Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 Mei, 2013

Terengganu. Jeng jeng jeng!


KAH KAH KAH!


SHAH ALAM -  Terengganu bakal mengetahui calon menteri besarnya selepas pada majlis penerimaan watikah pelantikan dalam tempoh terdekat, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad yang dipetik di laman Facebooknya berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan pelantikan secara berperingkat untuk ketua menteri dan menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi parti komponen itu.

Menurutnya, masih ada beberapa negeri yang belum dilantik ketua menteri dan menteri besar untuk penggal yang baru ini.

"Memandangkan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu  kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini.

"Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Umno akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar," katanya, hari ini.

Beliau menambah, kelewatan ini turut berpunca daripada kesibukan Najib dalam menguruskan pelantikan menteri besar dan ketua menteri di negeri yang dikuasai BN.

Sebelum ini sejak 6 Mei lalu, beberapa negeri yang dikuasai telah diberikan watikah pelantikan menteri besar.

Dalam pada itu, Ahmad juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin.

Katanya, rakyat Terengganu perlu bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri Terengganu itu. sinarharian

Ni persoalan yang dibangkitkan pembaca:

 TAPI KENAPA MAJLIS ANGKAT SUMPAH PM DAN MB KEDAH SERENTAK JAM 4 PETANG, 6HB MEI, 2013. ....MACAMANA MB KEDAH DAPAT WATIKAH DARI PM SEDANGKAN NAJIB BARU JE SAH JADI PM? BILA MASA PM TANDATANGAN WATIKAH TUH, HAIRAN BIN AJAIB..... KENAPA SI MAT SAID NI NAK TUNGGU PM BUAT WATIKAH.......???PELIK TAPI BENAR

Najib sibuk????? atau ada kisah kat istana???? tak pa. nanti kita tahu juga    

 ha ha Sultan xmerestui la tu

2 ulasan:

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Nih aper yang gua tau... hehehe... Ader dua nama dari UMNO dihantar kat Sultan... tapi Sultan tolak...

PAS pon hantar 2 nama kat Sultan... tapi Sultan tolak gak.... hahaha

Jadi tengah tunggu Sultan nak panggil saper lagi layak mentadbir Terengganu...

Aper pon.... watikah Mukhriz tue Najib dah tandatangan masa Najib jadi PM Sementara lar... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

TheSniper berkata...

Uik? PAS pun hantar nama? guane tuh?