Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Julai, 2013

Kuala Besut. PAS akan meneruskan kaedah kuno yg dah tak laku?


Dah takde kaedah lain ke? Haiya!


Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long hari ini berkata, beliau akan menggunakan kekurangan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan dari segi kebajikan rakyat sebagai isu pokok dalam kempennya.

Che Long di sidang akhbar Pas. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 11 Julai, 2013.Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long hari ini berkata, beliau akan menggunakan kekurangan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan dari segi kebajikan rakyat sebagai isu pokok dalam kempennya.
Beliau menegaskan, isu kemiskinan, kadar pengangguran dan masalah sosial adalah isu yang membelengu penduduk tempatan dan diabaikan kerajaan, dan akan menjadi sasarannya untuk kempen bagi kerusi berkenaan.
"Saya bersedia dan strategi saya mudah. Saya akan turun padang bersama penduduk selain ceramah dan aktiviti keagamaan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.
Azlan yang turut dibantu kepimpinan PAS, berkata antara kebimbangannya adalah strategi politik wang yang digunakan parti lawan.
"Saya yakin akan menang," katanya.
Sementara itu, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, berkata beliau terpaksa mengorbankan masanya bersama keluarga ketika tempoh berkempen.
"Mereka (keluarga) faham keadaan sekarang. Saya sibuk, tapi ini tidak bermakna saya tidak memikirkan mereka," katanya dan menambah, sejak dua hari Ramadhan bermula beliau masih belum berbuka bersama keluarganya.
Tengku Zaihan (baju biru) melawat kampung di Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 11 Julai, 2013.Che Long dan Zaihan akan berkempen selama dua minggu sehingga tarikh pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 24 Julai depan.
Kedua-duanya akan menghadiri hari penamaan calon pada Jumaat.
PRK DUN Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu ekoran kematian penyandang, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu selepas 50 hari menjadi ADUN untuk penggal kedua.
Pada Pilihan Raya 2013, A Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi dengan majoriti 2,434 undi.
Daripada 14 pilihan raya sebelum ini, pembangkang dari PAS menang empat pilihan raya bermula pada 1959, 1969, 1974 dan 1999 manakala bakinya dimenangi BN. - 11 Julai, 2013.

Tiada ulasan: