Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 Julai, 2013

Saman SPR. Jika menang PRU semula!



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini berusaha untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) dengan memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pengerusi timbalannya.

Menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, saman tersebut juga dibuat berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam PRU13 yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.

"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.

"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan menjelaskan mereka mahu mendapatkan perintah mahkamah untuk melucutkan jawatan tujuh orang ahli SPR.

"Jika mahkamah mengeluarkan perintah melucutkan jawatan tujuh ahli SPR maka kita desak supaya pilihan raya umum diadakan semula," katanya.


sumber

P/S: Kemungkinan untuk menang memang tipis. Cuma kalau menang dan berlaku PRU semula diharap mamat2 kat bawah ni tak kuar stetmen anti klimak macam selepas PRU13 dulu!
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.



Tiada ulasan: