Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 Julai, 2013

Isu pil kuda. Hj Hadi akan disaman?


Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.


Kurang dua hari sebelum proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, seorang pemimpin PKR mahu memfail saman terhadap Presiden PAS kerana menuduhnya mengedar pil kuda.
Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.

"Saya menderita akibat perkara ini," kata calon PKR bagi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu pada sidang media di Kuala Besut, hari ini.
Akibat daripada ucapan Hadi itu, beliau berkata, dirinya sentiasa diaibkan dan diejek dikalangan masyarakat kampung.
"Ia menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya," katanya.
Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.
PAS dan PKR bertelagah berikutan kenyataan berkenaan, malah kedua-dua parti itu bertembung di beberapa kerusi DUN, antaranya di Kota Putera, Seberang Takir, dan Bukit Besi.
Mohd Shamsul, 27, berkata beliau terpaksa menarik diri dari bertanding kerusi Bukit Besi selepas dakwaan yang dibuat Abdul Hadi walaupun namanya tidak disebut secara spesifik.
"Bukan hanya saya, tetapi keluarga juga terkesan," katanya. - 22 Julai, 2013.

MI
Kerja tak berbaloi. Ambik kerusi dari PKR kemudian tak menang. Kena saman pulak!




P/S: Jadi apa2 korang pegi la hambat mamat bawah ni!
Din Ayam?

2 ulasan:

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Hahaha... baca la tulisan gua plak... hahahaha....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

aljo berkata...

Bapak ayam tu elok sembelih buat rendang memandangkan ayam sekarang dah naik harga... hehe