Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Mei, 2013

Iya ke ini punca kekalahan PAS?



8 punca kekalahan PAS kata Mat Sabu

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Bukan sebab:

1. PAS berebut DUN dengan PKR.

2. Ahli PAS tak bergaul dengan masyarakat.

3. PAS sabotaj tak memberi undi kepada parti rakan2 kerana hendak menjadi dominan dalam jumlah kerusi negeri.

4. Calon2 PAS ketinggalan zaman.

5. Borang 13 tak tele dengan borang 14 pun bantai tandatangan jugak!

6. Mentang2 dah merasa pegang kuasa masing2 pakat bubuh kroni sebagai calon.

7.  Sikap Presiden PAS yang cenderung menyerang rakan2 menyebabkan penyokong PR luar parti manyampah lalu memboikot calon PAS terutama calon2 yang dilihat pro Hj Hadi.

8. PAS Kedah gagal menaikkan persepsi yang baik tentang kebolehan PAS mentadbir negeri dengan baik dan berkesan.

9. bla bla bla bla ........................ banyak lagi wooo!

2 ulasan:

Yong berkata...

Salam Chor

Yang 8 dalam senarai Mat Sabu tu betui. Yang miker senaraikan tupun betui jugak. Yang Rafiza kata ada pengundi hatu jugak betui.

So toksah le gaduh lagi.

Apapun, Yong paling menyampah orang yang guna agama dan mengaku ulama untuk memperlekehkan orang lain.

Hamdan Rukun berkata...

HE!HE!HE!

PRU14 NANTI PAS AKAN GHUYUB INSYAALLAH. BAIK HANGPA SIAP SIAP CARI ALASAN !