KOTA BHARU - Kenaikan harga ayam di pasaran bukan disebabkan para peniaga ingin mengaut keuntungan lebih di bulan Ramadan, tetapi ia didakwa berpunca dari masalah bekalan harga makanan dan anak ayam yang berkurangan di pasaran.
Peniaga, Che Esah Yunus, 46, berkata, difahamkan keadaan tersebut menyebabkan harga ayam naik secara mendadak di pasaran.
“Sebagai peniaga kami tidak dapat mengelak situasi tersebut kerana harga yang diperoleh dari pemborong agak tinggi berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Pasar Wakaf Che Yeh di sini, semalam.
Menurutnya, disebabkan perkara tersebut perniagaan agak lembap berbanding sebelum ini dan berharap harga ayam dapat kembali stabil selepas ini.
Dia berkata, harga bagi ayam bersih tanpa kepala dan perut ialah sekitar RM7.80 sekilogram, manakala ayam biasa pula RM7.50 sekilogram.
Manakala, peniaga, Fadli Shah Ismail, 38, berkata, perniagaannya juga turut terkesan daripada kenaikan harga ayam yang berlaku sehingga menyebabkan permintaan berkurangan.
“Kenaikan harga ayam sekarang merupakan antara tertinggi pernah dicatatkan setakat tujuh bulan tahun ini,” katanya.
Menurutnya yang berniaga di Pasar Melor, dijangkakan kenaikan ini akan berterusan sehingga sambutan Aidilfitri nanti.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan tentang keluhan orang ramai apabila harga ayam, daging dan sayur naik secara mendadak biarpun Ramadan baru bermula.
Orang ramai meminta pihak berkenaan agar membuat pemantauan dan mengambil tindakan dalam usaha membolehkan nasib pengguna terbela, selain kerajaan perlu mengotakan janji mengutamakan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan