir Perak , rasa harmonis antara kaum berjalan baik , ekonomi semakin mantap (kutipan cukai meningkat , kutipan zakat tertinggi sejak 50 tahun , pelabur asing meningkat melebihi 1 Billion berbanding tahun sebelumnya) dan agenda - agenda kemungkaran berkurangan.Kenapa kerajaan yang 'Perform' dan popular di kalangan rakyat ditumbangkan secara tidak bermoral? Kajian Merdeka Research Center yang dibuat antara 19 Januari - 25 Januari 09 (10 hari sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dirampas kuasa) yang melibatkan hampir 2000 responden pelbagai kaum di Perak , markah populariti bagi DS Nizar adalah 64% sedangkan bagi Dato' Tajol Rosli (Bekas MB UMNO/BN) hanyalah 25%. P/S: Pada pendapat aku, inilah sebab utama pemerintahan Pakatan Rakyat Perak diambilalih secara haram. UMNO risau kemajuan Negeri Perak di bawah DS Nizar akan dijadikan ukuran pada PRU-13 dan menjadi pemangkin kepada peralihan kuasa di peringkat persekutuan!

Tiada ulasan: