Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Oktober, 2013

Sisi gelap politik. Jom baca!



Warlord ialah istilah untuk mereka yang berkuasa dalam sebuah organisasi terutama politik. Kalau masuk politik, akan ada warlord-warlord. Tak kira dalam mana-mana politik, UMNO, PAS, PKR, atau DAP. Ini ialah hakikat yang semua perlu belajar. Politik bukan dunia untuk orang yang lurus. Mahu berdiri di atas, paling atas, anda harus berdepan dengan warlord-warlord dalam sebuah organisasi politik. Berkawan dengan mereka mungkin memberi anda peluang, tetapi menjatuhkan mereka juga perlu untuk anda berdiri di atas sekali.

Dalam sejarah dunia pun, warlord pasti akan ada dan muncul. Pada zaman penghujung Han, selepas kegagalan revolusi Yellow Turban Rebellion, munculnya warlord-warlord yang sebelum ini menjadi penjilat kepada Maharaja Han. Dan warlord-warlord inilah yang berperang antara satu sama lain.

Pada zaman penghujung Tang, juga merupakan zaman terdapat banyaknya warlord. Di mana China telah lahir satu fasa yang dikenali sebagai Zaman Lima Dinasti dan Fasa 10 kerajaan, konflik yang lebih hebat daripada Zaman Tiga Kerajaan, yang melibatkan Shu, Wei dan Wu.

Pada zaman Revolusi China, apabila bangsa China mahu menggulingkan maharaja terakhir CHINA daripada bangsa Manchuria, yang menggerakkan pemberontakan itu juga merupakan warlord-warlord. Mereka merasakan sudah masanya orang Han sendiri yang memimpin China kembali daripada bangsa luar seperti Manchuria yang datang dari kawasan antara Mongolia dan Semenanjung Korea.

Zaman Warring State di Jepun, Jepun juga terbahagi kepada konflik antara warlord-warlord yang berperang antara satu sama lain. Oda Nobunaga, manusia yang menyatukan seluruh Jepun juga merupakan warlord.

Di Korea juga tidak ketinggalan di mana warlord-warlord memainkan peranan dalam situasi politik negara mereka. Ketika zaman tahun-tahun terakhir Kerajaan Silia, kita dapat melihat di mana lahirnya beberapa orang Warlord. Korea huru-hara sehinggalah Dinasti Goryoe menyatukan kembali seluruh Korea.

Di eropah juga tidak ketinggalan apabila warlord-warlord di eropah inilah yang menyebabkan eropah memasuki era kegelapan selepas kejatuhan Empayar Rom Barat. Zaman perang seratus tahun di Perancis dan telah banyak memainkan peranan dalam kebangkitan Kerajaan Scotland.

Warlord memainkan peranan yang besar dalam sejarah politk dunia sebenarnya. Dan di Malaysia turut sama. Sesiapa yang sudaH mahir dalam politik atau merupakan orang lama tahu mengenai perkara ini. Warlord ada di mana-mana. Mereka mempunyai pengaruh dan pengikut. Jika mahu naik dengan cepat, anda harus berdepan dengan warlord-warlord. Perlahan-lahan, anda mungkin dapat mengelakkan warlord dalam organisasi politik moden.

Tetapi, ada seorang manusia yang telah mengejutkan dunia dalam menewaskan para warlord-warlord dalam dunia politik. Dia naik memijak kepala-kepala "orang lama" yang boleh dikatakan sebagai warlord. Dia naik dengan pantas, menabur wang dan sebagainya. Dan akhirnya, dia dijatuhkan juga. Dia cuba menjatuhkan orang yang menaikkannya, orang yang telah memaksa para warlord yang telah lama menunggu jawatan yang diidamkan memberi ruang untuknya. Tetapi ALLAH maha besar...



SUMBER

Tiada ulasan: