Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Oktober, 2013

Panas. FELDA bercadang memajak tanah peneroka!

Tanah milik peneroka. Yang memajak FELDA. Yang dapat duit FELDA atau peneroka?


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapatnya perancangan Felda untuk menjejaskan kehidupan peneroka tanah rancangan itu.

Pihak pengurusan Felda dalam proses memujuk peneroka Felda memajak tanah milik mereka selama 30 tahun.

Laporan polis dibuat Ketua Penerangan Anak, Nazara Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau dalam laporannya mengadu berasa bimbang tanahnya akan tergadai kerana berdasarkan maklumat daripada taklimat yang dihadiri, Felda akan mengambil alih tanah peneroka secara pajakan untuk tempoh 30 tahun.

Pajakan perlu didaftar di Pejabat Tanah dan geran berasingan akan dikeluarkan yang memihak kepada Felda.

Taklimat tersebut dibuat pegawai Felda kepada peneroka di Felda Kemahang 1 Kelantan, di Felda Sungai Tengi Selangor dan di Felda Teloi Kanan, Kedah.

"Kalau kita sebagai pemegang pajakan selama 99 tahun boleh gadaikan tanah untuk maksud pinjaman, begitu juga Felda boleh gadaikan pajakan dengan mana-mana bank atau pihak ketiga untuk mendapatkan pinjaman.

"Berdasarkan maklumat ini saya bimbang tanah saya akan dilibatkan dengan penggadaian," kata beliau dalam laporan tersebut.

Menurut beliau juga, Felda melanggar sekatan yang menetapkan bahawa tanah tidak boleh dijual, dipajak atau digadai kepada mana-mana pihak melainkan degan kebenaran daripada Kerajaan Negeri.

"Felda masih berdegil untuk mendapatkan pajakan tanpa menghiraukan sekatan tersebut.

"Saya yakin hasrat utama Felda adalah untuk gadai tanah peneroka kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman.

"Kalau tanah sendiri telah dipajak dan perjanjian penyelenggaraan diserah hak, maka apa gunanya terus memajak tanah peneroka kalau bukan untuk salah guna?" katanya.

Justeru beliau meminta pihak polis menyiasat proses pengambilalihan tanah peneroka ini.

"Saya bimbang kesan gadaian sekiranya pinjaman dibuat daripada pihak bank dengan disandarkan pajakan peneroka, maka bank boleh sekiranya kegagalan untuk membayar pinjaman di pihak Felda, kemungkinan pihak bank melelong tanah peneroka yang dipajak kepada Felda," katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden Anak, Mazlan Aliman, penasihat ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop dan peguam Anak, Haris Abdullah.

Bercakap kepada pemberita di luar balai polis, Mazlan berkata, siri jelajah Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan di Bandar Jengka, Pahang pada 12 Oktober ini bagi memberi penerangan kepada peneroka agar tidak memajakkan tanah mereka.

"Atas tanggungjawab mempertahankan hak peneroka dari ditipu dan diperdaya, maka roadshow Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan di Bandar Jengka 12 oktober ini dan akan diikuti penerangan ke seluruh Felda," katanya.

Tiada ulasan: