Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Mei, 2013

Azmin keluar PKR? setuju 300%!

sumber SINI

Perkembangan menarik dalam PKR: Azmin Ali terlepas dari siasatan polis.

28 penceramah perhimpunan Pakatan di Stadium Kelana Jaya malam tadi akan disiasat, walaubagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terlepas dari siasatan kerna beliau bukan hanya tidak hadir, malah Azmin Ali turut senada dengan presiden Umno, Najib Razak yang menentang penganjuran perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat".

Sebaliknya Azmin Ali dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.
Difahamkan Azmin akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok). Ini Azmin sudah lain macam, selalu buat sidang media di Dewan Media di ibu pejabat PKR, kenapa pulak esok hendak buat di hotel?

P/S: Terkini Azmin diberitakan akan mengadakan sidang akhbar di  Dewan Media di ibu pejabat PKR.

Tiada ulasan: