Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Julai, 2013

3 petisyen PR Perak ditolak!


Setakat ni yang terlibat ialah petisyen dari DUN Lubuk Merbau, Pasir Panjang, Manong.

Alasan macam biasa. Kesilapan teknikal. Hampeh!

Mahkamah P/raya Tolak Petisyen PAS Batalkan Keputusan DUN Manong, DUN Pasir Panjang


BATU GAJAH, 30 Julai (Bernama) -- Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan DUN Pasir Panjang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menolak petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos.

Bagi kawasan DUN Manong, Abang Iskandar mengarahkan pempetisyen iaitu calon PAS Jamil Dzulkarnain membayar kos RM40,000 masing-masing kepada responden pertama iaitu Adun Manong Mohamad Kamil Shafie dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, seorang pengundi Shamsul Sakri Che Din membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama Adun Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga, SPR.

Bagi satu lagi petisyen DUN Pasir Panjang yang turut difailkan oleh seorang pengundi Hamidun Zakaria, mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk keputusan bantahan awal petisyen berkenaan.

Pada PRU13, Mohd Kamil memperoleh majoriti 231 undi mengalahkan calon PAS Jamil Dzulkarnain bagi DUN Manong manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.

PAS diwakili barisan peguam yang diketuai G.K Ganeson manakala responden pertama bagi DUN Manong dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam yang diketuai Abu Bakar As Sidiq.

Responden kedua bagi DUN Manong diwakili Peguam Kanan Persekutuan DonaldJoseph Franklin manakala responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajuddin.

-- BERNAMA

P/S: Mungkin ini sebab manusia semakin cenderung menyelesaikan masalah dengan pistol kot? Kalau masuk mahkamah tak setel!

1 ulasan:

Unknown berkata...

apa dia "Kaedah 9 dan Kaedah 34" Mahkamah Pilihan Raya tu, brader, smaapai semua kes kantoi depan pintu aje?

Kalao dapat tangkap red-handed those culprits pun rasanya mahkamah sama akan tolak mentah mentah-2 aje kes cenggini...apa la nasib!

Kita tunggu pengadilan & keputusan di mahkamah Allah Azzawajalla saje ler.