Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Mei, 2009

Bismillahirahmanirahim!


Dulu, aku ada seorang kawan, tiap2 pagi nyembang dengan aku. Yang speselnya tentang kawan aku ni, tiap2 peristiwa yang berlaku tidak kira hal politik atau peristiwa biasa akan diulas dengan ayat-ayat Al-Quran beserta huraiannya sekali. Al-kisahnya: Suatu petang dalam perjalanan pulang kerumah, tiba-tiba aku dipanggil oleh Pak Am yang sedang minum di gerai berhampiran “Zul! mari sini kejap, aku ada benda nak kabo kat kamu” beria-ia Pak Am memanggil aku. “Aik!? Selalu nyembang belah pagi pehal pulak hari ni sebelah petang pulak!?” kata aku dalam hati terus aku membelokkan motosikal dan terus duduk di kerusi. “Ya Pak Am, nak kabo apa Pak Am!?” kater aku. “bulan lepas aku terangkan pada kamu rahsia Al-Fatihah, hari ni aku nak peghabihkan last rahsia Bismillahirahmanirahim pulak!” ujar Pak Am. “Pak Him! Buat kopi O satu, untuk Pak Am horlick satu!” jerit aku pada tokeh gerai. “eh! tak payah! Ayor suam udah! Aku dah minum dah secawan tadi!” Pak Am menolak. “kita sambung balik! Ehh! Aku tang mana tadi!?” Pak Am tanya aku. “bab Bismillah!” aku peghingatkan Pak Am. “kamu tau dak Zul, ngaper tiapkali kita nak mulakan sesuatu, makan ke, nak becakap ke, nak melangkah kemana-mana ke kita kena baca Bismillah dulu!?” Tanya Pak Am.

 Termenung kejap aku “ntah ler Pak Am, yang saya tau sebelum makan, kalau tak baca bismillah maknanya makan kita tu macam setan makan jugak ler, lagi satu supaya apa yang kita makan tu berkat!” “Ishh kamu! Ni aku nak kabo kat kamu! Bismillahirahmanirahim tu maknanya Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang “ kabo Pak Am “itu saya tau ler Pak Am, tapi apa pulak rahsianya!? Tanya aku. “Macam ni, peghonah dak kamu dengor kata Nabi di akhir zaman nanti umat Islam ni kebanyakannya umpama buih dilautan hanya sikit saja dari oghang Islam tu yang diterima amalannya!? “Peghonah” kater aku. “Kamu ndak dak termasuk ke dalam golongan yang sedikit tu!? Tanya PakAm lagi. “Ndak ler Pak Am, pasei tu ler saya ghajin nyembang dengan Pak Am pagi-pagi!” kabor aku. Sambung Pak Am “ghoper ini, cuba kamu pikio, cuba kamu tanya diri kamu, layak tak gamaknyer Tuhan murahkan rezeki dan sayangkan kamu!?” “selalu juga saya pikio, tapi tak jumpa lagi jawabnyer” jawab aku. Sambung Pak Am lagi “contohnya ghoper ini, kalu anak-anak kita ada yang rajin, dengor cakap, bila deme mintak lima kupang, seghinggit pun kadang-kadang kita bagi tapi bila anak-anak kita yang pemaleh mintak, bila mintak seghinggit, lima kupang aje kita bagi!” “Ate, apa pulak kaitannya dengan Bismillahirahmanirahim tu!? Aku macam biasa saja jolok.

 Sambung Pak Am “macam ni, bila tiap-tiap perbuatan kita kalau dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim, maknanyer mengingatkan kita supaya perbuatan, percakapan, pikiran, pandangan kita tu mestilah ikut apa yang disuruh dalam Al-Quran tu, ikut apa yang disuruh, jangan buat apa yang ditegah! supaya Tuhan sayang dan murahkan rezeki kita! Bukan saja-saja nyebut, paham ke idak!?" “tak beghaper paham Pak Am, cer ceghiterkan sikit lagi!” “macam gini! Kalau kamu hayati betul-betul maknanyer setiapkali kamu ucapkan Bismillahirahmanirahim ni, otometik kamu akan sentiasa melakukan yang benar dan tidak lari dari yang di suruh dalam Al-Quran tu samada perbuatan atau percakapan sebab kamu ndakkan dimurahkan rezeki dan Tuhan sayangkan kamu” sambung Pak Am. “oo cam gitu, paham dah! Tapi pelan2 ler Pak Am, saya cuba ler macam yang Pak Am kabo tu! insyaallah” Sessi sembang petang tu kami sambung lagi dengan hal-hal lain lagi. Lebihkurang jam 6.30 petang kami bersurai.

 Malam tu sebelum tidor, memikir panjang aku tentang apa yang Pak Am bagitau aku siang tadi, pengajarannya, sekira semua umat Islam hayati betul-betul pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran maka tidaklah berlaku sebagaimana yang sedang berlaku didalam negara kita ni. Kebanyakannya aku dapati lebih kepada penghayatan perut, poket dan nafsu sendiri. Esoknya, sedang aku duduk di gerai yang sama pasal nak sembang dengan Pak Am lagi tiba-tiba aku nampak Pak Am berhentikan kereta dia di tepi jalan sambil melambai-lambai seolah-olah ada sesuatu terjadi. Aku dengan beberapa orang lagi terus menerpa. Aku tengok muka Pak Am dah pucat manakala airliurnya meleleh tanpa henti. Terus aku masuk ke dalam kereta sambil mengurut belakang Pak Am sambil menyuruh kawan aku menelefon ambulan. Tak lama menunggu ambulan pun datang terus membawa Pak Am pergi, Selepas maghrib kawan aku datang ke rumah memaklumkan “Pak Su, (budak kampong panggil aku Pak Su) Pak Am dah tak ada, doctor dah cuba tapi dah tak boleh pi” Terdetik di hati aku, patut lah hari tu beria-ia Pak Am nak maklumkan aku rahsia Bismillahirahmanirahim tu. Innalillahiwainnailahirojiun!

 Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Inilah sebab sebenar aku memulakan blog ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku berharap aku dapat melakukan sesuatu yang benar dan dapat memberi manfaat kepada semua. Aku abadikan kata-kata Pak Am “BERDIRI TAK SETAPAK, TIDAK SAMA YANG DINAMPAK” yang kerapkali beliau ucapkan bila aku tanya bagaimana Pak Am boleh nampak jelas semua yang sedang berlaku sebagai tagline Blog aku. Terima kasih banyak-banyak Pak Am. Al-Fatihah.

2 ulasan:

radens albanjari berkata...

salam,panjang ntri mike akhir2 ni,bagus artikel dakwah yg baik untuk dimuhasabahkan..wak setuju dengan kandungan isi yg baik telah dipaparkan..takbir !

rizal berkata...

terima kasih kerana berkongsi pengajaran dan ilmu..salam