Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Julai, 2013

Pendatang. Balasan tangkap selepas dah menang?


"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Imigresen di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya malam tadi.

Macam nak nambah pemilik IC xpress je!

Ahmad Zahid berkata sepanjang Ramadan ini, seramai 120 pendatang tanpa izin ditangkap atas kesalahan berniaga tanpa permit dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Senangnya terlepas! complete boleh berniaga pulak tu!


Operasi pendatang haram besar-besaran lepas raya


 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap masalah yang seringkali ditimbulkan oleh pendatang tanpa izin antaranya masalah jenayah, dadah dan pelacuran.

"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Imigresen di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya malam tadi.

Ahmad Zahid berkata sepanjang Ramadan ini, seramai 120 pendatang tanpa izin ditangkap atas kesalahan berniaga tanpa permit dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), Ahmad Zahid berkata ia telah menunjukkan hasil yang positif apabila seramai 1.3 juta orang telah berdaftar sejak dilancarkan pada Julai 2011.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, seramai 500,000 telah melalui proses pemutihan, 330,000 telah pulang ke negara asal manakala bakinya masih dalam proses pemutihan untuk dihantar pulang.

- Bernama


Tiada ulasan: