Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Oktober, 2013

ANALISA PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS SESI 2013-2015







Pas merupakan parti yang paling sengit dalam pertandingan jawatan tertinggi parti termasuk Timbalan Presiden Pas. Ini petanda yang sihat bahawa ahli-ahli Pas sentiasa mahu melantik pemimpin yang terbaik dan tidam terikat dengan doktrin 'dilarang langkah bendul' dalam budaya kepemimpinan parti.

Salahuddin Ayub sudah memberi gambaran bahawa beliau akan menarik diri manakala Mohamad Sabu dijangka akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden. Diberitakan bahawa Tuan Ibrahim telah mendapatkan pencalonan tertinggi diikuti Husam Musa. 

Satu nama baru muncul selepas PRU13 telah mendapat perhatian perwakilan kawasan iaitu Mohd Amar yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Rekod beliau dalam muktamar ialah kalah dalam pertandingan Naib Presiden. Berdasarkan pemerhatian kasar, ramai menganggap beliau terlalu awal untuk melangkah ke pertandingan Timbalan Presiden. Walau bagaimanapun, populariti beliau kini sedang meningkat dalam kalangan ahli-ahli Pas.

Husam telah belajar sesuatu dalam muktamar ke-55 apabila penyertaan beliau dalam pemilihan Timbalan Presiden membawa kepada pertandingan 3 penjuru dan memihak kepada Nasharuddin Mat Isa (Mat Sabu turut kalah). Semasa muktamar ke-57, giliran Tuan Ibrahim pula untuk belajar sesuatu apabila berlaku pertembungan 3 penjuru dan Mohamad Sabu menang tipis (Nasharuddin Mat Isa kalah).

Jika Mohamad Sabu tetap mahu mempertahankan jawatannya, Husam tidak akan mengulangi kesilapannya, dijangka akan berkompromi dan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden. Risiko kekalahan di kerusi Timbalan Presiden tidak akan diambil kerana ia akan menambahkan lagi perit beliau setelah tidak dilantik menjadi Exco kerajaan Kelantan.

Suara akar umbi mahu Tuan Ibrahim naik ke kerusi Timbalan Presiden terlalu kuat meskipun akhir-akhir ini beliau kelihatan tidak yakin untuk ke situ. Beliau tidak mempunyai pilihan lain selain dari mengesahkan pencalonan. Rata-rata perwakilan seperti sudah membuat keputusan bahawa beliau adalah bakal Presiden Pas seterusnya. Menyedari hakikat ini, Mohd Amar akan berkompromi dan mengambil pengajaran daripada situasi Muktamar pemilihan ke-57.

Muktamar ke-57 menyaksikan Mohd Sabu mendapat 420 undi, Nasharuddim Mat Isa 224 undi dan Tuan Ibrahim 399 undi. Jika berlaku pertembungan 2 penjuru antara Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, Tuan Ibrahim akan mendapat laluan mudah daripada perwakilan.
 

sumber

Tiada ulasan: