Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Jun, 2013

Berita baik! Jom join gabungan kiri!


Pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".



Kongres ke-15 Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berakhir hari ini memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Rakyat bagi menyertai gabungan tersebut.

"PSM sedia terus dialog dengan Pakatan atas dasar saling hormat-menghormati," laman Twitter parti itu dipetik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (bawah) sewaktu dihubungiMalaysiakini bagaimanapun menjelaskan, penyertaan parti itu ke dalam Pakatan bukan terletak di tangan PSM kerana ia memerlukan kelulusan Pakatan Rakyat sendiri.

arutchelvan psm interview 010208 banner"Jadi kami akan teruskan rundingan dan ia (penyertaan ke dalam Pakatan) bergantung kepada hasil rundingan itu," katanya.

Namun tegasnya, pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".

Kongres tiga hari bermula pada 28 Jun lalu di Cameron Highland itu antara lain turut membuat ketetapan menukar sistem keahlian daripada sistem keahlian terkawal kepada sistem keahlian terbuka.

Kongres parti beraliran kiri itu juga juga turut memutuskan agar PSM bertanding menggunakan logo mereka sendiri dalam pilihan raya umum akan datang.

sumber

Kuala Besut. Haru biru telah bermula!



Dari PAS

Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.


Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM – Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya pada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.

Dari PKR
"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.

"... ianya tidak mustahil untuk PKR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.
PRK K.Besut kritikal, sangat penting, kata Azmin

Azmin Ali
Azmin Ali
KUALA LUMPUR - PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.

Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.

"Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.

"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.

"... ianya tidak mustahil untuk PKR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.

Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.

"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

"Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.

Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.



Ahli PAS wajib baca. Antara Islam, Sosialis, Liberal: PAS di mana?



Telah berlangsung baru-baru ini satu forum dengan tajuk “Islam, Sosialis, Liberal: PAS di mana?” menampilkan para pemikir dari beberapa buah parti politik sebagai panelis. 

Seorang teman yang turut hadir sempat berseloroh, bertanya mengapa para panelis dari pelbagai parti politik tanah air dijemput untuk mencari jawapan di mana kedudukan parti politik yang satu lagi.

Sudah tentu di sebalik tajuk itu ada kaitannya dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum pilihan raya umum. Salah faham berkaitan kerusi, kemudian terjerumus menjadi pergeseran tentang ideologi. Apakah forum itu mahu merungkai pendirian dan ideologi beberapa parti politik di Malaysia atau membuka ruang menilai ideologi dan pendirian PAS? Pasti itu antara tanda tanya yang menyebabkan dewan penuh pada malam itu.

Panelis forum malam itu terdiri daripada Khalid Jaafar, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR; Dr Nasir Hashim, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM); Hishamuddin Rais, wira bicara yang sering memperkenalkan diri sebagai non-governmental individual, Al-Mustaqeem Rodhi, Setiausaha Perhubungan Pejabat Parlimen DAP dan Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat.

Khalid membuka gelanggang dengan mengingati “end of ideology” Daniel Bell dan tesis Francis Fukyama tentang “end of history”, yakni demokrasi liberal adalah penghujung kepada evolusi ideologi manusia. Bagi Khalid, pada akhirnya demokrasi liberal merupakan bentuk kerajaan yang akan meliputi seluruh dunia. Sudah tentu bertentangan dengan ramalan Karl Marx bahawa pertembungan dalam sejarah akan berakhir dengan komunisme menggantikan kapitalisme.

Membawa contoh semasa, Khalid mengatakan bahawa semua parti yang demokratik di dunia sekarang adalah mesra pasaran. Tanpa menafikan wujud kelompok yang masih memperjuangkan ideologi kiri – sosialisme atau komunisme – beliau melihat kelompok itu sebagai tidak signifikan. Mungkin itu juga isyarat tersembunyi yang dilontarkannya bahawa PAS sendiri tidak dapat lari daripada menjadi mesra pasaran. Melainkan PAS mahu melihat “end of PAS”.

Dr Nasir, yang gagal mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara yang dimenanginya pada PRU 2008 kerana telah dicabar oleh calon PAS pada bulan Mei lalu sehingga menyebabkan BN merampas semula kerusi itu, tidak setuju dengan gagasan Fukuyama yang dibawa Khalid. Namun tidak pasti sama ada beliau mahu meraikan PAS atau cuba mendakwah PAS kepada sosialisme kerana pemimpin PSM tersebut mempertahankan sosialisme dengan hujah al-Qur’an!

Memetik ayat kelima dari surah al-Qasas, “Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”, Dr Nasir menjelaskan dalam al-Qur’an sendiri telah menyebut tentang dialektik, perjuangan kelas yang berakhir dengan mereka yang tertindas (kaum miskin) memerintah dunia.

Beliau seolah menjawab Khalid yang sebelum itu memetik tentang hisbah dari Ibn Taimiyyah dan mafhum hadis bahawa hanya Tuhan menentukan harga bagi menjustifikasi kewujudan pasaran bebas atau kapitalisme.

Tanpa membawa hujah Quran, hadis atau nas-nas agama, Hishamuddin Rais melibaskan kata-kata bahawa pertembungan ideologi dan politik tidak melibatkan agama.

Menurut beliau agama adalah keyakinan (iman) di mana daerah rasional bukan padang permainan untuk keimanan. Ideologi adalah hasil akal rasional dan sentiasa boleh diperdebat dan dipersoal. Berbeza dengan iman, sekiranya Tuhan menyuruh sembahyang lima waktu mana boleh ditanya mengapa tidak dua waktu. Perkara itu harus terus diimani, kata Hishamuddin.

Seorang kapitalis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi; begitu juga seorang sosialis boleh saja seorang Muslim, Kristian atau Majusi. Namun ideologi yang membezakan corak dan cara hidup serta amalan duniawi mereka. Bagi beliau, hanya Marx yang berjaya menjelaskan kepada beliau kekayaan itu datang dari mana, yakni lebihan ekonomi yang dihasilkan kaum buruh.
Mustaqeem mengambil pendekatan berbeza, dengan mempersoalkan tajuk forum itu sendiri. “Apakah mahu bicara tentang PAS atau membicarakan (menghakimi) PAS?” Beliau menceritakan persepsi dan pengalaman beliau berkenalan, berkawan, bersahabat dengan PAS, lalu menyatakan mustahil sesiapa dapat memahami PAS dengan tepat hanya melalui pembacaan.

PAS itu sendiri dilihat sebuah parti yang dinamik seperti mana parti-parti politik lain. Boleh dikatakan setiap parti politik itu belum lagi mendapat bentuk akhir, sentiasa terbuka dan berinteraksi dengan keadaan semasa. Maka yang penting sekali bukanlah di mana PAS tetapi ke mana?

Segala perhatian tentu sekali akhirnya dipusatkan kepada Dr Mujahid selaku wakil dari PAS. Dr Mujahid kekal mengambil pendirian kebiasaan pejuang dari gerakan Islam, bahawa dalam pertembungan antara ideologi-ideologi, PAS mengambil jalan pertengahan antara keduanya. Tidak memusuhi kekayaan namun tidak lupa membantu mereka yang miskin. Rasanya hampir setiap parti politik yang berkuasa/mahukan kuasa akan memilih jalan pertengahan.

Jadi apa yang membezakan mereka dengan PAS? Seperti kebanyakan gerakan Islam, tentu sekali agama Islam yang menjadi rujukan, sandaran dan motivasi gerakan mereka. Mengingatkan kepada tulisan lama seorang pemerhati politik Islam, Dr Maszlee Malik, ia menyebut bahawa “homo-Islamicus” (manusia Islam) itu secara semulajadinya warga politik. Ini kerana penganut ajaran Islam mempunyai misi keadilan, keamanan dan melakukan pembaikan. Namun Islam yang dijadikan sandaran itu pula dalam bentuk tafsiran yang bagaimana?

Sungguhpun Dr Mujahid menggambarkan seorang ahli PAS dengan pemikiran pertengahan dan demokratik, dan sikap itu dikatakan datang daripada tafsiran Islam yang paling jernih, timbul pula persoalan tentang bagaimana dengan mereka yang turut menjadikan Islam rujukan namun memiliki tafsiran berbeza, malah turut merasakan tafsiran mereka itu paling jernih?

Maka ada betulnya kata salah seorang panelis bahawa pertembungan idea itu jangan dilihat cuma wujud di antara parti-parti politik. Malah pertembungan dalaman itu juga wujud di dalam setiap parti politik. Apakah pertembungan ini mahu dilihat dalam bentuk lurus persis Fukuyama yang melihat ada penghujungnya, atau mahu pesimis seperti Ibn Khaldun yang melihat sejarah itu satu putaran?

Menolak realiti semata-mata kerana andaian kononnya sudah berakhir “sejarah” tidak memberi apa-apa makna. Seolah sama sikapnya dengan menolak “pasaran” kerana ia dianggap bertentangan dengan ideologi. Memang satu forum tidak menyelesaikan apa-apa namun perlu diteruskan dalam apa jua bentuk untuk menghuraikan dengan lebih lanjut lagi.
Sekalung penghargaan buat Free Public Forum Malaysia atas kesudian anjuran forum tersebut. 

sumber

29 Jun, 2013

Pengundi muda akan bersama PSM lawan BN/PR PRU14!



Pakatan tikam belakang kami, dakwa Dr Nasir

 
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.

"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

"Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.

"Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya.

Serah DUN atas 'dulang emas'
Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

"Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya.

"Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan," katanya.

Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan "bersendirian" mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara.

"PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas.

"Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?" katanya.

PAS Perak lebih lawak dari Achey?





Perak hantar pakar tawan Kuala Besut



Perak hantar pakar tawan Kuala Besut
Laporan muka depan Sinar Harian semalam.
IPOH - Pas Perak akan menghantar jentera mengikut kepakaran masing-masing bagi membantu Pas Terengganu menjalankan gerak kerja pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al Amin berkata, pihaknya akan memastikan memberi sumbangan tenaga kerja secara maksimum untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Menurutnya, keputusan PRK Dun Kuala Besut amat penting dari segi perubahan kerusi antara BN dan Pas kerana kedua-dua parti berkenaan hanya mempunyai perbezaan dua kerusi.

“BN memiliki 17 kerusi manakala PR memenangi 15 kerusi Dun pada PRU13 lalu dan tidak mustahil kerusi itu boleh berubah pada PRK ini.

“Kami yakin melalui usaha yang dijalankan, tidak mustahil kami mampu memenangi kerusi Dun Kuala Besut pada PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong setelah penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada Rabu lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat komplikasi paru-paru.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan mengadakan PRK di kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

Beliau mewakili Perhubungan Pas Perak turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada BN di atas kematian Dr A Rahman

Pas Perak,, sebelum ini pun,, sewaktu duk sibuk kempen PRU13 yang lalu,,, banyak tindakannya yang kita duk nampak seperti menghentam umno dan Zambry,, tetapi disebalik itu seolah-olah memperbetulkan apa kesalahan yang Zambry lalukan,,

Tak sempat-sempat lagi terus buat sidang akhbar,,, senyum lah Zambry,, Pas tolong memperbetulkan kesalahannya,,, sepatutnya tunggulah saat dan ketikanya...

Pas Perak sepatutnya banyak kerusi yang boleh dimenangi dari Umno,,, tetapi itulah,,,, pengundi bukan melayu mungkin ia tak kisah siapa calon Pas,, tetapi pengundi melayu,,, faktor calon kena ambik kira.... tolonglah..... 

Memang Umno dan Spr menipu dlm PRU13 yang lalu,,, tetapi kalau penipuan mereka tak diizinkan Allah, mereka boleh mennag atau tidak?.... 

Masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan oleh Pas Perak,, berilah peluang pada calon-calon tokoh pemuda yang ada potensi untuk jadi pemimpin,,, dan tak semestinya ulama...

Bak kata kawan aku Manjungmari:

Tolonglah.. Pas Perak janganlah duk buat lawak ! Malu weeii...

Sekadar menang satu kerusi baru di Dun Sungai Rapat, tetapi 3 kerusi Pas di Changkat Jong, Pasir Panjang dan Lubok Merbau Pas gagal mempertahankan,,

hahaha

Sharizat Jalil bakal dilembukan!



Klu sudah bagi!

Ketua Wanita Umno Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, pertandingan merebut dua jawatan tertinggi parti itu tidak akan membawa perpecahan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987 lalu.


Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, pertandingan merebut dua jawatan tertinggi parti itu tidak akan membawa perpecahan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987 lalu.

Menurutnya, ahli-ahli Umno tahu apa yang terbaik untuk parti dan suasana hari ini amat berbeza dengan keadaan 26 tahun lalu.

“Hari ini, gandingan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling mantap dan terbaik. Mereka bergerak seiring dan sejalan.

“Saya menggesa semua ahli Umno menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti. Semua ahli sedar akan pentingnya perpaduan dalam parti,” katanya semalam.

Dr Mashitah turut mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa semua jawatan dalam parti boleh dipertandingkan, dan ia menjelaskan kekeliruan yang muncul di kalangan akar umbi.

Katanya, kenyataan ini jelas membuktikan Umno sebuah parti yang sering mengamalkan demokrasi.

“Soal beberapa bahagian Umno meluluskan usul supaya presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan juga tidak bercanggah dengan perlembagaan parti. Itu juga amalan demokrasi,” katanya.

"Ciss! Kau jangan berangan-angan Mashitah!"



PAS yakin menang Kuala Besut




Tidak mustahil PAS menang PRK Kuala Besut

Harakahdaily,28 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kemenangan bukan suatu perkara yang mustahil dalam suatu pilihan raya kecil (PRK), kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Ini, katanya kerana PAS mempunyai pengalaman dan pernah menang pada PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Yang penting, kata beliau, apa juga strategi yang digunakan, matlamat PAS adalah untuk meningkatkan undi dan menjadikan undi PAS lebih banyak daripada BN.

"Kita nak tambah undi kita. Kita berusaha ke arah menambahkan undi kita. Tambah undi, kena undi kita lebih banyak dari BN. Kita akan sepakat seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

“Cara-cara kempen itu, cara biasa dalam pilihanraya untuk mendapatkan undi rakyat," jelasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengenai PRK Kuala Besut yang bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut ekoran kematian wakilnya, Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Oleh itu, beliau mahu supaya seluruh cawangan, jentera dan ahli-ahli PAS, khususnya di kawasan Besut dan Dun Kuala besut supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi PRK Dun berkenaan.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata walaupun menurut rekod PAS hanya menang dua kali di Dun Kuala Besut tetapi tidak mustahil PAS boleh mencipta sejarah dan menang buat kali ketiga.

"Bukan perkara yang mustahil untuk menang kali yang ketiga. Apa yang berlaku sekarang ini, bukan sahaja Kuala Besut, Dun-dun lain pun begitu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat PAS negeri di Kuala Terengganu, semalam.

P/S: Iya la tu. Sama la kat Perak. Saksikan di bawah analisa PRU13 aku vs analisa pengarah pilihanraya PAS Perak. 


Analisa The Sniper

Analisa PAS Perak


28 Jun, 2013

Seorang blogger jadi taruhan PSM di Kuala Besut!






Parti Sosialis Malaysia hari ini mengumumkan akan meletak calon dalam PRK Kuala Besut yang akan datang. Laporan Malaysiakini hari ini menyebut, seorang penganalisis politik, Sdr. Afandi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Matsamankati, akan diumumkan sebagai calon PSM.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam wawancaara dengan akhbar Sinar Harian hari ini turut menyatakan bahawa PKR bersedia untuk meletakkan calon mereka. (Beritadisini)
“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.


Seminar pemikiran Ustaz Fadzil Noor di sabotaj!





















SAYA PUN TIDAK TAHU, SEBAB APA?

SEMASA PERINGKAT AWAL POSTER SEMINAR PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOR TELAH DI SABOTAJ DENGAN DI EDIT BEBERAPA PERKARA, KEMUDIAN DIPUBLISH KE WATHSAAP SERTA FACEBOOK.

HARI INI HJ MUHAIMIN SULAM, SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK, SELEPAS SELESAI MESYUARAT HARIAN NEGERI CALL DAN BERTANYA SAYA "SEMINAR JADI KE???"

SAYA BERITAHU, "JADI" DAN BERTANYA BALIK , "SEBAB APA TANYA BEGITU?"

DIA BERITAHU, KETUA MUSLIMAT PAS PERAK TUNJUK, "SMS DALAM HP BELIAU MEMAKLUMKAN SEMINAR PEMIKIRAN USTAZ FADZIL DITANGGUHKAN"

AKU JADI TERLALU HAIRAN MENGAPA MEREKA BENCI SANGAT DENGAN USTAZ FADZIL NOOR??, PAS KUALA KEDAH MENGANJUR SEMINAR INI SEMPENA 11 TAHUN BELIAU MENINGGALKAN KAMI SETELAH MENJADI YANG DIPERTUA PAS KUALA KEDAH SEJAK TAHUN 1980 HINGGA 23 JUN 2002 IAITU SELAMA 22 TAHUN. IANYA AMAT NOSTALGIC BAGI KAMI DAN BAGI KEBANYAKKAN AHLI SERTA PIMPINAN PAS YANG MENGENALI BELIAU. OLEH SEBAB ITULAH MAKA SEMINAR INI DIADAKAN UNTUK MENGGALI PERMATA PEMIKIRAN YANG DITINGGALKAN OLEH BELIAU, NAMUN ADA YANG CUBA BERTINDAK NAKAL, SAYA PUN TIDAK FAHAM?

DENGAN INI SAYA MAKLUMKAN SECARA RASMI SEKALI LAGI SEMINAR PEMIKIRAN USTAZ HJ FAZIL MOHD NOOR BERJALAN SEPERTI DIJADUALKAN PADA:

29 JUN 2013, SABTU,
PENDAFTARAN JAM 8.30 (RM30.00 SEORANG)
DI STARCITY HOTEL, JALAN PINTU 10, OFF JALAN PUTRA, ALOR SETAR.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

ARIS AWANG
SETIAUSAHA PAS KAWASAN KUALA KEDAH


sumber