oleh: Yong
Dalam perjalanan ke tanah suci Mekah dulu kami solat di dalam kapal terbang. Macam kebanyakan jemaah, Yong solat duduk atas kerusi. Bukan apa Yong ada masalah tekanan darah yang pelik. Jadi lebih selamat duduk di kerusi jer. Ada yang bangun cari tempat solat, termasuk abang Yong.
Di Jeddah kami solat jamak Maghrib-Isyak.
Entah dari mana ada sorang mamat ni…dia berleter depan orang ramai mengatakan solat duduk dalam kapal terbang tu bidaah, sebab Rasulullah tak pernah buat. Ada juga yang bantah cakap orang ni. Tapi mamat ni keras kepala. Terus jer meracau. Mujur takde yang sindir dia suruh naik unta saja pergi Mekah dari rumah dia di Malaysia.
Rasulullah kan tak pernah naik kapal terbang. Naik boraq ada, yang lebih hebat dari kapal terbang. Rasullullah naik kapal terbang Yong tak jumpa hadisnya...Setelah Islam menang, Baginda naik unta bersama pasukannya dari Madinah menuju ke Mekah.
Apa pulak kaitannya solat duduk dalam kapal terbang dengan isu syiah ni?
Ingat tak baru-baru ni keluar berita hot ini?:
Apakah yang tersirat dalam berita itu?
- Berita itu keluar selepas ADUN Kuala Besut meninggal dunia. Maknanya PR terpaksa bersaing semula dengan BN bagi merebut kerusi panas milik geng Idris Jusoh.
- Seolah-olah Syiah sudah menjadi penyakit di dalam PAS, kerana yang pandai menular ni cuma penyakit jer…
- Natijah dari penyakit ini, PAS kalah di Kedah kerana isu syiah, sampai Timbalan Presiden pun kalah di Pendang yang dulunya dipegang PAS.
Tentulah kita tidak dapat mengawal siapa yang akan meninggal dunia. Tapi kita dapat mengawal apa yang nak keluar dari mulut kita, kerana kita memiliki commonsense.
Semakin lama semakin banyak cerita Syiah Melayu keluar dalam berita perdana. Mata banyak memandang PAS. Akibatnya PAS tersepit dalam kisi-kisi yang diciptanya sendiri.
Semakin lama semakin banyak cerita Syiah Melayu keluar dalam berita perdana. Mata banyak memandang PAS. Akibatnya PAS tersepit dalam kisi-kisi yang diciptanya sendiri.
Di luar kisi-kisi, tertanya-tanya:
- Siapa yang mula spin cerita PAS ditulari (dijangkiti) penyakit yang masquerade dalam rupa Syiah ni? UMNO atau ahli PAS sendiri?
- Siapa yang sanggup menikan saudara sejemaahnya dan seperjuangannya semata-mata kerana nafsu mahu menjaga kepentingan sendiri?
- Mengapa PAS begitu mudah terperangkap dalam jerangkap samar UMNO?
Suka tak suka, wisdom - atau kebijaksanaan tidak datang dari segulung ijazah, walau atas nama First-Class sekalipun. Perjalanan kebijaksanaan itu merangkumi:
Mandi dengan budak, air keruh dulu.
Makan dengan budak, lauk habis dulu.
Tidur dengan budak putus tali kelambu.
Fikir-fikirlah.
- pengalaman (experience) yang panjang (pahit dan manis, jatuh dan bangun, siksa dan puja).
- ilmu/pengetahuan yang luas (yang tidak semestinya datang dari universiti terkenal).
- sifat (attribute) yang inklusif, kolaboratif, perkongsian ilmu, meluaskan ruang (untuk mendengar, interaksi dan perbincangan), rendah diri tapi tegas dan peramah.
Mandi dengan budak, air keruh dulu.
Makan dengan budak, lauk habis dulu.
Tidur dengan budak putus tali kelambu.
Fikir-fikirlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan