Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara.
Katanya, Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia.
Di zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W mengembangkan agama Islam, baginda berada di barisan hadapan dalam peperangan mempertahankan agama sehingga luka2 badan baginda.
Kena kat segelintir pimpinan PAS, macam2 alasan diberi. Kurang2 pun jangan la bagi stetmen yang merendahkan orang lain. Hormatilah perjuangan mereka!
Baca:
SHAH ALAM – Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.
Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.
“Bagaimana pun Pas tiada kuasa untuk menghalang kumpulan ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebuah portal berita melaporkan, sebuah NGO yang menggelar diri mereka Asal Bukan Umno (ABU) melalui jurucakapnya Haris Ibrahim, merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan seterusnya merampas Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara.
Katanya, Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia.
“Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menolak sebarang usaha menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan kerana cara tersebut akan menghumban negara ke kancah ketidakstabilan.
Setakat ini, sebanyak enam perhimpunan besar oleh mereka yang menggelarnya sebagai 'Himpunan 505' bermula daripada perhimpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas PRU13.
sinarharian
P/S: Democratic- istilah yg dicuri oleh US drpd eropah itu kepentingan kapitalis..democratic adalah selimut utk kapitalis utk mereka terus menguasai dunia terutamanya politik dan ekonomi.
4 ulasan:
Bhai Chor Sniper...
Ini semua bukan pejuang agama... tapi petualang agama... hahaha
Mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi .. janji orang respek.. janji orang lantik jadi ketua.. janji masyuk...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Kalau kata sokong jatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan dah lama dah Pas diharamkan. Kita guna psikologi sikit la. Tak lama dah. Tunggu sat saja lagi
Tunggu sat saja lagi bak kata orang asal sebatang rokok sahaja... sat hotak hang aiiih, satno Kedah. pun dah hilang..sat...sat. toksah dok sat ..sat lah no.....Dah 15 tahun dok dalam PAS terasa satno...dari tahun pertama hingga la ni dok tang tu juga. mana ada kemajuan bagi PAS, cuba try tengok rekod PAS sejak 20 tahun yang lalu. Pi mai pi mai tang tu la jugak no. 20 tahun lepas muka tu la jugak no... pas takdak orang lain lagi ka?
Bukan untuk merendah-rendahkan PAS dan pemimpin dalam PAS dikalangan ulama. Sebelum PKR wujud dan sebelum kesatuan dibawah pakatan rakyat wujud. adakah berlaku tsunami dan penyatuan dikalangan semua bangsa dibawah parti PAS dan DAP? Adakah kedua-dua parti ini begitu kehadapan memperjuangkan hak rakyat sehinggalah beberapa negeri yang dulu di dominan oleh BN telah jatuh di tangan PR. PAS tidak dilihat untuk menonjol untuk memperjuangkan hak rakyat dari sudut keadilan, ekonomi dan sebagainya dan hanya semata2 meletakkan perjuangan agama yang di'fahami' oleh umat melayu sahaja (itu pun sebahagian kecil melayu yang paham tentang islam) sedangkan malaysia dihuni oleh bangsa selain dari melayu.
Ubahlah penampilan dan cara berjuang tanpa mengorbankan agama! perlu progresif, aktif dan efektif dan bukan hanya bersikap sabar dalam semua keadaan dan perkara!
Catat Ulasan