Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

18 Julai, 2013

Musa Aman tekong IC palsu Sabah?




Seorang bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah Dr Chong Eng Leong mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman juga terlibat dalam 'Projek IC'.

Chong yang pernah mengarang buku berhubung Projek IC itu mendakwa, Musa mempengerusikan satu jawatankuasa bertindak pada 1991 yang dirancang untuk mendaftar warga asing sebagai anggita Umno selepas pemberian kewarganegaraan.

“Apabila Umno mula memasuki Sabah, pasukan bertindak ini ditubuhkan dan ketuanya tidak lain selain Musa Aman sendiri,” kata Chong kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu imigran Sabah hari ini.
Sama dengan dakwaan yang dibuat oleh ahli politik pembangkang Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di RCI semalam, Chong juga berkata projek IC dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah penduduk Islam di Sabah.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kaum atau agama. Ini semata-mata politik," katanya, sambil menegaskan bahawa peningkatan mendadak penduduk Melayu di Sabah membolehkan Umno bertapak di di negeri itu.

Menurut Chong, di antara tahun 1970 dan 2000, dalam tempoh 30 tahun, penduduk Melayu di Sabah menyaksikan kadar pertumbuhan yang mendadak sebanyak 1,552 peratus.

Ini hampir 10 kali ganda kadar pertumbuhan kaum Kadasan, Dusun, dan masyarakat asal Murut, dan juga jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan sebanyak 344 peratus bagi masyarakat Bajau.

Chong berkata pertumbuhan ini tidak boleh dikaitkan dengan penduduk Sabah luar bandar mendaftarkan lewat kerana masalah akses dengan pejabat-pejabat kerajaan.

"Jika itu benar, mengapa tidak ada peningkatan mendadak di kalangan kaum Kadazan, Dusun dan masyarakat Murut," soalnya.

"Mengapa pertambahan penduduk Melayu adalah yang tertinggi?" Katanya.

Beliau berkata Umno sudah "mencapai sasarannya" dalam meningkatkan jumlah penduduk, kerana negeri itu kini mempunyai 33 kerusi negeri majoriti Muslim, lebih banyak daripada bilangan kerusi majoriti Cina dan majoriti bukan Islam bumiputera. 

Sumber

P/S: Macam biasa selagi BN berkuasa tiada tindakan akan diambil kecuali Musa Aman cuba mengkhianati Najib Razak.

Tiada ulasan: