Tapah aspirant: Cops pushed me out of counting hall
Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan
negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha
Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .
Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.
Vasantha Kumar berkata, lapan anggota
polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai
keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa
kotak peti undi .
Kotak –kotak peti undi yang hilang itu
tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan ,
undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak
undi bercampur.
“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.
Tambahan pula terdapat sejumlah kertas
undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula
kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer
Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.
Berikutan permintaan tersebut, pegawai
SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi
yang lain masih belum sampai.
“ Di masa yang sama saya telah meminta
91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan
memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak
ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.
“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M
Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya
memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara
beliau dan SPR.
Pertelingkahan adalah mengenai kertas
undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu,
keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.
Saya bertegas mahukan pengiraan semula
kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning)
merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.
“Apabila saya desak agar dokumen
tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah
mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari
dewan tersebut.
Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”
“Saya terkedu bila polis menolak saya 50
meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan
pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”
Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan
counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road
di luar dewan tersebut.
Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi
“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu
dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai
wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di
cerobohi.”
Beliau mendakwa pada ketika itu,
Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer
Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan
sedang di buat.
Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.
“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”
Setelah memasuki dewan tersebut,
Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan
borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal
menunaikan permintaan tersebut.
Dia memberitahu saya supaya mengambil
tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan
keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak
disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang
sahih.
Tidak lama kemudian, lebih kurang jam
1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua
kerusi Dun tersebut telah menang.
Kemenangan dua kerusi Dun tersebut
menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas
Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.
Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan