Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

19 Julai, 2013

Dakwaan berpilih. Laporan polis terhadap Gani Patail!




Satu gabungan NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa menyalahguna kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih

Dalam laporan yang difailkan di balai polis Travers di Kuala Lumpur, NGO tersebut memberikan polis tempoh dua minggu untuk mengambil tindakan terhadap AG. 

Jika tidak, NGO tersebut memberi amaran akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

“Kami minta polis siasat AG, mengambil tindakan terhadapnya kerana membuat pendakwaan terpilih, beliau telah menyalahguna kuasanya, mereka perlu menangkapnya serta-merta,” kata Presiden Pertubuhan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power), S Gobi Krishnan. 




Gobi membangkitkan tuduhan terhadap penulis blog Alvin Tan dan Vivian Lee serta keengganan Peguam Negara mendakwa Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin (gambar) sebagai bukti berlakunya pendakwaan terpilih.

“Kami mengalu-alukan berita pendakwaan penulis blog tersebut kerana kita tidak mahu sesiapa pun menghina mana-mana agama, tetapi AG mesti mengambil tindakan dalam semua kes (menghina agama)” katanya.




Gobi bertanya apakah satu gambar di Facebook sudah dianggap satu bukti yang cukup tetapi tidak pula video YouTube. Beliau merujuk kepada video yang didakwa menunjukkan Zulkifli menghina agama Hindu. -MR


P/S: Jika manusia muslim mahu agamanya dihormati, manusia muslim juga harus menghormati agama manusia lain.

Tiada ulasan: