Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Mei, 2013

Harga getah naik, BN bijak. Harga turun? BN Bangang!


Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu.

Menteri tunjuk prihatin masa harga getah naik. Sekarang depa pegi mana? Tionaseng!



BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.

P/S: aku "padan muka" je pada pengundi melayu luarbandar yang setia mengundi UMNO. "Biar kami miskin asalkan melayu yang perintah negara!". hahaha... lancau la!

 

Tiada ulasan: