Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 Mei, 2009

Mana lebih bahaya? ketagih dadah atau ketagih arak?

Aku ada seorang kawan, dia ni memang penagih arak tegar. Dulu dia ni minum jenis murah macam Calsberg atau Special Bru tapi sekarang ni dah main Johny Walker pulak dah! “Jenis yang dulu2 tu dah tak power la yob, kena Johny Walker baru ada rasa!” kata dia. Baru-baru ni aku bersembang dengan dia, mungkin ada sedikit keinsafan di dalam hatinya dia minta tolong aku untuk menghilangkan ketagihan arak yang ditanggungnya. “Nasib baiklah aku ni bujang lagi, kalau aku dah kawin macamanalah agaknya nasib anakbini aku!? Mujurlah jugak aku ni dilahirkan sebagai rakyat biasa, kalau ditakdirkan aku ni lahir dari rahim keturunan bangsawan dan ditakdirkan jadi raja, menderitalah rakyat aku gamaknya ?” “eh! pehal ke situ pulak pikirnya kawan aku nih?” kata aku dalam hati. “Oklah! Nanti aku cuba cari dalam internet kut2 ada, kalu jumpa aku print bagi engkau baca” Sementelah aku dah jumpa, aku siarkan jugak dalam blog aku nih mana lah tau mungkin ada kawan2 yang memerlukan. Tak payahlah nak tercari-cari dalam internet. Print artikel di bawah ni, setel masalah! Cara Islam kikis ketagihan arak berkesan Cara Islam kikis ketagihan arak berkesanISLAM mengharamkan meminum arak sejak 14 abad lalu. Orang Arab jahiliyah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang cukup dahsyat. Mereka menganggap arak sebagai sejenis minuman yang boleh menghadirkan keseronokan hidup apabila hilang rasa malu akibat penangan arak. Mereka juga meletakkan arak sebagai hidangan biasa yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan. Ada segelintir umat Arab yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah dengan menyatakan mereka meminum arak dan memberikannya kepada orang lain hanya sebagai penawar dan ubat. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan bukan ubat, bahkan arak sebenarnya punca kepada penyakit" (riwayat Muslim). Islam pada awalnya tidak menyerang peminum arak, perzinaan atau perjudian, sebaliknya membasmi kepercayaan karut yang sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliyah seperti kata-kata Aisyah, isteri Rasulullah yang dipetik oleh Imam Bukhari iaitu: "Sekiranya al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab supaya jangan meminum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata; "tidak, kami tidak akan patuh."Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan taman indah bagi sesiapa yang patuh, seksaan api neraka bagi yang ingkar sehingga hati mereka menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti daripada meminum arak, melakukan perzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya" (riwayat Bukhari). Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak seperti dinyatakan oleh al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.Perintah lain yang diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa ini diceritakan al-Quran melalui surah an-Nisa' ayat 43 yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan."Larangan ini sangat mustahak kerana tabiat mabuk diperkatakan buat kali pertama bersama sembahyang yang difardukan waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak. Ini menimbulkan konflik di antara perintah baru dengan adat resam orang Arab yang meminum arak pada awal pagi dan permulaan malam.Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminum. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan, peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau berpanjangan.Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan dalam satu majlis jamuan yang diadakan di antara orang Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan tulang dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan rasa berdosa atas tindakan mereka itu.Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat Islam seperti firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: "Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )daripada melakukan perbuatan itu)" Anas bin Malik disebut sebagai menyatakan: "Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum arak akan membawa arak di rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan dan lorong di Madinah dipenuhi dengan bau arak sehingga beberapa hari."Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak. Sudah jelas, sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca daripada gejala arak.Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak. Al-Quran memberi ingatan seterusnya amaran bahawa mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya.Keburukan yang akan diterimanya adalah lebih besar daripada kebaikan dan manfaatnya, di antaranya: * Apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam lain-lain bahagian tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang. * Meminum banyak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang membawa kepada alat pernafasan terganggu. * Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat kuat tekanan alkohol dalam arak itu kepada hati dan jantung. * Minum ketika perut kosong atau sebelum makan pagi boleh menyebabkan berlaku barah dalam perut. Prof AJ Arberry pula menyatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh.Selain itu seorang yang mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain." Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jika dibanci orang sakit di seluruh dunia, nescaya paling ramai penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan oleh arak. Orang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan oleh arak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://crysredto.la2host.ru/96-gerosio.htm bankruptcy richard h sweat jr http://prerertic.la2host.ru/gruzoviki-v-irkutske.html bankruptcy process seminar http://tasnona.la2host.ru/hokkeyniy-klub-traktor-chelyabinsk.htm mortgage after bankruptcy http://opcosless.la2host.ru/samosval-ural-55571.htm clico bankruptcy http://infritac.la2host.ru/10-2008.html living trusts bankruptcy laws virginia http://dropenpa.la2host.ru/avtokran-liebherr.htm bankruptcy http://tasnona.la2host.ru/lindi_16-01-2009.htm bankruptcy alternative http://vialojou.la2host.ru/katalog-ekskavatorov-eo.htm saab bankruptcy http://samocon.la2host.ru/lindi_31-12-2008.html bankruptcy faq
http://tasnona.la2host.ru/pagesto_21.htm saab bankruptcy http://tasnona.la2host.ru/lindi_16-01-2009.htm bankruptcy faq rent http://netpnichen.la2host.ru/lindi_26-05-2009.htm normandy innua bankruptcy

Tanpa Nama berkata...

aku ada seorg kawan perempuan,anak org berada,yg ketagihan arak.yg aku tahu dia mula meneguk arak sejak umur 16 thn lagi kerana keluarganya agak western sikit.mula2 hanya suka2 minum hanya dikelab malam lama-kelamaan bila umur dia meningkat 30 ketagihan dia mula terasa.baru2 ni aku jumpa dia dan kami bersmbang.dan dia meluahkan perasaan ketagihan arak dia pada aku.dan aku lihat dia takde usaha nak berhenti minum dan masih lagi meneguk arak dan bila ketagihan arak dia datang dia x boleh tidur dan rasa gelisah.katanya yg membuat dia berterusan minum kerana pada perinkat awal
mak dan bapanya x ambil kisah bila dia balik rumah dalam keadaan mabuk.itu yg membuat dia semakin kerap minum arak.saya hanya nasihat kan dia supaya berhenti minum dan dekatkan diri dgn tuhan.