Antara perkara seperti terkandung dalam buku Aku Janji BN Kedah 2013
- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab
- Menaiktaraf semua pusat tahfiz
- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan
- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis
- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas
- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara
- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil
- Menaiktraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong
- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah
- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki
- Meningkat dan membaikpulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat
- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat
- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan kepakaran Kuin
- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf sepertimana yang layak mereka nikmati.
Dan sebagai bukti UMNO Kedah menunaikan akujanjinya untuk mensejahterakan rakyat Kedah. Padan muka orang Kedah! Kah Kah Kah! Baca:
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula
pentadbiran dari PR pada PRU13.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.
“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.
“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.
“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.
Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.
“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan