Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Oktober, 2013

Calon AJK PAS Pusat sessi 2013-2015.




Muktamar Pas ke-59 menyaksikan seramai 97 nama layak untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2013-2015. Pertandingan ini bertujuan untuk mengisi 18 kerusi AJK Pas Pusat. Seramai 12 orang muslimat telah dicalonkan manakala seramai 37 orang Ahli Parlimen dan Ahli Dun turut tersenarai sebagai calon. Sekitar 30 peratus calon terdiri daripada yang berlatar belakang pengajian agama dan selebihnya adalah ahli dalam pelbagai bidang.

Faktor pencalonan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencalonan dari kawasan-kawasan. Antaranya ialah berdasarkan kepada populariti seseorang individu terutamanya pasca PRU13. Mereka yang terlibat dalam isu-isu yang spesifik Negara telah mendapat perhatian dari perwakilan Kawasan. Ini termasuklah YB-YB yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN. Faktor pencalonan juga adalah usaha perwakilan kawasan untuk menghantar pemimpin-pemimpin Negeri masing-masing ke Pusat. Selain itu adalah faktor peralihan fasa kepemimpinan dari pemuda ke peringkat pusat. Sekitar 15 nama pemimpin dan bekas pemimpin pemuda turut tersenarai sebagai calon yang layak bertanding.

Dijangka sebahagian besar daripada nama-nama ini akan menarik diri daripada bertanding. Antara faktornya ialah berkait dengan usia dan kesediaan untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis. Antaranya ialah Dato’ Mustafa Ali dan Dato’ Wan Abdul Rahim. Beberapa nama yang sudah mengesahkan pencalonan dalam pertandingan dewan-dewan juga mungkin akan menarik diri seperti Suhaizan Kayat, Dr. Raja Ahmad Iskandar dan Kamaruzaman Mohamad. Kemungkinan juga ada beberapa nama akan menarik diri kerana merasakan tidak memenuhi kapasiti untuk berfungsi di peringkat pusat dan bersaing dengan nama-nama besar dalam Jemaah.

Faktor pemilihan

Menjadi trend dalam pemilihan AJK Pas Pusat apabila nama-nama yang terlibat dalam keputusan/perubahan penting di peringkat Negara akan mendapat perhatian perwakilan. Contohnya dalam Muktamar Ke-55 (Sesi 2009-2011), faktor PRU12 dan kemenangan 5 Negeri Pakatan Rakyat memainkan peranan penting. Perlantikan YB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (mendapat undi tertinggi) dan Almarhum Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar Perak dan Kedah telah melonjakkan populariti mereka dalam kalangan perwakilan. Begitu juga Dr. Hassan Ali yang menjadi Exco kanan kerajaan Selangor dan Almarhuman Dr. Lo' Lo' yang memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa (Kejutan apabila Pas mula memenangi hati pengundi di Kuala Lumpur) ketika itu turut mendapat perhatian. Faktor yang sama juga berlaku dalam Muktamar Ke-57 (sesi 2011-2013).

Berdasarkan faktor ini, beberapa nama seperti YAB Dato’ Ahmad Yaakob yang baru saja dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dan YB Ustaz Nasrudin Hassan yang berjaya mengalahkan Timbalan Menteri di Parlimen Temerloh, bakal mendapat perhatian para perwakilan.

Disamping faktor prestasi pemimpin tertentu dalam kerajaan PR, faktor penglibatan dalam isu tertentu juga menarik perhatian perwakilan. Contohnya Mazlan Aliman (mendapat undi tertinggi) yang berjaya membawa isu Felda dengan baik. Perwakilan akan melihat faktor penglibatan individu dalam pengolahan sokongan rakyat dalam PRU13 yang lalu. Prestasi dan komitmen calon dalam isu tertentu secara khusus akan memberi reflek kepada aura kepemimpinan dalam parti.

Begitu juga dengan prestasi cemerlang dalam menggerakkan lujnah parti. Contohnya kejayaan Dr. Mujahid Yusof Rawa menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas dan kerancakan aktiviti Lujnah Perpaduan Nasional yang beliau pimpin. Demikian juga lajnah Kebajikan Pas Pusat yang dipimpin oleh Dr. Siti Mariah Mahmud.

Trend pemilihan yang berlaku dalam Muktamar ke-55 dan ke-57 dilihat agak seimbang, AJK Pas Pusat terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kedua-dua sesi kepemimpinan terdiri daripada 45% berlatar belakang agama dan 55% berlatar belakang bidang-bidang lain. Untuk Muktamar ke-59, dijangka majoriti calon yang berlatar belakang agama akan menerima pencalonan ini bagi mengimbangi persaingan kepelbagaian latar belakang calon AJK Pas Pusat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009-2011

1. YB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin – 854
2. Ustaz Idris Ahmad – 799
3. YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – 769
4. YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 653
5. YB Datuk Dr Hassan Ali – 642
6. YB Dr Hatta Ramli – 638
7. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – 637
8. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – 622
9. Peguam Mohamad Hanipa Maidin – 619
10. YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah – 606
11. YB Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali – 589
12. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
13. YB Dr Dzulkefly Ahmad – 576
14. YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – 530
15. YB Ustaz Hashim Jasin – 522
16. Mazlan Aliman – 513
17. YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib – 508
18. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa – 448


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2011-2013

1. Mazlan Aliman – 804
2. YB Dr Hatta Ramli – 765
3. YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – 739
4. Mohamad Hanipa Maidin – 735
5. YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 721
6. YB Dr Dzulkefly Ahmad – 702
7. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa – 651
8. YB Khalid Samad – 643
9. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – 579
10. YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah – 576
11. YB Mohd Abd Wahid Endut – 556
12. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – 527
13. YB Dato’ Mohd Amar Abdullah – 470
14. Dato’ Dr Mahfodz Mohamad – 449
15. YB Dr Siti Mariah Mahmud – 445
16. YB Datuk Dr Hassan Ali – 642
17. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – 584
18. Ustazah Noridah Salleh – 416


sumber

Tiada ulasan: