"Kita tidak boleh semata-mata bergantung sokongan pengundi bandar untuk menang. Kita mesti merangka strategi untuk menawan kawasan luar bandar dan pedalaman," kata Pengarah Strategi PKR berusia 36 tahun itu.
Opps sori, Rafizi!
Dia tidak pernah berhenti berfikir, jauh sekali mengenang kejayaannya sendiri. Itulah Rafizi Ramli (gambar) yang memandang pertarungan dalam lima tahun akan datang secara jujur dan realistik.
Opps sori, Rafizi!
Pakatan perlu sesuaikan strategi untuk menang PRU14, kata Rafizi
Biarpun selepas 71 hari berakhirnya pilihan raya umum paling sengit di Malaysia yang menyaksikan pembangkang memperoleh lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) sekaligus meranapkan impian Perdana Menteri untuk merampas semula majoriti dua pertiga.
Tentunya beliau gembira dengan kekuatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan data statistik. Tetapi, pilihan raya itu sudah berakhir dan sokongan penduduk bandar pula pada tahap tepu.
"Antara sekarang dan PRU14, tumpuan perlu difokuskan kepada sokongan pengundi Melayu di luar bandar.
"Pada PRU13, kita dapat sokongan kuat pengundi bandar tetapi undi penduduk luar bandar sebenarnya menjadi kunci kepada kemenangan pada pilihan raya akan datang.
"Kita perlu berbuat sesuatu bagi mengatasi kebimbangan masyarakat Melayu terutama jaminan dan keyakinan mereka dalam suasana kehidupan di negara berbilang kaum. Inilah isu yang BN kuasai penuh, menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan," katanya
Memang penganalisis politik senada bahawa BN terus mengekalkan kuasa lantaran kejayaan mereka mendominasi undi luar bandar terutama di kawasan Felda.
Kejayaan BN didorong dua taktik - pemberian tunai kepada penduduk kampung dan menjanjikan jumlah lebih lumayan jika kekal menang dan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa hak keistimewaan hilang jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.
PAS yang diharap-harap meraih undi di luar bandar pula banyak menghabiskan masa mempertahan diri daripada serangan tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP. Malah, masalah itu juga terus dihadapi PAS pada kempen pilihan raya kecil di Kuala Besut.
Rafizi menunjukkan kesungguhan dalam menyesuaikan pendekatan PKR dan PR untuk menawan hati masyarakat Melayu apabila bertelagah dengan rakan pemimpin pembangkang apabila menyokong kepentingan kursus Tamadun Islam Tamadun Asia (Titas).
Kekecohan isu itu hanya membenarkan dakwaan masyarakat Melayu totok betapa orang Cina dan bukan Melayu enggan menerima apa jua berkaitan kepentingan Islam, namun Rafizi tidak bersetuju pengenalan kursus itu sebagai suatu proses Islamisasi yang merebak di Malaysia.
Selain itu, Rafizi yang menjadi terkenal melalui pendedahan skandal NFC juga menganggap PKR perlu menggilapkan lagi imej muda, berbakat dan profesional.
Ternyata, PKR berjaya dalam meraih memenangi hati anak muda berbakat sekaligus membantu parti itu mendekatkan golongan muda di negara ini.
"Kita tidak boleh bergantung kepada proses politik semula jadi, naik dari bawah. Kita perlu mencari mekanisme untuk terus menaikkan orang berbakat.
"Sebenarnya, kita bagus dalam banyak isu dan ia menjadi kekuatan yang perlu diteruskan kerana BN terbukti gagal menangkis isu berbangkit," kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Pada PRU13, Pakatan menang 89 kerusi Parlimen, bertambah tujuh berbanding pilihan raya sebelumnya dengan DAP paling banyak kerusi iaitu 38 manakala PKR (30) dan PAS (21)
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Rafizi juga sempat berkongsi pengalaman pertama kalinya berhujah di Parlimen.
Biarpun menang majoriti besar iaitu 26,729 undi terhadap pemimpin MCA, Gary Lim, sanggup berdepan dengan pemimpin utama BN dan kerap berucap dalam banyak perhimpunan, beliau mengakui gementar setiap kali berbahas di Parlimen.
"Sampai sekarang saya masih gugup setiap kali berdiri dan berucap di Parlimen. Jadi, saya selalunya menyediakan nota terlebih dahulu," katanya.
Namun, beliau agak terkejut dengan layanan yang diterima dan penyokong BN.
"Selepas pelbagai pendedahan yang saya lakukan beberapa tahun kebelakangan ini, saya sangka mereka langsung tidak akan senyum tetapi saya terkejut, mereka baik terhadap saya," katanya.
Secara berjenaka, Rafizi percaya layanan itu mungkin berbeza jika Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyaman beliau berikutan skandal NFC, menjadi ahli parlimen tetapi beliau tidak bertanding PRU13.
"Saya mengatasi rasa gentar sejak dua tahun lalu. Dalam keadaan ini, saya sedar saman itu hanya untuk mendiamkan saya," katanya. - 17 Julai, 2013 - MI
P/S: Macam biasa, Nasaruddin cuma ada plan khas untuk ni kot?
Kumpulan thrash metal legenda dari Amerika Syarikat, Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia iaitu di Stadium Merdeka, di sini pada 21 Ogos ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan