Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Julai, 2013

Kuala Besut. Mampukah PAS belajar sesuatu?

Artikel di bawah ni adalah tulisan dari sahabat maya aku, Mazwandi. Selalu jugaklah bertekak dengan aku dalam blog Mat Saman Kati dulu2. Dia ni ok. Ada sesetengah tajuk kami bertekak. Ada sesetengah tajuk kami setuju. Tajuk beliau di bawah ni aku setuju sangat!


oleh: Mazwandi

PRK K BESUT; PAS KALAH LAGI. WAJIB TAHU KENAPA.

PAS kalah lagi.

Kalah lebih teruk dari PRU13.

Dulu majoriti 2,434 manusia. Sekarang majoriti kalahnya adalah 2,592 manusia.

Kenapa kalah?

Sebab orang tidak undi PAS.

Kenapa tidak undi PAS?

Ya, inilah persoalan yang perlu dijawab oleh PAS. Kenapa orang tidak mengundi PAS.

Mula-mula saya nak kabor, PRK Kuala Besut, PAS kalah semua UPU. Dulu menang 3 dari 8 UPU. Sekarang kalah semua.

Kenapa?

Kenapa PAS kalah semua UPU? Adakah kerana rasuah duit dan projek sehingga bernilai lebih RM400juta menyebabkan PAS kalah? Adakah kerana orang luar Kuala Besut tidak balik mengundi?

Kedua-duanya memang betul. Dan memang perkara itu menyebabkan PAS kalah.

Tetapi, adakah kerana itu sahaja PAS kalah?

Jika betul, maknanya, setiap kali PRK, jangan haraplah PAS hendak menang PRK akan datang.

Namun, ada satu perkara yang menyebabkan manusia tidak mahu mengundi PAS. Ada satu perkara, yang rasanya semua kepimpinan tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Satu perkara yang UTAMA menyebabkan manusia tidak mahu mengundi PAS adalah kerana, manusia itu TIDAK DAPAT MAKLUMAT.

Ya!

Manusia yang tidak mempunyai matlumat tentang PAS. Tentang apakah perjuangan PAS. Tentang apakah yang PAS boleh berikan kepada manusia. Bagaimana mereka hendak mengundi PAS.

Hendak tahu kenapa ramai manusia mengundi bn dalam PRK ini?

Sebab ramai manusia dapat maklumat tentang bn. Ramai juga manusia yang dapat maklumat tentang PAS yang difitnah negatifkan.

Mana datangnya maklumat itu?

Datangnya dari TV. Datangnya dari radio. Datangnya dari surat khabar tiap-tiap hari.

BUKAN datang dari internet. Bukan datang dari TV internet. Bukan datang dari radio internet.

Manusia yang perlu PAS berhadapan untuk mengundi mereka adalah manusia yang tiada internet. Majoriti kerusi yang PAS tanding, adalah tempat manusia yang tidak tahu menahu menggunakan internet.

Maka oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh PAS untuk memberi maklumat kepada manusia yang sepatutnya mengundi PAS?

Memperbanyakkan TVPAS sehingga ada lebih dari 3 channel? Memperkayakan kelajuan TV PAS yang selalu tersangkut-sangkut untuk melihat siaran langsung? Tapi, bukankah manusia yang sepatutnya diberi maklumat tentang PAS itu tiada internet? Maka buat apa buang masa dengan TV internet? Buat apa buang masa dengan radio internet? Siapa yang dengar? Siapa yang tonton? Atau hanya syok sendiri?

HAMAS di Palestin ada radionya sendiri. Ikhwan di Mesir ada radio, akhbar dan TVnya sendiri. Kita kata dalam konteks Mubarak dan sekarang, semua radio, akhbar, dan TV dari Ikhwan adalah haram oleh kerajaan mereka.

Jadi, kenapa PAS lokek sangat hendak berjihad dalam perjuangan memiliki radionya sendiri? Mengapa tidak bertungkus lumus untuk membuat TV mereka sendiri. PKM komunis pun dahulu ada siaran radio haram mereka. Kenapa PAS tidak mahu berkecimpung dalam perkara ini.


Saya tidak suruh PAS minta lesen radio. Tidak suruh PAS memohon lesen siaran TV. Tetapi, saya menyuruh PAS melaksanakan tanggungjawab fisabilillahnya dengan mewujudkan TV dan radio walau tiada lesen. Wujudnya TV dan radio, yang boleh diakses oleh seluruh manusia yang dikehendaki mengundi PAS. PAS hanya boleh menang dengan memberi maklumat kepada semua manusia yang perlu diberi undi.

Jangan pula nanti, ada orang sebut, "bahaya buat TV dan radio tanpa lesen, nanti PAS boleh diharamkan". Saya akan jawab. Apanya bodoh statement tu. Jika nak buat kerja yang tak berlesen, janganlah kaitkan benda itu dengan mana-mana badan berkepentingan pada stesen radio atau TV itu. Dah buat kerja 'underground'. Fikir pun dalam konteks 'underground' laa!!!

4 ulasan:

aljo berkata...

Aku setuju sangat cadangan di atas sebab aku sendiri banyak buat perkara2 underground.

Persoalannya... adakah pemimpin2 pas ini (especially terengganu) mempunyai otak? Adakah mereka menerima idea manusia2 underground? Setahu aku mereka pandang pun tidak.

Melainkan manusia underground tersebut pandai bermuka2 (munafik) dengan berpakaian ala2 taliban, ekor serban sampai ke pinggang, bercakap guna sikit2 bahasa arab ana ante, bermuka innocent walaupun bangang macam din ayam? Ada ke perwatakan manusia underground macam tu? Mungkin ada tapi kurang...

Ada yang pintar sekarang pun nak dicantas konon edorgan dan nak digantikan dengan semua taliban.

Bukan aku nak kata seorang nelayan yang hanya mampu berfikir takat underwater tak boleh memimpin tapi jangan tutup ruang kepada para genius underground walaupun perwatakan mereka bukan ala2 taliban kerana mereka juga menyokong dan mungkin juga ahli pas sendiri dan pemimpin pas sendiri. Setiap manusia ada peranan masing2. Bukan semua manusia perlu dijadikan LEBAI.

Buat harun taib dewan ulama memang diperlukan sangat sebab Islam is the way of life. Tapi benda2 yang anda tak tau, tak sampai pemikiran anda untuk berfikir atau tak sekolah takat tu... maka jangan masuk campur. Bercakap dalam runag lingkup yang boleh dijangkau oleh otak anda saja. Jangan sekat manusia lain melakukan perkara beyond your expectation melainkan ia jelas dilarang oleh Islam.

Kalau hanya mampu berfikir takat underwater macam hadi... korang duduk diam2 sudah... jadilah pembangkang sampai kiamat tiba

ibnmustaffa berkata...

(Ni pemilik artikel nak kabo sikit nih)..
Ek elee aljo ni.

Pekehal hang kutuk PAS ganu pulok ni? Ni yg aku angin ni.....

Jika tak kenal, jgn hang kutuk lelebey. Jika dok kenal Harun Taib, jgn dok kutuk die gitu. Sbb menunjukkan hang dok kenal dia letuh.

Sebab ganu ni lain sikit, sebab tu dpt 15 kerusi. Hang kene ingat, umno ganu adelah umno yg paling jahat dalam dunia.

Sebab tu ambe pelik, nape prk ni beri pada pepuok Kelantang?

aljo berkata...

Hehe... jgn marah bro. Kena belajar bersetuju untuk tidak bersetuju.

Pas selangor pun mcm2 org kata termasuk puak2 UG dok belasah siang malam tapi rileks je... bezanya ialah tamadun... hehe

Maaf zahir batin...

TheSniper berkata...

Jangan biarkan pemikiran kita dibelenggu dengan feudalism.