Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

14 Julai, 2013

Selangor menyusahkan hati UMNO!


Seramai 150 orang semalam menerima bantuan tunai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM1,500 setiap seorang daripada Kerajaan PR Selangor. (err.. kalau MB PAS biasanya sebut kerajaan PAS. hahaha)


PUCHONG, 14 JULAI : Seramai 150 orang semalam menerima bantuan tunai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM1,500 setiap seorang daripada Kerajaan PR Selangor.
Sumbangan itu disampaikan oleh ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han di Balai Masyarakat, Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong.
Menurut Sze Han, sumbangan itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan yang dihadapi warga emas.
“Daripada 150 orang terbabit, 61 adalah daripada DUN Kinrara dan selebihnya daripada DUN berhampiran yang merangkumi semua kaum.
“Kerajaan PR di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mencatat simpanan negeri sebanyak RM2.8 bilion, ini membenarkan kita meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat diteruskan.
“Ini adalah  satu dariapada contoh hasil negeri kembali dinikmati rakyat Selangor,” ujarnya sebaiknya menyampaikan sumbangan itu.
Selain daripada itu, beliau turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi permit kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar dapat menambah polis bantuan untuk menjaga keselamatan di taman perumahan dan kawasan komersial.
“Kenyataan KPN baru-baru ini bahawa permit untuk menjaga MBPJ dan mahkamah sahaja tidak logik kerana rakyat memerlukan lebih ramai anggota polis untuk menjaga keselamatan mereka terutama di kawasan perumahan bukan sekadar menjaga bangunan.
“Pembangunan di Puchong dalam lima tahun lalu begitu pesat, rumah dan penduduk juga bertambah  beberapa kali ganda, jumlah anggota polis sedia ada ternyata tidak cukup untuk menjaga semua kawasan,” tegasnya. -Roketkini.com


Tiada ulasan: